backup og meta

Lelaki Yang Berbulu Lebih Bijak & Menarik? Ini Fakta Sains Tentang Perkara Ini!

Lelaki Yang Berbulu Lebih Bijak & Menarik? Ini Fakta Sains Tentang Perkara Ini!

Bagi segelintir lelaki berbulu dada, keadaan badan mereka menimbulkan rasa tidak senang terutamanya jika berada dalam situasi sosial yang memerlukan mereka untuk membuka baju.

Boleh jadi mereka ditawarkan kerja model pakaian, berada di pantai semasa musim panas dan cuba untuk membina otot di gim (jika badan penuh bulu, sukar untuk mereka melihat definisi badan).

Apa yang anda perlu tahu berkenaan dengannya adalah dada yang dipenuhi dengan bulu bukanlah sesuatu yang asing.

Malah, menurut sains, ia mungkin mempunyai implikasi positif terhadap tahap kesihatan individu.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Bulu dada yang tidak sekata adalah normal

Apabila ia berkaitan dengan pertumbuhan bulu, ciri-ciri simetrikal (sama rata) boleh memberikan implikasi positif terhadap rupa.

Lihat sahaja pada individu yang membela jambang. Muka mereka tampak menarik berikutan jambang menutup bentuk muka mereka yang tidak simetri.

Kajian saintifik telah membahagikan bulu dada kepada 15 paten pertumbuhan yang unik, merangkumi 4 bahagian berbeza pada dada.

lelaki berbulu dada

  • Sternal (tulang dada tengah)
  • Infraclavicular (di bawah tulang kolar)
  • Pektoral (otot dada)
  • Circumareolar (sekeliling puting)

Kawasan yang menjadi tumpuan bulu dada adalah pada bahagian pektoral dan sternal.

Paten yang paling lazim dikenali sebagai paten pekto-sterno-infraclavicular. 

Istilah tersebut membawa maksud bulu dada lelaki menyelubungi kawasan buah dada, tulang sternum dan di penghujung tulang kolar.

Kajian juga menunjukkan normal bagi lelaki berbulu dada mempunyai paten yang tidak simetri.

Dengan kata lain, jika anda rasa corak bulu dada anda pelik, jangan risau, anda tidak keseorangan.

Wanita tua lebih suka lelaki berbulu dada

Kajian menunjukkan terdapat perbezaan dari sudut lelaki yang dianggap menarik perhatian bagi wanita muda dan tua.

Walaupun bulu dada boleh dipengaruhi oleh paras hormon testosteron, wanita subur lebih cenderung memilih lelaki yang kurang berbulu dada.

Situasi ini berbeza dengan wanita yang telah mencapai usia menopaus. Mereka lebih suka akan lelaki yang berbulu dada.

Kajian ini melibatkan 300 subjek wanita. Fakta ini boleh jadi perkhabaran baik atau berita buruk bagi mereka yang berbulu dada.

Jika anda masih belum bersedia untuk memberikan komitmen perkahwinan, mungkin bulu dada boleh bertindak sebagai alat kawalan kehamilan.

Atau mungkin anda lebih suka wanita yang berusia dan berpengalaman?

lelaki berbulu dada

Gambaran kepada bakal bapa mertua anda

Pelik tetapi benar. Kajian menunjukkan tinggi kebarangkalian bagi anda untuk memiliki bulu dada yang menyerupai bulu dada bapa mertua anda.

Situasi ini berikutan keinginan atau pilihan pasangan hidup anak perempuan boleh diwarisi daripada ibu atau ia merupakan kesan daripada fenomena cetakan seksual.

Perkara ini bermakna, wanita lebih cenderung memilih suami yang menyerupai bapa mereka sendiri.

Pun begitu, ia tidak bermakna anda perlu jadi ‘terlebih selesa’ dan tidak memakai baju di rumah mertua.

Anda atau bapa mertua anda mungkin berasa tidak selesa dengan persamaan ciri-ciri yang dimiliki.

Siapa yang nak menunjuk-nunjuk bulu dada mereka sama dengan bapa mertua kan?

Lelaki berbulu dada lebih pandai dari yang anda sangka

Menurut satu kaji selidik, separuh daripada populasi pelajar perubatan adalah lebih ‘berbulu’ jika dibandingkan dengan populasi umum (hanya 10%).

Malah, persatuan yang dihuni oleh ahli dengan tahap kecerdasan yang tinggi sebagai kriteria kemasukan, MENSA, mempunyai majoriti ahli yang berbulu dada tebal.

Hubungan di antara bulu dada dan tahap kecerdasan seseorang tidak begitu jelas.

Mungkin juga ia hanya kebetulan atau mereka yang berbulu dada lebih cenderung untuk berusaha keras dalam aspek akademik memandangkan mereka tidak begitu aktif dalam konteks sosial.

Walau bagaimanapun, pemerhatian tersebut agak menarik.

Mungkin suatu hari nanti, kita akan lebih memahami faktor yang mempengaruhi kecerdasan dalam kalangan mereka yang berbulu dada.

lelaki berbulu dada

Apa yang anda miliki tidaklah begitu teruk

Jika anda malu dengan rupa dada anda yang berbulu, ingat, ia tidak seteruk dengan apa yang dimiliki oleh manusia pada zaman purba.

Suatu ketika dahulu (anggaran 3 juta tahun lepas), manusia mula berhenti diselubungi dengan bulu dan mula mengawal suhu badan dengan sistem perpeluhan.

Bulu manusia merupakan satu bentuk perlindungan terhadap cuaca sejuk

Apabila suhu global meningkat, evolusi telah melahirkan manusia yang kurang bulu dada.

Jika anda sangka bulu anda antara yang paling lebat sehingga membuatkan anda berasa malu, ketahuilah manusia zaman dahulu jauh lebih berbulu.

Mungkin tip ini tidak begitu membantu tetapi ia merupakan satu perspektif yang munasabah untuk diterokai.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Variations of the hair patterns of the chest of white males. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2610947/?page=2). Diakses pada 24 Mac 2021.
  2. How A Man’s Chest Signals His Intelligence. (https://www.spring.org.uk/2017/07/chest-intelligence.php). Diakses pada 23 Mac 2021.
  3. The hirsute of higher intelligence. (https://www.independent.co.uk/news/hirsute-higher-intelligence-1328285.html). Diakses pada 23 Mac 2021.
  4. The Hairy Truth About Men’s Health. (https://www.unitypoint.org/livewell/article.aspx?id=cf83aa9a-5f10-4060-a90b-f31886015005). Diakses pada 23 Mac 2021.
  5. ARE BEARDS GOOD OR BAD FOR MEN’S HEALTH?. (https://healthcare.utah.edu/healthfeed/postings/2015/04/042215_cvarticle-beard-health.php).Diakses pada 23 Mac 2021.

Versi Terbaru

04/01/2023

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

13 Punca Lelaki Tak Subur, Berat Badan Salah Satu Sebabnya!

Lelaki Playboy Nampak Bergaya? Golongan Ini Berisiko Alami Masalah Mental!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 04/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan