Hakikatnya, memang ramai lelaki di negara kita yang mengalami masalah mati pucuk. Namun mereka terlalu malu dan ego untuk mengakuinya.
Anda pasti?
Hakikatnya, memang ramai lelaki di negara kita yang mengalami masalah mati pucuk. Namun mereka terlalu malu dan ego untuk mengakuinya.
Disebabkan itu, mereka lebih gemar menggunakan kaedah tradisonal seperti urutan jelqing untuk menyelesaikan masalah yang dialami itu.
Ini dilakukan dalam usaha memastikan mereka kekal hebat ketika beraksi di kamar tidur bersama pasangan. Persoalannya, adakah ini alternatif yang terbaik?
Tidak, sebenarnya wujud sejenis ubatan yang boleh merawat masalah mati pucuk iaitu viagra. Jom ikuti artikel ini untuk ambil tahu!
Viagra adalah sejenis ubatan dalam kategori sildenafil yang digunakan bagi merawat masalah disfungsi erektil (mati pucuk).
Ia berfungsi dengan meningkatkan pengaliran darah ke dalam salur pada zakar bagi membantu lelaki mendapatkan serta mengekalkan ereksi mereka.
Terdapat beberapa variasi ubatan ini termasuklah:
Menurut kajian yang dijalankan oleh National Health Services di UK, kira-kira 2 per 3 lelaki yang mengambil ubatan ini berjaya meningkatkan kemampuan ereksi mereka.
Oleh itu, anda yang mempunyai masalah mati pucuk boleh mengambil ubatan ini dengan preskripsi yang ditetapkan oleh doktor bagi kemampuan seksual yang lebih mantap.
Seperti mana yang kita sudah tahu, ubatan ini memang sangat bagus untuk kaum Adam ekoran fungsinya yang boleh membantu menyelesaikan masalah mati pucuk.
Dengan bantuan ubatan bernama viagra ini, maka lelaki akan lebih yakin untuk menjalankan projek asmara bersama isteri tersayang tanpa rasa malu atau takut lagi.
Pun begitu, kalian juga perlu tahu bahawa sildenafil bukan sahaja bagus untuk lelaki malahan wanita juga terutamanya yang mengalami masalah hipertensi pulmonari.
Sebelum itu, kalian perlu tahu sildenafil terdapat 2 jenama bagi tujuan tertentu:
Revatio akan digunakan bagi merawat tekanan darah tinggi yang berlaku pada kawasan pulmonari yang terletak di antara jantung dengan paru-paru.
Kondisi ini akan berlaku apabila jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat bagi mengepam darah yang secukupnya kepada paru-paru.
Pengambilan revatio boleh membantu meningkatkan pengaliran darah ke dalam paru-paru dalam usaha mengurangkan beban jantung.
Kedua-dua ubatan sildenafil ini ternyata mampu menyelesaikan masalah kesihatan tertentu namun kalian masih perlu berwaspada kerana ia datang dengan kesan sampingan.
Di sebalik manfaat viagra dan revatio ini, tersembunyi beberapa mudarat sildenafil.
Berikut merupakan beberapa kesan sampingan yang mungkin boleh terjadi:
Ia juga mungkin boleh jadi lebih teruk sehingga menyebabkan:
Lebih membimbangkan, ada kes lelaki yang mengambil viagra mengalami masalah tekanan darah, serangan jantung, pendarahan pada otak dan paru-paru, strok serta kematian.
Sildenafil jenis viagra boleh diambil oleh lelaki berusia 18 tahun ke atas, ia bukan untuk wanita dan kanak-kanak.
Sildenafil jenis revatio pula boleh diambil oleh individu yang berusia 1 tahun ke atas, namun tidak semua.
Harus diingatkan, ubat ini perlu diambil oleh individu yang mempunyai masalah mati pucuk atau hipertensi pulmonari sahaja dengan kebenaran doktor.
Jangan sesekali mengambilnya tanpa izin doktor lebih-lebih lagi jika kalian termasuk golongan yang mengalami masalah kesihatan seperti berikut:
Jadi, terjawablah sudah apa itu viagra dan revatio yang merupakan sejenis sildenafil untuk merawat masalah kondisi kesihatan tertentu.
Ia memang berkesan, namun ketahuilah terdapat juga kesan sampingan serta golongan yang dilarang untuk mengambilnya.
Jadi, sila dapatkan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil viagra atau revatio ini okay!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen