backup og meta

Saiz 2x Lebih Besar Jika Lelaki Berzakar Kecil Terangsang? Ini 15 Fakta Menarik 'Anu' Lelaki!

Saiz 2x Lebih Besar Jika Lelaki Berzakar Kecil Terangsang? Ini 15 Fakta Menarik 'Anu' Lelaki!

Bukan semua kaum Adam terbuka untuk berbicara mengenai bahagian kemaluan, kan? Tetapi apabila bercakap mengenai sains, terdapat beberapa fakta menarik tentang penis lelaki yang mungkin tidak anda ketahui.

Jom baca artikel ini untuk mengetahui fungsi zakar lelaki dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

15 perkara menarik mengenai penis lelaki

Adakah anda rasa segala fakta tentang bahagian kemaluan lelaki berada dalam genggaman? Fikir sekali lagi.

Berikut disenaraikan beberapa fakta menarik dan fungsi zakar lelaki yang mungkin boleh menyebabkan kejutan pada anda.

#1. Penis lelaki ‘membesar’ & ‘menunjuk-nunjuk’

Terdapat 2  jenis zakar lelaki:

  • Pertama, jenis zakar yang mengembang dan memanjang apabila berlaku ereksi (membesar)
  • Kedua, sentiasa kelihatan besar, tetapi tidak bertambah membesar setelah mencapai ereksi (menunjuk-nunjuk). 

Zakar membesar lebih kerap ditemui sebanyak 80% – kumpulan zakar kecil apabila lembik tetapi membesar apabila terangsang. Selebihnya , sebanyak 12% mempunyai zakar besar apabila lembik tetapi tidak berkembang lebih besar apabila terangsang. Sekitar 7% zakar adalah pembesar super yang memanjang 2x ganda atau lebih.

#2. Manfaatkan atau biarkannya layu

Tanpa ereksi kerap, tisu zakar boleh menjadi kurang elastik dan mengecut, menjadikan penis 1-2 cm lebih pendek. Tetapi berhati-hati, menggunakannya terlalu kerap boleh membahayakan juga.

Penyebab utama zakar pecah: melancap dengan terlalu kuat.

zakar lelaki
Bayi yang telah disunatkan.

#3. Kira-kira 54% daripada semua lelaki disunat

Dalam kalangan masyarakat bukan Islam, berkhatan merupakan pilihan peribadi ibu bapa. Zakar yang disunat cenderung mempunyai tahap bakteria yang lebih rendah, kerana ia lebih mudah untuk dijaga.

Sesetengah penyelidik juga mencadangkan bahawa lelaki yang disunat adalah 60% kurang berkemungkinan mendapat virus HIV melalui hubungan heteroseksual berbanding lelaki yang tidak disunat.

Berkhatan sememangnya mempunyai manfaat kesihatan yang terbukti.

#4. Ereksi menyebabkan anda tidak dapat membuat pertimbangan dengan baik

Pada 2005, saintis di Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan Carnegie Mellon University menjalankan kaji selidik terhadap 35 orang lelaki sewaktu mereka dalam keadaan biasa dan ketika sedang melancap pada tahap yang digelar penyelidik sebagai “tahap teransang tinggi tetapi sub-klimaks“.

Apabila para lelaki tersebut sedang terangsang, mereka memberi nilai kepada semua soalan yang ditanyakan saintis tersebut sebagai sangat menarik dari segi seksual, termasuklah kasut wanita.

#5. Kulup zakar boleh tumbuh kembali

Adakah anda disunat sewaktu bayi? Atau sewaktu sudah lebih besar? Tahukah anda kulup zakar boleh tumbuh kembali? Tetapi ia mengambil masa bertahun-tahun. 

#6. Penis lelaki boleh ‘patah’

Fakta mengenai bahagian kemaluan lelaki yang patut diketahui adalah  berkaitan kecederaan.

Jika dengan ganasnya, anda terpusing atau zakar terbengkok, ianya boleh ‘patah’. Zakar tidak mempunyai tulang namun ianya disokong oleh tiub-tiub yang dipenuhi oleh darah apabila tegang/ereksi dan tiub ini berupaya untuk pecah dan bocor.

Darah boleh bocor ke struktur dalaman zakar yang lain, mengakibatkan rasa sakit dan zakar lelaki bengkak. Dalam kebanyakkan kes, ianya berlaku ketika seks dan ketika pasangan anda berada di atas.

Kecederaan ini berlaku apabila zakar terkeluar daripada faraj dan terbengkok oleh daya yang kuat.

#7. Lelaki mengalami beberapa ereksi pada waktu malam

penis lelaki
Zakar lelaki naik dan tegang pada waktu malam.

Fakta penis lelaki seterusnya adalah berkaitan dengan ereksi dan waktu malam.

Lelaki secara puratanya mengalami 3-5 kali ereksi sepanjang malam ketika mereka tidur, dengan setiap ereksi mampu bertahan dari 25 hingga 35 minit.

Kerasan pagi atau ‘morning wood’ adalah tegangan zakar yang berlaku apabila seseorang bangun pagi.

Kenapa zakar lelaki naik?

Punca kepada ereksi waktu malam ini tidak difahami sepenuhnya namun ianya mungkin berkait rapat dengan fasa-fasa tidur khususnya fasa tidur REM (rapid eye movement). Fasa ini adalah ketika seseorang bermimpi.

Apapun punca kenapa zakar lelaki naik pada waktu malam adalah tanda bahawa bahagian kemaluan anda berfungsi dengan baik.

#8. Panjang penis lelaki tiada kaitan dengan saiz kaki

Menurut kajian yang dijalankan, khabar bahawa cara mengetahui saiz zakar lelaki berkait rapat dengan saiz kaki seseorang adalah sebuah mitos. Kajian mendapati bahawa tiada kaitannya antara saiz kasut seseorang dengan panjang zakar mereka.

#9. Zakar kecil menghasilkan ereksi yang besar

Fakta zakar yang ini berbunyi sedikit pelik. Namun dikatakan zakar yang kecil atau lebih pendek akan membesar dengan lebih banyak apabila ianya tegang.

Kajian menunjukkan peningkatan saiz penis lelaki ketika tegang dalam zakar yang kecil adalah hampir dua kali ganda berbanding zakar yang lebih besar.

#10. Penis lelaki bukanlah sejenis otot

Apa yang patut anda tahu adalah zakar bukanlah sejenis otot, sebaliknya ianya seakan span yang mempunyai banyak tiub dan salur darah yang mengembang apabila zakar tersebut terangsang.

Darah memenuhi tiub-tiub berbentuk silinder ini, menyebabkan zakar menjadi besar dan keras. Pembesaran ini menyekat saluran vena yang sepatutnya membawa darah dari ke zakar ke tempat lain.

Apabila ereksi hilang, salur darah arteri dalam struktur tersebut akan menjadi kecil semula, membenarkan darah untuk keluar dari kawasan zakar ke bahagian lain.

#11. Tubuh sihat – penis lelaki yang baik

Bahagian kemaluan merupakan antara organ penting bagi individu lelaki. Sepertimana organ-organ lain seperti jantung, hati, otak dan paru-paru yang ditentukan keadaannya melalui kesihatan tubuh badan, kesihatan zakar juga begitu.

Sekiranya mereka mempunyai masalah dengan fungsi zakar lelakinya, bererti mereka turut mempunyai masalah dengan keadaan tubuh badannya.

Sekiranya penis mengalami masalah untuk ereksi, penyebabnya mungkin melibatkan perubahan pola pemakanan, kurang tidur, kurang bersenam atau juga gangguan hormon.

#12. Zakar manusia prasejarah memiliki tulang

Satu penyelidikan yang dilaksanakan pada tahun 2010 yang diterbitkan dalam jurnal Nature menyatakan bahawa lebih daripada 700,000 tahun yang lalu, zakar manusia prasejarah sebenarnya memiliki tulang.

Teori paling dipercayai adalah fungsi zakar lelaki yang bertulang membantu lelaki prasejarah untuk berhubungan seks dengan lebih cepat. Ini kerana ia akan mempercepatkan proses ereksi.

#13. Merokok menyebabkan kesukaran ereksi

Kesan merokok bukan sahaja memberi kesan terhadap paru-paru dan jantung. Merokok boleh merosakkan pembuluh darah dan penis bagi seorang perokok akan mempunyai kesukaran mengalami ereksi.

Ini kerana, ereksi terjadi ketika darah mengisi jaringan penis lelaki yang berongga sehingga menjadikannya menegang, memanjang dan mengeras. Apabila aliran darah tidak lancar, janganlah pelik sekiranya anda mengalami kesukaran untuk berereksi.

mati pucuk
5 penyakit kronik yang boleh menyebabkan suami mati pucuk.

#14. Janin dan bayi juga boleh berereksi

Ketika klitoris sudah berubah menjadi zakar semasa janin berada dalam kandungan ibu, ia sudah boleh mengalami ereksi. Gambaran mengenainya boleh didapati melalui imbasan ultrasound.

Biasanya, beberapa saat setelah bayi lelaki dilahirkan, bayi lelaki tersebut akan mengalami ereksi. 

#15. Manusia boleh dilahirkan dengan 2 bahagian kemaluan

Walau ia sangat kurang terjadi, seseorang boleh dilahirkan dengan 2 zakar lelaki sekali gus – dikenali sebagai diphallus. Namun, memiliki 2 kemaluan bukanlah sesuatu yang menguntungkan bagi seseorang lelaki.

Dalam kebanyakan kes, kedua-dua penis lelaki tersebut tidak berfungsi secara normal sehingga doktor perlu melakukan pembedahan atau prosedur perubatan tertentu untuk memperbaiki fungsi zakar lelaki.

Kelainan seperti ini terjadi pada setiap satu bayi dari 5 atau 6 juta kelahiran bayi lelaki.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 10 Things you didn’t know about his penis. https://www.healthywomen.org/content/article/10-things-you-didnt-know-about-his-penis. Accessed April 27, 2018.
  2. Penis health. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/mens-health/in-depth/penis-health/art-20046175. Accessed April 27, 2018.
  3. Penis health. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15666-penis-health. Accessed April 27, 2018.
  4. Are my penis and testicles normal? https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/puberty/are-my-penis-and-testicles-normal. Accessed on July 8, 2024.
  5. Penis facts and health. https://cool2talk.org/health-info-zone/boys-body-facts/. Accessed on July 8, 2024.

Versi Terbaru

09/07/2024

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kalau Suami Lupa Cuci Zakar Lepas Senggama, Sila TEGUR! Ini BAHAYA Menanti

Normal Ke Kalau Zakar Bengkok Ke Bawah? Ini Faktanya Yang Para Lelaki Perlu Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 09/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan