backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Ada Cara Hilangkan Bulu Ketiak Kekal? Ini Cara Cukur Paling Murah Hingga Paling Mahal!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 30/01/2023

Ada Cara Hilangkan Bulu Ketiak Kekal? Ini Cara Cukur Paling Murah Hingga Paling Mahal!

Rimas dengan bulu ketiak masing-masing? Anda sedang mencari cara menghilangkan bulu ketiak selamanya? Jangan risau, kami ada jawapannya di sini!

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai pelbagai kaedah hilangkan bulu ketiak daripada cara yang paling murah hinggalah paling mahal.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

5 cara menghilangkan bulu ketiak

Tidak dinafikan, bulu ketiak merupakan sesuatu yang normal dan semula jadi. Benar, ramai yang memilih untuk mencukur atau membuang bulu ketiak masing-masing bagi mengembalikan keyakinan diri dan nampak cantik.

Namun, bukan mudah untuk mencukur bulu ketiak dengan betul. Jika tersalah langkah, besar kemungkinan kawasan bawah lengan akan jadi gatal sehingga menimbulkan ketidakselesaan sepanjang hari.

Ada banyak cara untuk membuang bulu ketiak. Antara yang paling popular ialah:

1. Bercukur

cara menghilangkan bulu ketiak

Bercukur merupakan antara langkah paling mudah untuk menghilangkan bulu ketiak. Hanya dengan sebilah pencukur dan krim, anda boleh cukur bulu bawah lengan di dalam tandas dalam masa 5 minit.

Walau bagaimanapun, pencukur mungkin tidak sesuai digunakan di kawasan intim. Ia mungkin akan menyebabkan masalah rambut tumbuh ke dalam (ingrown hair) atau kegatalan.

Walaupun cara ini mudah dan pantas, namun anda perlu gunakan krim untuk mengurangkan luka atau rasa pedih selepas bercukur. Krim juga dapat melindungi kawasan kulit yang sensitif.

Berapa lama ia bertahan: 1-3 hari

Tip: Bulu akan tumbuh lebih lambat jika anda menggunakan air hangat untuk melembutkan kawasan kulit sebelum bercukur. Cukur dengan perlahan-lahan. Pada masa yang sama, tarik kulit untuk pastikan kulit sentiasa tegang ketika bercukur.

Baca juga: 

2. Cabut bulu ketiak

Aduh, sakitnya! Benar, cabut bulu ketiak merupakan antara cara menghilangkan bulu ketiak yang paling menyakitkan dan juga memakan masa yang panjang. Namun, anda tidak perlukan banyak alatan. Cukuplah sebatang penyepit kecil (tweezer).

Anda juga boleh gunakan sejenis alatan yang dikenali sebagai epilator. Ia dapat mencabut banyak bulu dalam satu-satu masa.

Berapa lama ia bertahan: 3-8 minggu.

Tip: Sebelum mencabut bulu menggunakan penyepit, pastikan anda lap dahulu dengan alkohol atau bersihkan dengan air biasa untuk kurangkan risiko jangkitan.

3. Waxing sebagai cara menghilangkan bulu ketiak

cara menghilangkan bulu ketiak

Kini, anda tidak perlu lagi ke salun kecantikan untuk melakukan waxing. Ada banyak kit kecil sesuai untuk pemula yang dijual secara atas talian. Oleh sebab itu, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk lakukan waxing sendiri di rumah tanpa bantuan pakar.

Selain mencabut bulu ketiak, waxing juga boleh mendatangkan kesakitan. Namun, prosedurnya pantas dan anda boleh lakukannya untuk mencabut bulu dalam satu kawasan yang besar.

Sekiranya anda mencari cara menghilangkan bulu ketiak tanpa mencukur, anda boleh cuba lakukan waxing. Selepas bercukur, rambut yang tumbuh akan nampak lebih nipis dan kurang menyerlah.

Tidak yakin untuk lakukannya sendiri? Jangan risau, ada banyak pakar yang boleh bantu anda di luar sana. Harganya juga berpatutan!

Berapa lama ia bertahan: 3-8 minggu.

Tip: Untuk pastikan bulu dapat dicabut sepenuhnya, kepanjangan bulu perlulah sekitar 6 mm (1/4 inci).

4. Buang bulu menggunakan laser

Mencari cara hilangkan bulu ketiak selamanya? Rawatan laser mungkin sesuai untuk anda! Laser yang dipancarkan pada kulit dapat menghentikan pertumbuhan bulu.

Namun, bukan semua orang mampu melakukan rawatan laser kerana harganya yang mahal.

Rawatan ini paling berkesan pada individu yang mempunyai kulit cerah dan bulu gelap. Melanin dalam rambut dapat menyerap cahaya dengan lebih banyak. Jadi, rawatan akan menjadi semakin efektif.

Berapa lama ia bertahan: Rawatan laser adalah antara cara hilangkan bulu ketiak selamanya. Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu melakukan rawatan susulan setiap 6 bulan untuk penjagaan terbaik.

5. Pembuangan bulu dengan kaedah IPL

cara menghilangkan bulu ketiak

IPL atau intense pulsed light merupakan satu cara menghilangkan bulu ketiak yang lebih kurang sama dengan rawatan laser. Perbezaan utama dalam dua kaedah ini ialah jenis cahaya yang digunakan.

Rawatan IPL menggunakan cahaya berspektrum luas. Cahaya ini akan menghasilkan haba yang akan merosakkan folikel rambut.

Walaupun IPL lebih pantas berbanding laser, namun ia memerlukan rawatan susulan yang lebih banyak. Harganya juga lebih mahal berbanding rawatan yang lain.

Berapa lama ia bertahan: 2-4 tahun. Rawatan susulan pula sebanyak 4 kali setahun.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 30/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan