backup og meta

Senggama Tapi Tidak Pancut? Jangan Ya, Zakar Boleh Sakit Disebabkan Gejala Ini

Senggama Tapi Tidak Pancut? Jangan Ya, Zakar Boleh Sakit Disebabkan Gejala Ini

Pernahkah kalian mengalami sakit di bahagian telur lelaki? Jika ya, artikel ini adalah tepat untuk anda!

Seks merupakan satu aktiviti yang sangat penting buat semua pasangan suami isteri dan tanpanya maka hambar dan tidak bermaknalah kehidupan di kamar tidur.

Akan tetapi, bukan setiap hari hubungan seksual anda akan berjalan lancar kerana boleh berlaku banyak kesilapan seks yang sering dilakukan oleh suami atau isteri di luar sana.

Buat individu bernama kaum Adam, ada satu masalah yang jarang dibicarakan iaitu sakit di bahagian telur lelaki akibat seks atau lebih dikenali sebagai gejala ‘blue balls’.

Apakah ia sebenarnya? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Definisi gejala blue balls

Pertama sekali, wajarlah untuk kita semua tahu definisi gejala ini terlebih dahulu.

Buat anda yang belum tahu, gejala blue balls atau nama saintifiknya Epididymal Hypertension (EH) adalah satu keadaan yang menyebabkan sakit di bahagian telur lelaki.

Ia berlaku akibat lelaki mengalami ereksi zakar tapi tidak mencapai orgasma atau mengeluarkan air mani.

Kenapa telur lelaki bengkak?

Ia mungkin tidak begitu bahaya namun akan menyebabkan kesakitan atau kebengkakan pada testis.

sakit di bahagian telur lelaki
Blue balls antara tanda masalah pada testis anda.

Akibat daripada gejala ini

Akibatnya, penderita akan mengalami ketidakselesaan pada alat sulit terutamanya buah zakar lantas mengehadkan aktiviti dalam kehidupan seharian mereka.

Berikut merupakan simptom-simptom EH yang mungkin akan berlaku pada testis:

  • Kesakitan
  • Senak telur kiri dan kanan
  • Keberatan
  • Timbul rona biru

Ini sebabnya! Apabila lelaki terangsang secara seksual, saluran darah dan testis akan mengembang untuk menggalakkan perjalanan darah pada zakar.

Kesannya, zakar akan berereksi dan testis akan mengembang serta kembali seperti asal selepas ejakulasi.

Jika air mani tidak keluar selepas itu, ia akan mengakibatkan darah tadi terkumpul pada zakar dan testis.

Inilah punca gejala blue balls ini berlaku.

Apa penyebab lain sakit di bahagian telur lelaki?

Seperti mana yang kita tahu, ketidakselesaan pada buah zakar terutamanya selepas dirangsang secara seksual mungkin disebabkan oleh EH.

Pun begitu, ada beberapa sebab lain yang menyebabkan rasa sakit di bahagian telur lelaki, termasuklah:

sakit di bahagian telur lelaki
Ini cara periksa testis anda jika berisiko terkena kanser.

Selain itu, ada satu lagi sebab yang menyebabkan ketidakselesaan testis ini iaitu testicular torsion. Apakah ia?

Untuk pengetahuan anda, ia berlaku apabila buah zakar di dalam kantung atau skrotum ini terpusing dari arah asalnya lantas mengakibatkan kesakitan dan kebengkakan.

Jika ia berlaku, anda dikehendaki menjalani pembedahan segera untuk memperbetulkannya.

Ini rawatan untuk sakit di bahagian telur lelaki!

Untuk tahu sama ada kalian mungkin terkena EH atau tidak, fikirkan kembali aktiviti seksual anda dan pasangan.

Selidik sama ada anda ada merangsang alat kemaluan sehingga ereksi namun tidak mengeluarkan air mani.

Jika ya, berjumpa doktor dengan segera untuk berkonsultasi kerana masih belum wujud perawatan untuk menyembuhkan gejala ini.

Pun begitu, doktor mungkin akan mencadangkan agar anda berejakulasi dengan melancap, seks oral, seks penetrasi atau apa-apa aktiviti seksual dengan perlindungan.

Dipercayai bahawa selepas anda mencapai orgasma, ketidakselesaan pada testis itu akan kebah sendiri seiring dengan perjalanan masa.

Selain itu, ada beberapa petua merawat EH yang kalian boleh amalkan sendiri di rumah:

  • Elak berfikir atau berfantasi seksual
  • Mandi air sejuk
  • Alih perhatian dengan perkara lain
  • Buat aktiviti untuk menyibukkan diri
sakit di bahagian telur lelaki
Mengalami Epididymal Hypertension boleh mengurangkan keyakinan lelaki ketika berhubungan.

Bersenam juga mungkin boleh membantu kerana ia akan menyebabkan darah kembali mengalir keluar daripada dalam testis anda.

Begitu juga menuam buah zakar dengan air batu atau apa-apa sahaja yang sejuk dalam usaha mengelak pertambahan pengaliran darah.

Pun begitu, ada juga kemungkinan di mana rasa sakit di bahagian telur itu disebabkan oleh perkara lain seperti yang kami nyatakan di atas tadi.

Adalah lebih baik untuk anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk mengesahkan kondisi yang menyebabkan ketidakselesaan pada testis.

Kesimpulan


EH atau gejala blue balls itu mungkin tidak begitu bahaya namun boleh menjejaskan aktiviti seharian.

Oleh itu, sila pastikan kalian tidak menahan air mani daripada keluar setiap kali bersenggama dengan pasangan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Blue Balls. https://publications.aap.org/pediatrics/article-abstract/108/5/1233/63752/Blue-Balls?redirectedFrom=fulltext. Accessed on July 21, 2020.

Chronic scrotal pain. https://saiu.ca/chronic-scrotal-pain/. Accessed on July 21, 2020.

What are Kidney Stones?. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/k/kidney-stones. Accessed on July 21, 2020.

What is blue balls and how do you get rid of it?. https://www.healthymale.org.au/news/what-are-blue-balls-real. Accessed on July 21, 2020.

Epididymitis. https://www.cdc.gov/std/treatment-guidelines/epididymitis.htm. Accessed on July 21, 2020.

Versi Terbaru

04/09/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Khasiat Tongkat Ali Untuk Orang Lelaki, Antaranya Menguatkan Tubuh Badan?

Wahai Lelaki, Ketahui Manfaat & Mudarat PAM ZAKAR Sebelum Anda Guna!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan