backup og meta

Hendak mengurut? Ini 5 Jenis Urut Lelaki Yang Confirm Berkesan!

Hendak mengurut? Ini 5 Jenis Urut Lelaki Yang Confirm Berkesan!

Mengurut merupakan satu rawatan yang dapat memberikan kelegaan kepada badan. Urut lelaki bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan fizikal, ia juga turut menyumbang kepada kesihatan mental. Kini, ada banyak jenis urut lelaki yang boleh dicuba oleh kaum Adam. 

Ketika mengurut, tukang urut akan menggunakan tangan untuk menekan-nekan bahagian tertentu untuk mengurangkan rasa sakit dan lenguh pada badan. 

Berbeza dengan wanita, lelaki jarang sekali pergi mengurut. Bagi kaum Adam, aktiviti mengurut ini lebih sinonim dengan wanita yang suka memanjakan diri. 

Namun, siapa cakap lelaki tidak boleh pergi mengurut? Sebenarnya, ada banyak kebaikannya yang mungkin ramai tidak tahu. 

Dalam artikel kali ini, kami akan jelaskan mengenai kebaikan mengurut dan juga jenis urut lelaki yang boleh kaum Adam cuba. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info mengenai Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

Mengapa kaum Adam perlu cuba urut lelaki?

urut lelaki
Aktiviti mengurut bukan sahaja bermanfaat untuk fizikal lelaki, ia juga boleh menyumbang kepada kesihatan mental lebih baik.

Bagi sesetengah orang, urutan merupakan sebahagian daripada pelan rawatan untuk membantu mereka mengurangkan kesakitan dan dapat bekerja dengan selesa. 

Sebagai contoh, ada invididu yang mengurut selepas mengalami kecederaan tertentu. 

Antara kebaikan mengurut terhadap fizikal seseorang ialah: 

Selain itu, urut lelaki juga boleh mendatangkan banyak kebaikan dari segi mental. Ia boleh mengurangkan tekanan, meningkatkan tenaga dan membuatkan anda lebih relaks. 

5 Jenis urut lelaki

Kaum Adam boleh mencuba pelbagai bentuk urut tradisional lelaki. Antara jenis urutan yang popular dan sesuai untuk lelaki ialah: 

1. Urutan Sweden 

Urutan Sweden merupakan satu jenis urutan yang sangat menenangkan dan boleh memberikan ketenangan kepada kaum lelaki. 

Ia dilakukan dengan lima teknik urutan yang berbeza untuk merangsang otot lelaki. Tukang urut selalunya akan menggunakan minyak ketika mengurut. Urutan pula akan diakhiri dengan mandian stim.

Selalunya, urutan Sweden akan mengambil masa 60 hingga 90 minit. 

2. Urutan Thai

urut lelaki
Urutan Thai sesuai jika anda inginkan tekanan yang lebih kuat pada kawasan otot.

Urutan Thai mungkin lebih menyakitkan bagi lelaki yang baru cuba-cuba hendak mengurut. Urutan jenis ini lebih sesuai untuk mereka yang aktif dan ingin mengurangkan kesakitan kronik. 

Selain itu, kebaikan mengurut jenis ini adalah ia dikatakan dapat meningkatkan peredaran darah, tahap tenaga serta fleksibiliti seseorang. 

Tukang urut akan menggerakkan badan anda seakan-akan sedang melakukan senaman yoga. Selalunya, urutan jenis ini mengambil masa 60 hingga 90 minit. 

3. Urutan aromaterapi

Urutan aromaterapi paling sesuai untuk lelaki yang sukakan wangi-wangian dan ingin ‘healing’ ketika mengurut. 

Urutan jenis ini menggabungkan penggunaan minyak pati (essential oil) pada kulit. Tukang urut pula akan gunakan gerakan lembut pada badan. 

Kadangkala, urutan jenis ini hanya memfokuskan pada kawasan belakang badan, bahu dan kepala. 

4. Urutan otot/tisu dalam

Urut lelaki jenis ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah otot, misalnya lenguh-lenguh badan, kecederaan atau sakit otot yang kronik.

Tukang urut akan menggunakan tenaga yang lebih kuat berbanding urutan Sweden. Gerakan yang digunakan juga dikatakan dapat melegakan kesakitan pada otot badan. 

5. Urutan Shiatsu

Urutan Shiatsu merupakan sejenis urut tradisional lelaki yang dapat mengurangkan kesakitan pada kawasan badan. Ia juga dapat memberikan ketengan dan membantu kaum lelaki tidur dengan lena pada waktu malam. 

Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2018, urutan Shiatsu dikatakan dapat meningkatkan kualiti tidur dan membantu atlet muda sembuh dengan lebih cepat. 

Urutan jenis ini memfokuskan pada seluruh badan, namun tukang urut mungkin akan memberi tumpuan pada kawasan tertentu yang perlukan lebih perhatian. 

Cari


  • Pastikan mereka berdaftar dan layak mengurut
  • Tanya mereka mengenai pengalaman mengurut
  • Minta tukang urut cadangkan jenis urutan yang sesuai
  • Pastikan anda setuju mengenai harga urutan sebelum mula
  • Jika berpuas hati, anda boleh dapatkan khidmat mereka sekali lagi

Urut lelaki: Berapa kali boleh pergi mengurut?

urut lelaki
Jika anda sakit belakang, anda boleh jumpa ahli fisioterapi atau kiropraktor untuk mengurangkan kesakitan.

Berapa kali anda perlu pergi melakukan urut tradisional lelaki? Jawapannya mungkin berbeza mengikut keperluan individu. 

Memadai jika anda melakukan urutan setiap dua minggu sekali. Bagaimanapun, bukan semua orang mampu untuk mengurut dengan kerap disebabkan harganya yang mahal. 

Oleh itu, tidak salah jika anda pergi beberapa kali setahun asalkan urutan tersebut dilakukan untuk mengurangkan tekanan dan menenangkan minda

Jika anda perlu mengurut untuk kecederaan tertentu, pastikan anda ikut jadual yang diberikan oleh doktor atau pakar. 

Rasa sakit dan lenguh badan selepas urut merupakan perkara biasa. Malah, ada juga yang rasa penat seakan-akan baru lepas bersenam setelah pergi mengurut. 

Tidak mustahil, ada juga yang pening kepala atau rasa mual selepas melakukan urutan tertentu. 

Urutan tidak perlu menyebabkan kesakitan. Malah, urut tradisional lelaki lebih efektif jika anda rasa selesa. 

Jangan takut untuk menegur tukang urut sekiranya urutan yang diberikan menyakitkan. Mereka boleh sesuaikan tekanan mengikut kesesuaian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Benefits of massage therapy. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/benefits-of-massage-therapy. Diakses pada September 8, 2024.
  2. Massage. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/massage. Diakses pada September 8, 2024.
  3. Massage Therapy: What You Need To Know. https://www.nccih.nih.gov/health/massage-therapy-what-you-need-to-know. Diakses pada September 8, 2024.
  4. Top 5 Health Benefits of Regular Massage Therapy. https://www.nuhs.edu/patients/health-information/articles/top-5-health-benefits-of-regular-massage-therapy/. Diakses pada September 8, 2024.
  5. The Magical Massage: 4 Ways Massage Therapy Can Benefit Your Health. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2020/february/4-ways-massage-therapy-can-benefit-your-health. Diakses pada September 8, 2024.

Versi Terbaru

30/09/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tekak Perit Sebab Batuk Kering? Jom Cuba Cara Tradisional Untuk Legakan Ketidakselesaan!

Ibu Hamil Boleh Pergi Mengurut Tapi Elak Urutan Pada 3 Bahagian Ini, BAHAYA!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan