backup og meta

Ambil Tahu Mengenai Rawatan & Diagnosis Diabetes Jenis 1, Buat Persediaan Awal

Ambil Tahu Mengenai Rawatan & Diagnosis Diabetes Jenis 1, Buat Persediaan Awal

Diabetes jenis 1 berlaku apabila badan pesakit tidak lagi mampu untuk menghasilkan hormon insulin yang mengawal kadar gula dalam darah. Penyakit diabetes ini merupakan sejenis penyakit autoimun. Oleh sebab itu, pesakit diabetes memerlukan ubat diabetes KKM khas. 

Sistem imun pesakit diabetes jenis 1 akan bertindak memusnahkan sel yang menghasilkan insulin di dalam pankreas. 

Namun, punca sebenar yang menyebabkan keadaan ini masih menjadi misteri bagi pakar.

Diabetes jenis 1 merupakan penyakit yang kronik. Ia bukan disebabkan oleh diet, umur, berat badan atau corak pemakanan pesakit. 

Oleh itu, penyakit ini lazim didiagnosis dalam kalangan remaja yang berumur antara 10 tahun hingga 16 tahun.

Bagi mengetahui sekiranya anda ada menghidap diabetes jenis 1, doktor mungkin akan melakukan ujian air kencing dan memeriksa kandungan gula dalam darah anda.

Seterusnya, anda akan diminta melakukan pemeriksaan di hospital jika doktor mengesyaki anda menghidap diabetes.

Anda mungkin perlu tunggu di hospital untuk beberapa ketika sehinggalah ujian darah anda keluar.

Jika anda didiagnosis dengan diabetes jenis 1, doktor ataupun jururawat akan mengajar cara untuk mengawal penyakit anda

Selain itu, jururawat juga akan mengajar anda cara untuk menguji kadar gula dalam darah dan bagaimana untuk menggunakan jarum insulin.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini

Cara merawat diabetes jenis 1

ubat diabetes kkm

Ubat diabetes: Insulin

Individu yang menghidap diabetes jenis 1 memerlukan terapi insulin sepanjang hayat. Oleh itu, pesakit perlu mengambil suntikan insulin sebanyak 2 ataupun 3 kali sehari.

Insulin tidak boleh diambil secara oral melalui ubat diabetes KKM yang berbentuk pil kerana enzim di dalam perut akan memusnahkan hormon tersebut sebelum ia sempat bertindak. 

Oleh itu, pesakit perlu mengambil insulin melalui suntikan ataupun pam.

1. Suntikan

Pesakit yang memilih untuk mengambil suntikan mungkin akan memerlukan campuran insulin yang berbeza sepanjang hari. Suntikan yang berbeza ini bersifat lebih semula jadi dan lebih menyerupai respons normal badan.

Suntikan dilakukan menggunakan sebatang jarum halus ataupun pen insulin. Pen insulin merupakan satu alat yang menyerupai pen dan boleh dibeli dalam bentuk pakai buang ataupun jenis yang boleh diisi semula.

2. Pam insulin

Pam insulin merupakan sejenis alat yang dipakai di luar badan. Alat ini bersaiz sebuah telefon bimbit dan berfungsi sebagai takungan insulin. 

Pam insulin akan disambung ke badan pesakit melalui sebuah tiub yang dimasukkan ke bawah kulit pada bahagian abdomen.

Pam ini datang dengan pelbagai gaya dan jenis. Ada yang boleh dipakai pada bahagian pergelangan tangan dan ada juga yang boleh dioperasikan secara tanpa wayar. 

Oleh sebab itu, lebih ramai yang mula berminat untuk menggunakan pam insulin.

Pam ini dilengkapi dengan sensor yang boleh menyuntik dos insulin secara berkala ke dalam badan. 

Selain itu, pam ini juga dapat mengukur tahap gula dalam darah dan melaraskan dos mengikut keperluan pesakit.

Ubat diabetes KKM untuk pesakit diabetes

ubat diabetes kkm

1. Metformin

Metformin membantu pesakit dari segi:

  1.   Mengurangkan jumlah glukosa (gula) yang dikeluarkan oleh hati ke dalam badan.
  2.   Membantu insulin dalam badan berfungsi dengan lebih baik.

Metformin merupakan sejenis ubat diabetes KKM yang sering digunakan oleh pesakit diabetes jenis 2.

Namun, ubat diabetes KKM ini turut digunakan oleh pesakit diabetes jenis 1 kerana ia dapat membantu sesetengah daripada mereka yang mempunyai rintangan insulin.

Rintangan insulin berlaku apabila insulin yang dihasilkan oleh badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Oleh sebab itu, paras gula dalam darah akan tetap meningkat walaupun badan menerima suntikan insulin.

2. Preskripsi ubat diabetes KKM oral untuk cara merawat diabetes

Ubat oral dapagliflozin telahpun diluluskan oleh badan rasmi di Eropah untuk membantu cara merawat diabetes jenis 1. Ubat diabetes KKM ini merupakan ubat pertama yang diluluskan untuk digunakan bersama insulin.

Dapagliflozin dapat bantu untuk mengawal kadar gula dalam darah pesakit ketika insulin tidak dapat berfungsi dengan baik.

3. Ubat diabetes KKM lain

Ubat diabetes KKM lain juga mungkin akan diberikan kepada pesakit diabetes jenis 1. Sebagai contoh:

  1. Aspirin – Doktor mungkin akan memberi preskripsi aspirin kepada pesakit diabetes jenis 1 untuk melindungi jantung.
  2. Ubat diabetes KKM untuk menurunkan kolesterol – Individu yang menghidap diabetes perlu mengawal kadar kolesterol dalam badan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
  3. Ubat untuk mengawal tekanan darah – Doktor mungkin akan memberi preskripsi ubat ini kepada pesakit untuk mengekalkan kesihatan buah pinggang.

Baca juga:

Ujian darah untuk pesakit diabetes

ubat diabetes kkm

Pesakit yang menghidap diabetes jenis 1 boleh didiagnosis dengan melakukan ujian darah. Antara ujian yang sering dilakukan ialah ujian gula dalam darah ketika berpuasa ataupun ujian A1C.

Ujian gula darah ketika berpuasa (fasting glucose test – FGT)

Ujian gula darah ketika berpuasa merupakan ujian yang dijalankan untuk mendiagnosis diabetes ataupun pradiabetes

Individu yang ingin melakukan ujian ini perlu berpuasa selama 8 hingga 10 jam. Oleh itu, ujian ini selalunya dilakukan pada waktu pagi.

Ujian ini memerlukan sampel darah daripada lengan pesakit. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menggariskan keputusan ujian seperti berikut:

  • Normal – Di bawah 5.5 mmol/l (100 mg/dl)
  • Kekurangan toleransi glukosa – 5.5 – 6.9 mmol/l (antara 100 mg/dl dan 125 mg/dl)
  • Kencing manis – 7.0 mmol/l dan ke atas (126 mg/dl dan ke atas)

Jika anda berada dalam kalangan individu yang kekurangan toleransi glukosa, ini merupakan tanda anda menghidap pradiabetes.

Ujian A1C

Ujian A1C merupakan sejenis ujian yang lazim digunakan untuk mendiagnosis diabetes jenis 1 dan jenis 2. Ujian yang sama boleh dilakukan untuk memantau sejauh mana keupayaan anda untuk mengawal diabetes yang dialami.

Ujian ini turut dikenali dengan nama lain seperti glycated haemoglobin, glycosylated haemoglobin, haemoglobin A1C dan HbA1c. Doktor menjalankan ujian ini untuk melihat purata kadar gula dalam darah pesakit.

Mengikut WHO, keputusan ujian A1C boleh dikategorikan seperti berikut:

  • Normal – HbA1c bawah 42 mmol/mol (6.0%)
  • Kekurangan toleransi glukosa – HbA1c antara 42 dan 47 mmol/mol (6.0 – 6.4%)
  • Diabetes tahap 2 – 48 mmol/mol (6.5%) ataupun lebih

Lebih tinggi tahap A1C, lebih teruk kadar gula dalam darah pesakit dalam masa 3 bulan yang lepas. Pesakit mungkin akan lebih berisiko untuk menghadapi komplikasi diabetes pada masa hadapan.

Ujian ini juga dapat membantu doktor:

  1.   Mengenal pasti jika anda menghidap pradiabetes.
  2.   Mendiagnosis diabetes jenis 1 dan jenis 2.
  3.   Memantau pelan rawatan diabetes anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diabetes UK. 2019. Fasting Plasma Glucose Test. January 15. Accessed September 6, 2020. https://www.diabetes.co.uk/fasting-plasma-glucose-test.html.
  2. —. n.d. Insulin and diabetes. Accessed September 6, 2020. https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/managing-your-diabetes/treating-your-diabetes/insulin.
  3. Harvard Health Publishing. 2018. Type 1 Diabetes Mellitus. December. Accessed September 6, 2020. https://www.health.harvard.edu/a_to_z/type-1-diabetes-mellitus-a-to-z.
  4. KidsHealth. 2018. Type 1 Diabetes: What Is It? August. Accessed September 6, 2020. https://kidshealth.org/en/parents/type1.html.
  5. Mayo Clinic. 2018. A1C test. December 18. Accessed September 6, 2020. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/a1c-test/about/pac-20384643.

Versi Terbaru

28/07/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

PENTING! Ini 3 Cara Penjagaan Pesakit Kencing Manis Jenis 1

Kenali Tanda Diabetes Jenis 1, Jika Muncul Simptom Ini, Jangan Berlengah Jumpa Doktor


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 28/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan