backup og meta

Hilangkan Sakit Badan

Ditulis oleh Morteza Tafakory · Fisioterapi · Hello Health Group


Disemak pada 05/10/2022

    Hilangkan Sakit Badan

    Sama ada anda seorang yang aktif dan kerap melakukan regangan badan ataupun tidak, sakit di bahagian badan yang berlainan boleh muncul bila-bila masa dan di mana sahaja. Berita baiknya adalah, terdapat cara untuk menghilangkan rasa sakit ini tanpa perlu bangun dari kerusi anda.

    hilangkan sakit badan

    Sakit di bahagian bawah belakang (pinggang) badan

  • Duduk tegak di atas kerusi.
  • Letakkan satu lutut ke dada anda dan tahan dari bawah.
  • Tarik secara perlahan-lahan ke arah badan.
  • Kekalkan kedudukan ini selama 30 saat.
  • Lepaskan kaki secara beransur-ansur
  • Ulangi proses yang sama dengan kaki yang lain.
  • Sakit bahu

  • Tarik nafas dalam dan angkat bahu anda ke arah telinga.
  • Kekalkan kedudukan ini selama 3 saat.
  • Lepaskan nafas dan jatuhkan bahu anda ke posisi asal.
  • Ulang sehingga 10 kali atau lebih.
  • Sakit kaki

    1. Letakkan satu kaki di depan kaki yang lain.
    2. Luruskan kaki yang berada di belakang dan lipat jari-jari kaki ke arah tapak kasut.
    3. Kekalkan kedudukan ini selama 30 saat.
    4. Luruskan kaki dengan perlahan.
    5. Ulangi proses ini dengan kaki yang lain.

    Sakit sendi lengan

    1. Kepalkan penumbuk dengan kedua-dua tangan.
    2. Letakkan penumbuk di hadapan anda.
    3. Buat bulatan di udara dengan sendi badan anda.
    4. Ulangi 10 kali dalam kedua-dua arah.

    Sakit di otot dada

    1. Letakkan tangan anda di belakang kepala supaya siku anda menyerupai sayap.
    2. Turunkan tangan ke belakang supaya bahu anda menghampiri satu sama lain.
    3. Kekalkan kedudukan ini selama 30 saat.
    4. Kembalikan tangan ke kedudukan awal secara perlahan-lahan.

    Sakit di pinggul badan

    1. Duduk tegak di tepi kerusi.
    2. Pastikan belakang anda lurus dan pusingkan sedikit ke sebelah kanan.
    3. Regangkan kaki kiri di belakang anda.
    4. Pastikan kaki kanan kekal di bawah sudut 90 darjah.
    5. Luruskan dada anda dan tekan pinggul.
    6. Lakukan ini selama 30 saat.
    7. Lepaskan perlahan-lahan dan kembali ke posisi permulaan.
    8. Ulangi perkara yang sama dengan sebelah yang lain.

    Sakit pada otot punggung

    1. Duduk tegak di atas kerusi.
    2. Letakkan pergelangan kaki kanan anda pada lutut kiri anda.
    3. Bengkokkan badan anda ke depan.
    4. Anda akan merasa tekanan pada otot-otot. Jangan lakukan tegangan secara melampau.
    5. Kekalkan kedudukan ini selama 30 saat.
    6. Luruskan dengan perlahan-lahan.
    7. Ulangi langkah yang sama dengan kaki yang lain.

    Sakit di bahagian belakang atas badan

    hilangkan sakit badan

    1. Peluk badan anda.
    2. Letakkan tangan kanan di bahu kiri dan tangan kiri di bahu kanan.
    3. Tarik nafas dalam.
    4. Kekalkan kedudukan ini selama 30 saat.
    5. Lepaskan dengan perlahan-lahan.

    Sakit lutut

    1. Duduk tegak di kerusi.
    2. Bangun dengan perlahan-lahan
    3. Berdiri dalam satu pergerakan.
    4. Duduk perlahan-lahan.
    5. Ulangi proses yang sama sebanyak 10 kali.

    Sakit leher 

    1. Duduk tegak di kerusi.
    2. Dongakkan kepala anda di satu sisi dengan membawa bersama telinga dan bahu anda.
    3. Kekalkan kedudukan ini selama 30 saat.
    4. Letakkan kepala anda kembali ke kedudukan utama.
    5. Ulangi langkah yang sama dengan bahagian kepala yang satu lagi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Morteza Tafakory

    Fisioterapi · Hello Health Group


    Disemak pada 05/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan