Produk ini mengandungi salicylate salts iaitu sejenis bahan kimia mempunyai kesan yang sama dengan Aspirin.
Dalam erti kata yang lebih mudah, ubat gel ini dicipta sebagai ubat tahan sakit dan kesannya sangat efektif.
Pun begitu, ada satu berita terbaharu yang terjadi di luar negara telah menggemparkan dunia berkaitan ubat gel bernama bonjela ini.
Seorang bayi dari New Zealand hampir maut setelah mengalami salicylate overdose selepas disapu cecair bonjela berulang kali dalam tempoh masa yang singkat.
Ibu bapanya melakukan hal sedemikian ekoran ingin mencuba merawat mata ikan yang dialami si kecil mereka.
Malangnya, bayi berusia 7 bulan itu secara tiba-tiba sahaja berhenti bernafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital.
Berita baiknya, bayi malang itu dapat diselamatkan namun ia menunjukkan bahawa ubat gel ini sebenarnya adalah kurang selamat untuk diambil.
Ini terutamanya jika ia disapu secara berulang kali dalam tempoh waktu yang singkat dan diberikan kepada golongan bayi atau kanak-kanak.
Medicines & Healthcare Products Regulatory Agency (MHRA) telah mengeluarkan amaran sejak tahun 2006 lagi agar ubat ini digunakan secara terkawal.
Ada risiko bahaya yang memungkinkan golongan kanak-kanak menghidapi Sindrom Reye sekiranya produk ini tidak digunakan secara terkawal, terselia dan berwaspada!
Kesimpulannya, kita masih boleh sapu ubat gel dalam mulut tapi jangan gunakannya berulang-ulang dalam tempoh yang singkat.
Dapatkan juga konsultasi doktor pediatrik sebelum menggunakan ubat gel pada anak kecil.
Kini and atelah tahu cara merawat ulser yang paling tepat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen