backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Masalah Mati Pucuk, Ini Semua Yang Kaum Adam Perlu Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/09/2021

Masalah Mati Pucuk, Ini Semua Yang Kaum Adam Perlu Tahu!

Lemah syahwat adalah sesuatu yang sukar buat kaum adam. Malah, masalah mati pucuk atau masalah zakar merupakan sesuatu yang memalukan dan boleh menyebabkan lelaki rasa rendah diri.

Tidak ada seorang pun yang sanggup bercakap mengenai masalah zakar ataupun kesukaran mereka untuk mengekalkan ereksi.

Malah, masalah lemah syahwat adalah sesuatu yang taboo dan memalukan bagi kaum lelaki. Isu tidak cukup jantan merupakan sesuatu yang amat sensitif dan boleh menyebabkan lelaki jadi tertekan dan rasa rendah diri.

Disfungsi erektil merupakan masalah berkaitan zakar yang paling lazim berlaku kepada lelaki. Menurut laman sesawang Urology Care Foundation, masalah mati pucuk mempengaruhi hampir 30 juta lelaki di seluruh dunia.

Ikuti artikel ini jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini. 

Masalah mati pucuk

Lemah syahwat adalah

Mati pucuk, atau turut dikenali sebagai disfungsi erektil merupakan satu kondisi yang membuatkan kaum Adam sukar untuk mengekalkan ereksi yang cukup keras ketika melakukan seks.

Selalunya, orang kita akan menggunakan perkataan lemah syahwat untuk masalah ini. Untuk pengetahuan anda, lemah syahwat adalah lemah tenaga batin, juga sama maksudnya dengan masalah mati pucuk.

Masalah ini boleh menyebabkan keyakinan lelaki jatuh merudum. Malah, jika tidak dirawat, mati pucuk akan mengakibatkan tekanan perasaan yang dapat menjejaskan hubungan antara suami dan isteri.

Jika anda mengalami masalah untuk mengekalkan ereksi, pastikan anda berjumpa doktor dengan kadar yang segera. Selalunya, lemah syahwat adalah sesuatu yang boleh dirawat dan diubati. 

Simptom

Kadangkala, lelaki tidak dapat lari daripada mengalami masalah untuk mengekalkan ereksi. Malah, banyak faktor seperti emosi, kesihatan, hormon, saraf, salur darah dah otot yang boleh menjadi punca lelaki tewas awal di bilik tidur.

Kesihatan mental juga memainkan peranan yang amat besar dan boleh menentukan tahap prestasi lelaki di ranjang. Lemah syahwat adalah perkara yang berlaku disebabkan semua masalah ini. 

Sebagai contoh, tekanan perasaan dan depresi boleh menyebabkan masalah mati pucuk menjadi semakin teruk.

Tidak mengapa jika lelaki mengalami masalah ereksi sekali sekala. Kadangkala, rasa penat dan stres setelah seharian bekerja boleh menyebabkan lelaki sukar untuk mengekalkan ereksi.

Namun, anda mungkin alami masalah disfungsi erektil jika mengalami simptom-simptom berikut:

  1. Tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks.
  2. Tidak mampu untuk mengekalkan ereksi.
  3. Tidak boleh mendapatkan ereksi.

Golongan Berisiko

Antara orang yang berisiko untuk mengalami masalah mati pucuk atau lemah syahwat adalah:

  1. Lelaki yang sudah berusia. Lelaki yang sudah berusia lebih sukar untuk mengekalkan ereksi dalam jangka masa yang panjang.
  2. Kondisi psikologikal seperti stres, kegelisahan atau depresi.
  3. Menghidap penyakit tertentu seperti penyakit jantung atau diabetes.
  4. Penggunaan dadah dan alkohol, lebih-lebih lagi jika anda ketagih dadah atau minuman keras.
  5. Berat badan berlebihan ataupun menghidap obesiti.
  6. Mengalami kecederaan yang melukakan saraf atau arteri yang mengawal ereksi.

Pencegahan dan Rawatan

Lemah syahwat adalah

Pencegahan

Walaupun sukar untuk mencegah masalah mati pucuk, namun perubahan dari segi gaya hidup boleh mengelakkan kaum lelaki daripada mengalami masalah ereksi yang berpanjangan.

Lemah syahwat adalah sesuatu yang boleh diubati dan dirawat. Secara amnya, lebih sihat diri anda, maka lebih rendah risiko untuk anda menghidap penyakit disfungsi erektil.

Sebagai contoh, antara perkara yang boleh menangani lemah syahwat adalah:

  1. Cuba untuk mengawal tekanan.
  2. Kawal masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung dengan bantuan doktor.
  3. Dapatkan rawatan untuk masalah mental yang dialami 
  4. Bersenam dengan kerap.
  5. Berhenti merokok dan menggunakan dadah rekreasi.

Cara merawat masalah mati pucuk

Tidak ada satu cara yang boleh menyembuhkan mati pucuk sepenuhnya. Selalunya, kombinasi rawatan yang berbeza perlu dilakukan untuk mengubati masalah ini.

Antara rawatan yang mungkin dijalankan adalah:

Pemberian ubat-ubatan

Jika masalah zakar atau mati pucuk yang dialami tidak sembuh dengan perubahan gaya hidup, doktor mungkin akan memberikan ubat-ubatan oral untuk merawat kondisi ini.

Walau bagaimanapun, sebelum mengambil sebarang jenis ubat, pastikan anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu mengenai kesihatan diri. 

Kurangkan stres dan bersenam

Cuba turunkan berat badan, bersenam dengan kerap, berhenti merokok dan tinggalkan alkohol untuk elakkan mati pucuk.

Selain itu, dapatkan bantuan untuk kegelisahan, depresi dan masalah mental lain. Jika anda mempunyai masalah antara suami dan isteri disebabkan mati pucuk, doktor boleh mencadangkan terapi untuk anda berdua.

Jumpa doktor

Lemah syahwat adalah

Pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin jika mengalami masalah untuk mengekalkan ereksi. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat doktor jika:

  1. Anda risau mengenai ereksi dan mengalami masalah lain seperti ejakulasi pramatang atau ejakulasi terlewat.
  2. Anda menghidap diabetes, penyakit jantung atau masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan disfungsi erektil.
  3. Anda mempunyai simptom lain selain disfungsi erektil.

Pastikan anda berbincang dengan doktor mengenai simptom dan punca disfungsi erektil yang dialami. 

Anda boleh teruskan rawatan seperti yang dicadangkan oleh doktor. Selepas rawatan, tidak mustahil anda boleh jalani hidup seperti biasa.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/09/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan