Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Perkahwinan bukan sahaja digalakkan bagi menghalalkan hubungan di antara dua individu bukan mahram, malahan ia juga baik untuk kesihatan.

Perkara ini terbukti melalui banyak kajian sains yang menunjukkan hikmah perkahwinan terhadap pelbagai aspek kehidupan.

Terdapat pelbagai jenis impak positif dari sudut ekonomi, keagamaan, psikologi dan sosial yang boleh dinikmati melalui perkahwinan.

Apa yang lebih mengujakan adalah kebaikan tersebut berbeza mengikut jantina.

Artikel ini akan memfokuskan kepada hikmah perkahwinan dalam kalangan lelaki. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

Tahap kesihatan lelaki menjadi bertambah baik jika berkahwin dengan wanita berpelajaran

Kaji selidik yang melibatkan 127,545 orang lelaki dewasa di Amerika menunjukkan lelaki yang berkahwin lebih sihat berbanding dengan lelaki bujang atau lelaki yang sudah bercerai.

Semakin lama mereka hidup bersama dengan pasangan melalui ikatan perkahwinan, semakin tinggi peluang mereka untuk hidup lebih lama.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi tahap kebaikan yang boleh dinikmati oleh lelaki yang berkahwin.

Sebagai contoh, usia. Dalam kaji selidik yang sama, subjek yang berkahwin pada usia lebih daripada 25 tahun boleh menikmati kebaikan yang lebih banyak berbanding dengan lelaki yang berkahwin muda.

Faktor lain seperti taraf pendidikan isteri, tahap kesihatan sebelum berkahwin dan sebagainya turut mempengaruhi dapatan kaji selidik tersebut.

Sukar untuk kita simpulkan secara objektif bahawa perkahwinan merupakan faktor yang melindungi lelaki daripada kematian pramatang.

Ada juga yang menyatakan kemungkinan lelaki sihat lebih cenderung untuk berkahwin berbanding dengan lelaki yang mempunyai masalah kesihatan.

Namun, kajian lanjut menunjukkan dapatan yang sebaliknya.

Mereka yang tidak sihat kebiasaannya berkahwin lebih awal, kurang bercerai dan lebih cenderung untuk berkahwin lain jika pasangan meninggal dunia.

Takut hendak berkahwin dengan wanita berpelajaran? 

kesihatan lelaki

Ramai individu suka mengaitkan ego dengan lelaki untuk menjual konsep bahawa perkahwinan di antara lelaki dan wanita yang lebih berpelajaran boleh mendatangkan kesan buruk.

Malah pada tahun 1980-an, kebanyakan dapatan kajian menjurus ke arah perspektif tersebut.

Lelaki yang berkahwin dengan wanita yang lebih berpelajaran mudah untuk mendapat masalah sakit jantung berbanding dengan perkahwinan bersama wanita berpendidikan rendah.

Namun begitu, perkara ini telah dibuktikan salah melalui kajian yang dijalankan pada tahun 2002.

Dapatan kajian tersebut menunjukkan semakin tinggi tahap pendidikan isteri semakin kurang risiko penyakit jantung.

Ia berikutan lelaki yang berkahwin dengan isteri berpendidikan lebih terdorong untuk berhenti merokok, kembali bersenam, mengamalkan pemakanan seimbang dan kurang mengalami masalah hipertensi.

Kesimpulan tersebut disokong oleh dapatan kajian yang dijalankan pada tahun 2009. 

Lelaki yang berkahwin dengan perempuan berpendidikan mempunyai kadar kematian yang rendah.

Ia membuktikan, dalam konteks dunia kontemporari, isteri yang berpendidikan merupakan kunci kepada jantung sihat.

Hikmah perkahwinan dari sudut biologi, psikologi dan tingkah laku

Terdapat penjelasan mengapa perkahwinan boleh memberikan hikmah dari sudut kesihatan.

Teori biologi

Teori biologi lebih berkait dengan masalah stres. 

Individu bujang atau lelaki yang baru sahaja bercerai atau kematian isteri berisiko untuk mengalami peningkatan hormon seperti adrenalin.

Kesannya, tekanan darah mudah melonjak naik dan ia merupakan salah satu faktor risiko bagi penyakit jantung.

Terdapat juga sitokin yang sering dikaitkan dengan masalah stres. Ia sering dialami oleh mereka yang sudah bercerai atau kematian isteri.

Peningkatan penghasilan molekul protein tersebut boleh menyebabkan berlakunya proses keradangan dalam salur darah.

Ia juga boleh mendorong berlakunya masalah penyakit jantung.

hikmah perkahwinan

Teori psikologi

Lelaki yang tidak berkahwin lebih cenderung untuk mengalami kemurungan akibat kesunyian dan isolasi sosial.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard menunjukkan lelaki yang tidak berkahwin mempunyai risiko setinggi 82% untuk mendapat masalah penyakit jantung.

Dapatan tersebut disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Institut Kajian England Baharu yang melaporkan kira-kira 66% lelaki bergantung kepada isteri mereka bagi mendapatkan sokongan sosial.

Ini bermakna lelaki yang tidak berkahwin, bercerai atau kematian isteri berisiko untuk mengalami kemerosotan tahap kesihatan mental.

Risiko isolasi dalam kalangan lelaki lebih tinggi tanpa isteri yang menemani.

Teori tingkah laku

Lelaki yang tidak mempunyai isteri tiada tabiat makan yang sihat berbanding lelaki yang berkahwin.

Mereka juga lebih cenderung untuk merokok, minum alkohol secara berlebihan dan terlibat dalam aktiviti berisiko tanpa isteri di sisi.

Jelas sekali ia menunjukkan kebarangkalian untuk lelaki mengamalkan gaya hidup sihat lebih tinggi jika mereka sudah berkahwin.

Tahap kesihatan juga terjamin memandangkan lelaki yang mempunyai isteri lebih cenderung untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Konklusi

Terdapat banyak sebab kenapa lelaki berkahwin. Ada yang berkahwin kerana kecantikan wanita, harta dan keluarga.

Apabila ditanya, susah nak dengar lelaki berkahwin untuk menikmati tahap kesihatan yang lebih baik.

Perspektif tersebut seharusnya diubah. Perkahwinan terbukti boleh memberikan manfaat kepada individu.

Namun, jangan pula dipaksa seseorang untuk berkahwin hanya untuk memastikan mereka sihat.

Apa yang lebih tidak sihat berbanding dengan hidup membujang adalah pasangan yang kekal dalam hubungan toksik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Buat Suami, Ini 7 Punca Yang Sebabkan Zakar Rasa Sakit Semasa Seks

Berasa sakit semasa seks? Sakit ketika seks yang dialami oleh kaum lelaki boleh menjadi petanda bagi beberapa keadaan. Artikel ini ada terangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kesihatan Lelaki Lain 05/02/2021 . 3 minit bacaan

Amalan Tradisi Bertangas, Betul Ke Wap Herba Ini Bagus Untuk Kesihatan Faraj?

Anda mungkin pernah mendengar tentang amalan nenek moyang kita yang masih lagi diamalkan dalam penjagaan kesihatan faraj, bertangas. Tapi, berkesan ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Wanita Lain 05/02/2021 . 3 minit bacaan

Guna Asid Borik Untuk Rawat Masalah Jangkitan Faraj, Biar Betul? Selamat Ke?

Asid borik digunakan untuk merawat jangkitan faraj? Biar betul? Jika kalian berminat untuk ketahui jawapannya, ikuti kupasan ini dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Perempuan 29/01/2021 . 3 minit bacaan

Bukan Saja-saja! Menangis, Moody @ Marah Ketika Haid Itu Bersebab! Tapi Jangan Buat Alasan Pula Ya!

Anda rasa serabut atau fed-up sekitar waktu haid? Sesetengah wanita mendapati mereka mudah marah atau menangis, dek kerana perubahan mood. Mengapa ya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Perempuan 22/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sebab kencing tak lawas

Ibu Lepas Bersalin Lebih Berisiko Alami Kencing Tak Lawas! Apa Boleh Dibuat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
tips lelaki

Wahai Lelaki, Amalkan 7 Tip Ini Kalau Nak Anak, #3 Tu Wajib Ikut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 3 minit bacaan
sifilis wanita

Selalu Dengar Sifilis Dihidapi Oleh Lelaki, Adakah Wanita Boleh Terselamat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 08/02/2021 . 3 minit bacaan
vagina wanita

Ini Sebab Mengapa Wanita Perlu Lakukan Ujian PH Miss V, Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 08/02/2021 . 3 minit bacaan