#6. Insulin
Insulin hanya akan diberikan kepada pesakit diabetes dalam dua keadaan.
Pertama, apabila rawatan melalui pengambilan ubat diabetes secara oral tidak berkemampuan menurunkan paras gula darah ke tahap yang normal.
Kedua, insulin diberikan apabila pesakit diabetes dilarang atau tidak boleh mengambil ubat diabetes jenis oral seperti mereka yang mempunyai masalah buah pinggang.

Insulin juga mempunyai beberapa jenis, bergantung kepada keperluan pesakit diabetes yang berbeza-beza.
Berikut ialah jenis-jenis insulin serta waktu ia perlu disuntik:
- Insulin dengan tindakan pantas (disuntik sejurus sebelum waktu makan)
- Insulin tindakan pendek (disuntik 30 minit sebelum waktu makan)
- Insulin tindakan sederhana (disuntik sebelum anda masuk tidur)
- Insulin tindakan panjang (disuntik pada waktu atau masa yang sama setiap hari)
- Insulin pracampuran (disuntik sejurus sebelum makan atau 30 minit sebelum makan)
Patuhi pengambilan ubat kencing manis KKM
Kini anda telah mengetahui beberapa jenis ubat kencing manis KKM yang biasa diberikan kepada pesakit diabetes oleh pihak hospital.
Selain itu, anda juga telah mengetahui fungsi ubat-ubatan tersebut dalam mengawal penyakit dan simptom penyakit diabetes yang anda alami.
Oleh sebab itu, anda perlu terus mematuhi arahan pengambilan ubat kencing manis oleh doktor yang merawat anda setiap masa.
Diharapkan anda tidak terpengaruh dengan ubat-ubatan merepek yang dijual di pasaran seperti kapsul peria katak bahaya.
Ini kerana, ubat seperti kapsul peria katak bahaya ini bukan sahaja tidak berkesan dalam mengawal diabetes anda, malah kandungan yang ada dalam kapsul tersebut turut diragui.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen