backup og meta

Kaum Adam, Perhatikan 3 Tanda Lazim Dan 8 Tanda Jarang Berlaku Untuk Masalah Mati Pucuk!

Kaum Adam, Perhatikan 3 Tanda Lazim Dan 8 Tanda Jarang Berlaku Untuk Masalah Mati Pucuk!

Masalah disfungsi erektil atau zakar tidak tegang merupakan sesuatu yang amat merisaukan para lelaki. Disebabkan kesannya yang teruk terhadap fizikal dan emosi, kaum Adam perlu ambil tahu mengenai tanda mati pucuk supaya mereka boleh mendapatkan rawatan secepat mungkin. Apakah simptom mati pucuk?

Mati pucuk berlaku kepada hampir 50% lelaki yang berusia 40 hingga 70 tahun. Walau bagaimanapun, hanya 10% daripada mereka yang sanggup berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Rasa malu mengenai kondisi yang mereka alami boleh menyebabkan ramai lelaki bertindak menangguh-nangguhkan rawatan untuk masalah mati pucuk atau zakar tidak tegang. 

Akibatnya, diagnosis atau rawatan untuk masalah kesihatan yang menyebabkan mati pucuk tidak dapat dikesan awal dan boleh menyebabkan ia menjadi semakin serius.

Lelaki haruslah mengambil serius mengenai gejala dan tanda mati pucuk. Disebabkan disfungsi erektil merupakan salah satu tanda penyakit koronari, kaum Adam harus ketepikan rasa malu dan bertindak berjumpa doktor dengan kadar segera.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.  

3 Tanda zakar tidak tegang/ mati pucuk 

zakar tidak tegang

Walaupun disfungsi erektil merupakan masalah yang lazim berlaku kepada lelaki, namun simptomnya berbeza-beza mengikut individu.

Ada lelaki yang tidak boleh mendapatkan ereksi langsung. Manakala, ada juga lelaki yang boleh mengalami ereksi, namun tidak dapat mengekalkannya dalam satu tempoh masa yang panjang.

Antara tanda mati pucuk yang lazim adalah:

1. Sukar untuk mendapatkan ereksi

Simptom utama masalah disfungsi erektil adalah kesukaran untuk mendapatkan ereksi. 

Masalah ini boleh menyebabkan tekanan dalam kalangan lelaki lebih-lebih lagi jika ia berlaku dengan kerap dan bertindak mengganggu hubungan bersama pasangan.

2. Tidak dapat mengekalkan ereksi

Kadangkala, lelaki akan rasa penat dan letih setelah melalui hari yang memenatkan. Oleh sebab itu, tidak mustahil jika kaum Adam mengalami masalah zakar tidak tegang sekali-sekala. 

Namun, kesukaran untuk mengekalkan ereksi perlu dipandang serius jika ia berlaku dengan kerap kerana ini merupakan salah satu tanda mati pucuk.

Selain itu, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor jika tidak dapat kekal lama ketika melakukan hubungan seks. Walaupun masalah mati pucuk sukar untuk dibincangkan, anda sebenarnya tidak berseorangan.

Di Amerika Syarikat, hampir 30 juta lelaki mengalami disfungsi erektil. Apabila lelaki mencecah umur 40 tahun, kondisi ini akan menjadi semakin kerap.

3. Zakar tidak tegang atau tidak boleh mendapatkan ereksi

Ada lelaki yang tidak boleh mendapatkan ereksi langsung. Jika ini yang berlaku, lelaki tersebut berpotensi mengalami tekanan perasaan dan stres yang teruk.

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah zakar tidak tegang. Selalunya, ia berlaku disebabkan kombinasi masalah fizikal dan juga mental.

Walaupun masalah mati pucuk sering dianggap sebagai sesuatu yang teruk dan memalukan, ada banyak rawatan yang boleh membantu lelaki untuk mengatasi masalah ereksi yang dialami. 

8 Simptom dan tanda mati pucuk yang jarang berlaku

zakar tidak tegang

Selain 3 tanda utama di atas, ada beberapa tanda lain yang harus anda waspada. Contohnya:

1. Masalah ejakulasi pramatang

Ejakulasi pramatang berlaku apabila lelaki mengalami ejakulasi yang lebih awal daripada biasa.

Kadangkala, ejakulasi pramatang merupakan salah satu masalah untuk lelaki yang mengalami disfungsi erektil.

2. Ejakulasi terlambat

Ejakulasi terlambat merupakan satu kondisi yang membuatkan lelaki mengambil masa yang terlalu lama untuk mencecah klimaks. Ada juga lelaki yang tidak boleh mengalami ejakulasi langsung disebabkan masalah ini.

3. Tidak boleh mengalami ejakulasi

Masalah ini sering berlaku kepada lelaki yang mengalami mati pucuk. Malah, mereka juga alami masalah zakar tidak tegang dan sukar untuk mengekalkan ereksi. 

Sama seperti masalah ejakulasi terlambat dan ejakulasi pramatang, masalah ini mungkin timbul disebabkan faktor fizikal dan psikologikal.

4. Kurang keinginan untuk melakukan seks

Masalah libido yang rendah dalam kalangan lelaki berpunca daripada pelbagai faktor. Ia mungkin berlaku disebabkan ubat-ubatan ataupun penyakit.

Jika masalah ini berpunca daripada masalah psikologi, anda perlulah berjumpa doktor atau ahli terapi untuk sesi kaunseling.

5. Masalah pada kawasan lantai pelvis

Lelaki yang mempunyai masalah pada kawasan lantai pelvis bukan sahaja berhadapan dengan masalah mati pucuk, mereka juga akan mengalami masalah sembelit, sukar untuk membuang air besar dan perlu membuang air kecil dengan kerap.

6. Trauma pada kawasan pelvis

Lelaki juga boleh mengalami masalah disfungsi erektil jika mereka pernah terlibat dengan kemalangan yang melukakan kawasan pelvis. Kecederaan boleh menyebabkan zakar tidak tegang semasa melakukan seks. 

7. Tidak boleh mencecah orgasma

Masalah ini turut dikenali sebagai anorgasmia lelaki. Kondisi ini boleh menyebabkan tekanan perasaan yang melampau terhadap lelaki.

Malah, ia juga boleh berlaku bersama masalah lain seperti ejakulasi terlambat, zakar tidak tegang atau disfungsi erektil.

8. Rendah testosteron

Lelaki yang mengalami masalah rendah testosteron akan mempunyai libido yang rendah. Lama-kelamaan mereka mungkin akan mengalami masalah mati pucuk.

Kesimpulan

zakar tidak tegang

Jika anda mengalami simptom atau tanda mati pucuk, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin. Ketepikan rasa malu dan berterus teranglah dengan doktor anda.

Masalah mati pucuk boleh dirawat jika pesakit sanggup melakukan perubahan dari segi gaya hidup dan mengambil ubat-ubatan.

Oleh sebab itu, tidak mustahil pesakit boleh kembali menikmati kehidupan seks yang normal selepas rawatan.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cleaveland Clinic. 2019. Erectile Dysfunction. October 14. Accessed June 10, 2021. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10035-erectile-dysfunction.
  2. Familydoctor.org. 2020. What is erectile dysfunction? April 24. Accessed June 10, 2021. https://familydoctor.org/condition/erectile-dysfunction/.
  3. Johns Hopkins Medicine. n.d. Erectile Dysfunction. Accessed June 10, 2021. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/erectile-dysfunction.
  4. Mayo Clinic. 2020. Delayed ejaculation. June 18. Accessed June 10, 2021. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/delayed-ejaculation/symptoms-causes/syc-20371358.
  5. NHS. 2020. Erectile dysfunction (impotence). August 26. Accessed June 10, 2021. https://www.nhs.uk/conditions/erection-problems-erectile-dysfunction/.
  6. Urology Care Foundation. 2020. What is Premature Ejaculation? July 16. Accessed June 10, 2021. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/p/premature-ejaculation.

Versi Terbaru

07/04/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

'Stress' Boleh Buat Lelaki Mati Pucuk! Ada 19 Lagi Punca Lain Kena Awasi

Sama Seperti Viagra, Ginseng Merah Korea Juga Berkesan Merawat Mati Pucuk, Betul Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan