backup og meta

Duduk Serumah Dengan Mertua, Kena Buat 'Projek' Senyap-senyap? Boleh! Ini Caranya...

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 29/09/2021

    Duduk Serumah Dengan Mertua, Kena Buat 'Projek' Senyap-senyap? Boleh! Ini Caranya...

    Hubungan seks yang ghairah dipenuhi bunyi dengusan kepuasan berserta bunyi katil mendecit. Sayangnya, bukan semua pasangan mempunyai kebebasan ini, terutama yang tinggal sebumbung dengan mertua. Ini tip bersetubuh dengan senyap tapi kekal hangat…

    Kekurangan privasi dari segi bunyi atau ruangan tidak bermakna anda harus mengorbankan kehidupan seks sama sekali.

    Bahkan, hubungan kelamin sememangnya menjadi aspek penting untuk pasangan yang sudah berkahwin.

    Walaupun menetap bersama mertua sekalipun, ini bukan bermakna seks hanya boleh dilakukan pada lewat malam, semata-mata ingin elak daripada didengari.

    Berasmara tanpa mengeluarkan bunyi bising juga boleh jadi pengalaman yang menarik dan seksi, yang dapat menambah rencah ke dalam hubungan kelamin anda!

    Ia tingkatkan kenikmatan visual dan keperluan untuk menahan diri daripada bersuara lantang, menjadikannya lebih mengghairahkan.

    Ini tip-tip bersenggama secara senyap tanpa perlu membataskan rasa berahi antara pasangan, jom baca!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Tip bersetubuh dengan senyap

    Seks tanpa bunyi kuat tidak bermaksud seks yang membosankan tau!

    Rancakkan aktiviti di kamar tidur anda dengan beberapa tip bersetubuh seperti berikut:

    #1 Lakukan di tempat lain; bilik mandi

    seks

    Bilik tidur bukanlah satu-satunya tempat untuk berasmaradana. Shower sex juga boleh menjadi opsyen yang sesuai buat pasangan yang ingin elak didengari.

    Tambahan itu, bunyi tambahan berlatar air akan membolehkan anda untuk bebas bersuara, walaupun masih agak terhad.

    Namun, pastikan untuk beringat dan berhati-hati agar tidak tergelincir atau jatuh ketika sedang seronok bermesra dengan pasangan, nanti tak pasal-pasal mendapat sakit pula.

    #2 Elak lakukan di atas katil

    Tempat tidur, walaupun menyelesakan, ia menghasilkan pelbagai jenis bunyi bising yang mampu mencuri perhatian orang berhampiran!

    Untuk mengelakkan bunyi bingkai katil mendecit, lantai adalah pilihan terbaik anda.

    Walaupun ia bukanlah opsyen yang paling selesa, anda boleh mengalasnya dengan comforter, selimut atau bantal.

    #3 Tambahkan bunyi latar

    Bunyi latar tambahan akan dapat memberikan anda dan pasangan sedikit fleksibiliti bunyi ketika beraksi.

    Memainkan muzik, selain menaikkan mood untuk bersama ia juga menjadi pilihan yang bagus untuk mengelakkan keraguan.

    Pada waktu malam, bunyi televisyen atau radio juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesan suara.

    Tapi tentunya, kalian masih perlu beringat dengan kelantangan dipasang agar tidak mengganggu orang di sekeliling.

    #4 Sentiasa sediakan bantal di tangan/berhampiran

    Penggunaan bantal amat berguna, lebih-lebih lagi untuk menekup mulut saat terasa seperti mahu menjerit kesedapan, namun perlu menahan diri.

    Rasa ‘geram’? Pilihan lain, anda juga boleh mengikat mulut dengan tali leher atau sehelai kain.

    Ia bukan sahaja bantu mengelakkan suara yang tidak disengajakan ketika orgasma, malah meningkatkan faktor keterangsangan.

    #5 Jadikan seks yang senyap sebagai 1 permainan

    Jadikan kekangan seksual ini kepada 1 permainan menyeronokkan antara pasangan- Siapa yang boleh berdiam diri paling lama?

    Menurut Sunny Rodgers, Ahli Seksologi Klinikal dan Jurulatih Seks yang diperakui American College of Sexologists, menjadikan seks yang senyap sebagai 1 permainan dapat membuatkan situasi menjadi lebih seksi dan intim antara pasangan!

    Sebahagian daripada tujuan permainan ini adalah untuk melihat siapa yang dapat menghasilkan strategi seks senyap yang paling menarik dan nakal, daripada penglibatan sex toy hingga ke senario role-playing.

    Di samping itu, jangan padam lampu semasa membuat ‘projek’ okey, supaya kalian dapat nikmati rangsangan visual berbanding sekadar mendengarnya.

    Tidak mahu orang dengar? Cuba posisi-posisi seks ini!

    5 posisi seks ini bukan sahaja seksi, bahkan ia akan bantu anda mengurangkan kebisingan. Antaranya:

    tip bersetubuh

    1. Spooning: Mana-mana kedudukan yang tidak memerlukan banyak pergerakan akan bantu mengurangkan bunyi, menurut pakar. Spooning adalah salah satu posisi seks yang paling intim. Selain itu, posisi ini memudahkan anda untuk ‘berborak manja’ dengan satu sama lain, mengekalkan kehangatan seksual dengan bisikan-bisikan nakal.
    2. Posisi 69: Kedudukan ini mungkin terasa janggal buat sesetengah orang, tetapi apa lagi cara yang lebih baik untuk membuat mulut anda ‘sibuk’? Posisi 69 boleh dilakukan di sisi, atau pasangan berada di atas. Seks oral secara umum juga boleh menjadi pilihan yang baik untuk seks senyap. Cuma pastikan pasangan bersedia untuk menyembamkan muka atau menekup mulut di bantal/tuala ketika klimaks.
    3. Gaya doggy meniarap: Dalam posisi doggy ini, kedua-dua pasangan berbaring meniarap dengan 1 pasangan berada di atas yang lain. Kedudukan ini mungkin bakal menyukarkan pergerakan penetrasi encik suami. Sekiranya demikian, anda boleh cuba selitkan bantal di bawah perut untuk tinggikan paras punggung.
    4.  Posisi duduk: Dalam posisi ini, encik suami akan duduk dengan tegak di bawah, sementara anda duduk di atas ribanya dan melakukan pergerakan. Kedudukan ini cukup nakal dan memberikan rangsangan secara maksimum! 
    5. Posisi scissoring: Untuk kedudukan seks ini, kedua-dua pasangan perlu berbaring dan menemukan alat sulit mereka pada sudut yang betul, dengan kepala masing-masing di hujung katil yang bertentangan. Posisi ini tidak melibatkan banyak pergerakan, dengan kata lain akan mengurangkan bunyi bising katil yang ingin dielakkan.

    Jadi, jika anda tinggal bersama mertua, atau ada ahli keluarga lain di rumah, anda boleh cuba praktikkan tip bersenggama ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 29/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan