Gejala ulser peptik dan ulser perut lain termasuklah:
- Sensasi terbakar
- Pedih ulu hati
- Loya
- Kehilangan berat badan
- Hilang selera makan
Komplikasi ulser stres atau ulser perut
Komplikasi serius bukanlah sesuatu yang biasa dan kerap berlaku. Tetapi ada beberapa perkara yang harus anda perhatikan.
Sesetengah ulser mulut sebenarnya adalah sejenis kanser mulut. Ulser yang tidak akan sembuh walaupun selepas rawatan.
Ulser yang berlaku di kawasan lidah, antara pipi dan gusi, atau di bawah lidah, mungkin merupakan tanda kanser mulut.
Ulser peptik atau ulser perut yang tidak dirawat pula boleh menyebabkan gejala yang teruk seperti berikut:
Ulser stres berkemungkinan besar berlaku ketika anda sudah berada di bawah rawatan perubatan untuk penyakit utama, prosedur pembedahan, trauma, atau kecederaan.
Kehadiran ulser stres menambahkan komplikasi lain kepada keadaan perubatan anda yang membawa kepada ulser.
Seperti ulser peptik atau perut, komplikasi yang paling serius adalah pendarahan dalaman atau berlakunya penyumbatan.
Kaedah rawatan ulser stres atau ulser perut
Rawatan untuk ulser peptik atau ulser perut bergantung kepada penyebab ulser. Sekiranya ulser disebabkan oleh bakteria H. pylori, ia perlu dirawat dengan antibiotik dan ubat penghalang asid yang akan ditetapkan oleh doktor anda.
Ulser perut yang disebabkan oleh ubat anti radang bukan steroid (NSAID) pula boleh dirawat dengan ubat-ubatan atau preskripsi yang disyorkan oleh doktor anda.
Ulser mulut pula dapat diatasi dengan perubahan gaya hidup seperti berikut:
- Elakkan jenis makanan tertentu, seperti makanan masin, keras, berasid, pedas, panas, atau alkohol
- Uruskan sebarang jangkitan atau keadaan perubatan yang berkaitan dengan ulser mulut anda
- Uruskan tahap tekanan anda
- Berhenti atau hadkan penggunaan produk tembakau
- Minum dengan menggunakan straw
- Gosok gigi dengan lembut, dua kali sehari
- Ambil kortikosteroid atau pencuci mulut berubat yang disyorkan oleh doktor atau doktor gigi anda
Pengurusan stres boleh bantu kurangkan ulser

Menguruskan stres yang dialami mungkin bermanfaat dalam rawatan ulser anda.
Walaupun profesional perubatan tidak bersetuju mengenai seberapa banyak tekanan mental atau psikologi boleh mempengaruhi jenis ulser tertentu, tapi ada beberapa bukti bahawa mengurangkan stres sememangnya dapat membantu.
Stres dipercayai boleh membatasi fungsi sistem imun. Pengurusan stres juga akan membantu kesejahteraan anda secara keseluruhan.
Anda perlu berbincang dengan doktor mengenai beberapa pilihan rawatan untuk stres anda.
Rancangan ini mungkin termasuk bercakap dengan kaunselor profesional atau ahli psikologi, atau mungkin dengan mengambil ubat.