Mungkin ada dalam kalangan kita yang sebenarnya memang sudah lama menghidap penyakit kencing manis namun, langsung tidak sedar. Persoalannya, apakah kenapa kencing manis berlaku dan apa tanda kencing manis sedang berlaku kepada kita?
Statistik penyakit ini berada pada tahap yang membimbangkan kerana negara kita merupakan negara dengan penduduk yang paling tinggi menderita diabetes di Asia Tenggara dan berada pada kedudukan ke-10 di dunia!
Hakikatnya, siapa yang dapat tolak nikmat pengambilan makanan dan minuman yang manis, bukan?
Lihat sahaja makanan dan minuman tradisional kita seperti air batu campur, cendol, lai chi kang dan manisan-manisan, kebanyakannya mengandungi bacaan kencing manis atau kandungan gula yang sangat tinggi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Tanda Kencing Manis Awal Yang Paling Umum
Namun, bagi penderita diabetes jenis 1, simptom mungkin akan terlihat lebih cepat dan mungkin lebih teruk.
Berikut tanda tanda diabetes umum penderita diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2:
- Sering haus
- Sering lapar
- Kerap membuang air kecil
- Penurunan berat badan secara tiba-tiba
- Keletihan
- Kekuatan otot menjadi berkurang
- Penglihatan menjadi kabur
- Nafsu seks berkurangan
- Disfungsi ereksi
- Luka lambat pulih
- Selalu dijangkiti infeksi pada bahagian gusi, kulit atau kemaluan
- Kewujudan keton di dalam urin (keton adalah sisa produk daripada otot dan lemak yang terkumpul akibat kekurangan insulin)
6 Tanda Kencing Manis Lain Yang Wajar Diawasi
Kandungan gula dalam darah boleh menjadi tinggi tanpa menunjukkan sebarang simptom ketara.
Walaupun kadar peningkatan gula dalam darah anda tidak terlalu tinggi, ia masih boleh merosakkan sistem saraf, buah pinggang serta retina.
Semakin tinggi glukosa juga akan mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk jika anda tidak segera mendapatkan rawatan.
Jadi, anda perlu lebih cepat dalam mengesan tanda tanda kencing manis selain kenapa orang kencing manis kena potong kaki. Berikut merupakan simptom kencing manis yang perlu anda waspada:
Tanda kencing manis #1. Kerap pergi tandas untuk buang air
Terlalu kerap mengunjunginya terutamanya pada waktu malam, adalah tanda kandungan gula dalam darah adalah terlalu tinggi.
#2. Anda semakin kerap dijangkiti infeksi urin
Bila kencing manis tinggi dari segi bacaannya, buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan betul. Ini sekali gus mengakibatkan glukosa wujud di dalam urin.
Gula yang berada dalam persekitaran yang lembap pula akan menyebabkan infeksi pada saluran urin, terutamanya pada golongan wanita.
#3. Penurunan berat badan yang ketara
Sekiranya anda mengalami kencing manis, tubuh badan anda tidak dapat menggunakan glukosa dengan efektif sebagai tenaga.
Disebabkan itu, tubuh badan anda akan mula membakar lemak yang tersimpan, lalu menyebabkan penurunan berat badan yang ketara.
Tanda kencing manis 4: Penglihatan kabur
Kandungan glukosa yang tinggi akan mengganggu lensa di dalam mata anda, sekali gus merosakkan penglihatan anda.
#5. Anda akan mengalami perubahan warna kulit
Antara gejala kencing manis yang awal adalah berlakunya perubahan pada warna kulit.
Perubahan ini sangat jelas kerana kulit penderita diabetes akan mula berubah menjadi warna agak kehitaman terutamanya pada bahagian leher dan ketiak.
Ramai yang salah anggap bahawa ini adalah daki yang melekat pada kulit. Sebenarnya, ini adalah satu kondisi yang disebabkan oleh rintangan insulin dan dinamakan sebagai acanthosis nigricans.
#6. Anda akan kerap letih dan penat
Kadangkala, keletihan dan kepenatan yang melampau mungkin mempunyai kaitan yang rapat dengan diabetes.
Kondisi ini juga mungkin menyebabkan penderita diabetes mengalami dehidrasi yang berpunca daripada kencing yang telalu kerap.
Ia seterusnya akan mengakibatkan kerosakan buah pinggang serta gangguan waktu tidur. Jadi, anda kena cepat cari cara hilangkan kencing manis!
[embed-health-tool-bmi]