backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Masih Positif COVID-19 Walaupun Selepas Kuarantin?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 04/12/2023

    Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Masih Positif COVID-19 Walaupun Selepas Kuarantin?

    Ramai yang masih keliru mengenai tempoh kuarantin untuk COVID-19. Sudah tentulah, selepas disahkan positif COVID-19, kita perlu melakukan kuarantin kendiri.

    Walau bagaimanapun, apa yang perlu kita lakukan jika masih lagi positif selepas tempoh kuarantin? 

    Bagaimana pula jika kita masih lagi mengalami simptom walaupun selepas berminggu-minggu dijangkiti COVID-19?

    Perlukah teruskan kuarantin jika masih lagi positif COVID-19?

    Menurut laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tempoh kuarantin adalah selama 10 hari sekiranya disahkan positif.

    Bagi saringan kontak rapat, kuarantin akan bermula pada hari terakhir anda terdedah kepada pesakit yang positif COVID-19.

    Menurut CDC pula, anda digalakkan untuk terus mengasingkan diri jika masih lagi positif COVID-19 walaupun telah melepasi tempoh kuarantin. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu melakukan ujian COVID-19 5 hari selepas diagnosis.

    Malah, selepas 5 hari, pesakit boleh menamatkan kuarantin jika mereka tidak mengalami sebarang simptom selama 24 jam.

    Walaupun begitu, CDC menggalakkan pesakit melakukan ujian antigen selepas 5 hari untuk memastikan pesakit benar-benar bebas daripada COVID-19. Jika pesakit masih lagi positif, mereka digalakkan untuk terus kuarantin sehingga hari ke-10.

    Pesakit yang telah sembuh daripada COVID-19 akan mempunyai RNA COVID-19 selama 3 bulan. 

    Walau bagaimanapun, pesakit tidak boleh menjangkiti orang lain kerana virus tersebut tidak dapat lagi melakukan replikasi.

    Apa yang saya perlu lakukan ketika tempoh kuarantin?

    tempoh kuarantin

    Jika anda disahkan positif COVID-19, anda perlu melakukan kuarantin, sama ada di pusat kuarantin atau kuarantin kendiri. Selalunya, pesakit akan diminta untuk mengasingkan diri selama 14 hari.

    Tetapi, pasti ramai yang tertanya-tanya, mengapa perlu kuarantin selama 14 hari? Mengapa bukan 7, 10 atau 20 hari?

    Semuanya bergantung pada tempoh inkubasi. Tempoh inkubasi adalah masa pesakit terdedah dengan virus sehinggalah simptom bermula. Tempoh ini berbeza mengikut jenis virus.

    SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19 mempunyai tempoh inkubasi selama 5 hari. Dalam masa yang sama, hampir 97% individu yang dijangkiti akan menunjukkan simptom dalam masa 11 hari.

    Sebab itulah kita perlu melakukan kuarantin selama 14 hari. Tempoh kuarantin ini sudah cukup untuk memastikan kita tidak dijangkiti COVID-19 dan tidak boleh menyebarkan virus ini kepada orang lain.

    Jika anda perlu kuarantin, pastikan anda:

    1. Duduk di rumah dan jauhkan diri daripada orang lain sekurang-kurangnya selama 5 hari jika anda merupakan kontak rapat. Pakai pelitup muka walaupun berada di rumah.
    2. Jika anda mengalami sebarang simptom, lakukan ujian COVID-19 secepat mungkin.
    3. Jika positif, lakukan kuarantin selama 10 hari. Pantau simptom anda. Jika anda mempunyai simptom yang serius seperti sukar untuk bernafas, pastikan anda mendapatkan rawatan kecemasan secepat mungkin.
    4. Individu yang perlu melakukan kuarantin kendiri dinasihatkan untuk duduk di dalam bilik yang mempunyai tandas berasingan.
    5. Elakkan berjumpa ahli keluarga atau haiwan peliharaan.
    6. Jangan kongsi barang peribadi seperti cawan, tuala, sudu atau garfu.
    7. Pakai pelitup muka dengan betul jika perlu berada di sekeliling orang lain.

    Masih lagi alami simptom selepas COVID-19?

    tempoh kuarantin

    Walaupun kebanyakan pesakit COVID-19 akan sembuh dalam masa beberapa minggu, ada juga yang masih mengalami simptom COVID-19 berbulan-bulan selepas dijangkiti.

    Kondisi ini turut dikenali sebagai sindrom selepas COVID-19. Salah satu tanda sindrom ini ialah simptom yang berpanjangan dan lebih daripada 4 minggu.

    Warga emas dan individu yang berpenyakit paling berisiko untuk menghidap sindrom ini.

    Namun, itu bukanlah bermaksud orang muda akan terlepas. Malah, mereka yang sihat juga akan rasa tidak sihat dan kerap letih walaupun setelah berminggu-minggu dijangkiti.

    Antara tanda dan simptom sindrom selepas COVID-19 ialah:

    1. Rasa penat dan letih.
    2. Sukar bernafas.
    3. Batuk.
    4. Sakit sendi.
    5. Sakit dada.
    6. Masalah mengingat.
    7. Sukar tidur malam.
    8. Pening kepala.
    9. Depresi dan kegelisahan.
    10. Demam.
    11. Pening kepala ketika berdiri.
    12. Simpom yang semakin teruk selepas melakukan aktiviti fizikal.

    Semua orang yang mengalami sindrom selepas COVID-19 perlu mendapatkan rawatan pakar, lebih-lebih lagi mereka yang mengalami depresi disebabkan Covid walaupun selepas tempoh kuarantin.

    Tidak dinafikan, menghidap COVID-19 boleh menjadi pengalaman yang buruk dan boleh mencetuskan trauma dalam sesetengah orang. 

    Oleh sebab itu, dapatkan pemeriksaan pakar jika simptom yang anda alami tidak sembuh walaupun sudah lama dijangkiti COVID-19.

    Kesimpulan

    tempoh kuarantin

    Cara yang terbaik untuk mengelakkan COVID-19 ialah melalui pencegahan. Pastikan anda mendapatkan vaksinasi secepat mungkin.

    Vaksinasi bukan sahaja boleh melindungi diri anda daripada jangkitan, ia juga dapat melindungi orang lain di sekeliling anda.

    Antara langkah penting untuk mengelakkan penyebaran COVID-19 ialah:

    1. Mendapatkan vaksinasi COVID-19. Pastikan anda mengambil suntikan penggalak apabila tiba giliran.
    2. Pakai pelitup muka dengan betul. Tutup hidung dan mulut untuk melindungi diri anda dan orang lain daripada jangkitan virus.
    3. Amalkan penjarakkan sosial. Berdiri sekurang-kurangnya 6 kaki daripada orang lain.
    4. Elakkan tempat yang sempit dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik.
    5. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air. Anda juga boleh menggunakan hand sanitiser sebagai pengganti.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 04/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan