
Penghidap diabetes mellitus sering mengalami pelbagai gangguan kesihatan. Bukan sahaja luka ringan yang merebak tetapi termasuk gangguan organ dalam tubuh yang membahayakan mereka. Salah satu penyakit yang sering dihidapi oleh penghidap diabetes adalah penyakit jantung. Apakah perkaitan antara dua penyakit ini?
Diabetes dan penyakit jantung
Laporan daripada harian Kompas, seorang doktor yang juga pakar endoktrin menyatakan bahawa penghidap diabetes lebih berisiko menghidap penyakit jantung. Bagi penghidap jantung jenis 2, risiko kegagalan jantung adalah sama dengan mereka yang tidak mengalami serangan jantung.
Kadar gula dalam darah yang tinggi yang tidak terkawal menyebabkan penyumbatan dan pengerasan pada pembuluh darah (aterosklerosis). Keadaan ini juga boleh menyebabkan serangan jantung yang dialami penghidap diabetes berisiko menyebabkan kematian berbanding serangan jantung tanpa penyakit diabetes.
Komplikasi menyebabkan kegagalan jantung
1. Tekanan oksidatif
Tekanan oksidatif adalah keadaan keperluan makanan sel tubuh tidak dipenuhi yang menyebabkan kelaparan. Akibat perubahan kadar gula dalam darah, penghidap diabetes akan mengalami gangguan peredaran darah. Ini menyebabkan pengambilan nutrisi dan zat lainnya terperangkap, termasuk untuk sel-sel dalam tubuh. Apabila penghidap diabetes mengalami hiperglisemia, keperluan makanan sel-sel dalam tubuh tidak akan dipenuhi. Keadaan ini menyebabkan terjadinya tekanan oksidatif yang menyebabkan sel-sel menjadi kelaparan.
2. Aterosklerosis kerana insulin
Rintangan insulin bukan sahaja mempengaruhi sel tubuh tetapi juga pembuluh darah. Jika ia dibiarkan, penghidap diabetes akan mengalami keradangan iaitu reaksi tubuh terhadap benda asing dengan gangguan organ pada saraf tubuh.
Tahap rintangan bertepatan dengan paras gula dalam darah yang tinggi. Semakin tinggi kadar gula dalam darah, rintangan insulin juga semakin tinggi. Rintangan insulin yang tinggi akan menyebabkan keradangan dalam badan semakin teruk. Sel-sel radang akan mengisi saluran darah. Lama kelamaan, sel-sel berkumpul dan menutup saluran darah sehingga menyebabkan penyumbatan dan pengerasan saluran darah atau dipanggil aterosklerosis. Keadaan ini adalah pencetus utama kegagalan jantung bagi penghidap diabetes.
3. Peningkatan kadar trigliserida
Hormon insulin juga menyebabkan kadar trigliserida di dalam darah turut meningkat kerana hormon insulin berperanan mengawal kadar trigliserida. Ketika gula dalam darah diproses oleh insulin habis, maka trigliserida akan menggantikannya dengan mengubah lemak menjadi cadangan tenaga. Apabila hormon insulin terganggu, gula dalam darah tidak akan diproses sehingga trigliserida meningkat. Keadaan ini dikenali sebagai hipertrigliserida.
Akibat lainnya, kadar kolesterol jahat dan baik juga terganggu. Kolesterol jahat akan meningkat dengan cepat, sedangkan kolesterol baik akan menurun dengan lemah. Akhirnya, lemak akan berkumpul di dalam pembuluh darah sehingga menyebabkan aterosklerosis sehingga tekanan darah juga meningkat. Peningkatan tekanan darah menyebabkan jantung bekerja dua kali ganda dan boleh berhenti secara tiba-tiba kerana keletihan (kegagalan jantung).
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.