Apabila anak baru didiagnosis dengan kencing manis jenis 1, sudah tentu ia akan menimbulkan kerisauan ibu bapa, betul tak?
Namun hakikatnya, kehidupan masih seperti biasa cuma anda sekeluarga perlu membiasakan diri dengan gaya hidup baharu dan seimbang.
Dalam artikel ini ada penjelasannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Risiko mengalami kencing manis jenis 1
Perkara pertama yang perlu diketahui apabila anak didiagnosis dengan kencing manis jenis 1 adalah keadaan ini bukan salah anda.
Ramai ibu bapa akan berasa bersalah dan berfikir bahawa ia berlaku disebabkan pemakanan harian atau terdapat ahli keluarga yang turut mengalami diabetes jenis 1 ini.
Terdapat penghidap penyakit ini mempunyai ahli keluarga yang turut mengalami keadaan yang sama, namun kebanyakannya tidak.
Faktor genetik memainkan peranan, tetapi ia adalah kompleks. Bahkan doktor juga tidak memahami pencetusnya dengan tepat.
Namun boleh dikatakan bahawa tabiat pemakanan dan gaya hidup tidak berkaitan.
Diabetes 1 ini dianggap terjadi kerana tindak balas autoimun, di mana tubuh menyerang sel-sel dalam pankreas yang menghasilkan insulin.
Insulin adalah hormon yang bertindak seperti kunci membolehkan gula dalam darah masuk ke dalam sel badan untuk digunakan sebagai tenaga.
Ada kalanya jangkitan virus turut boleh menjadi pencetus tindak balas autoimun ini.
Perubahan gaya hidup asas
Perubahan utama adalah untuk belajar memeriksa paras glukosa atau lebih dikenali sebagai gula dalam darah dengan kerap.
Ia mungkin memerlukan pemeriksaan 10-12 kali sehari. Jumlah keperluan insulin anak adalah bergantung kepada masa makan, jenis makanan yang dimakan serta tahap aktiviti mereka.
Sedikit kemahiran matematik mungkin diperlukan untuk mengekalkan paras glukosa dalam julat seimbang.
Melakukan kesilapan pada permulaan adalah perkara biasa, dari ke hari, segalanya pasti akan menjadi lebih mudah.
Insulin untuk diabetes 1 boleh diberikan melalui suntikan (picagari – syringe atau pen) atau menggunakan pam.
Baca juga:
Penjagaan harian anak dengan kencing manis jenis 1
Matlamat utamanya adalah menguruskan diabetes agar berada pada paras yang stabil bagi membolehkan anak meneruskan kehidupan seperti biasa.
Perubahan kecil akan berlaku dalam gaya hidup anak di mana aspek pemakanan perlu lebih dikawal, termasuk juga untuk bersukan.
Mereka boleh aktif secara fizikal cuma perlu memeriksa paras gula dalam darah sebelum dan selepas bersukan.
Sentiasa pastikan anak membawa snek, sebagai langkah berwaspada – ia dapat membantu mengekalkan julat normal.
Anak yang menghidap kencing manis jenis 1 ini harus dibenarkan menjalani kehidupan normal – termasuklah menghadiri parti hari jadi kawan, aktiviti perkhemahan dan bersukan.
Cuma perhatian lebih khusus harus diberikan ketika anak jatuh sakit, ini kerana tahap glukosa mungkin berubah lebih mendadak.
Cara penjagaan jika anak dengan kencing manis jenis 1 berjauhan dengan anda
Apabila anak akan berjauhan dengan anda seperti mengikuti lawatan sekolah atau perkhemahan, lakukan perancangan lebih awal bagi memberikan ketenangan fikiran kepada diri sendiri.
Pakaikan anak gelang atau rantai amaran perubatan setiap masa.
Pastikan penjaga mengetahui penjagaan asas diabetes. Sediakan pelan dan maklumkan kepada guru, jurulatih, ibu bapa rakan dan individu lain yang bertanggungjawab terhadap anak.
Peralihan penjagaan diri untuk anak diabetes
Proses peralihan banyak bergantung kepada usia anak ketika didiagnosis dengan penyakit ini.
Mereka yang mengetahui kewujudan penyakit ini ketika masih kecil mungkin bersedia untuk memeriksa tahap glukosa mereka apabila sudah bersekolah rendah. Manakala bagi yang lain, mungkin memerlukan lebih banyak bantuan.
Ia mengambil masa untuk mempelajari dan membiasakan diri dengan gaya hidup dan rutin baharu serta mengenal pasti keadaan diri jika glukosa terlalu tinggi atau rendah.
Konsep asasnya adalah untuk secara perlahan-lahan melibatkan anak secara terus dalam aspek berkaitan pilihan makanan, pemeriksaan glukosa, peka terhadap simptom diri dan penjagaan lain.
Penjagaan remaja diabetes
Memasuki alam remaja antara tempoh yang paling mencabar. Banyak pemberontakan dalam diri akan berlaku.
Dan bagi remaja dengan masalah diabetes jenis 1 ini, pemberontakan mungkin wujud dalam bentuk tidak menjaga keadaan diri dengan baik.
Ia juga bukanlah sesuatu luar biasa untuk anak yang mempunyai paras glukosa stabil ketika zaman kanak-kanak mengembangkan masalah diabetes semasa remaja.
Apa yang penting ibu bapa perlu lebih bersabar dan teruskan mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi – segalanya pasti akan menjadi lebih mudah.
Penjagaan diri di kolej
Apabila anak akan melangkah masuk ke kolej atau universiti, anda perlu membuat pelan peralihan dengan mencari doktor baharu yang berdekatan dengan anak.
Tuntasnya
Ia keadaan biasa bagi ibu bapa yang mempunyai anak menghidap kencing manis jenis 1 untuk mengalami tekanan dan ketakutan. Anda mungkin berasakan wujud keperluan untuk menyembunyikan emosi tersebut dan kekal kuat.
Namun jangan pernah terlupa, apa yang berlaku adalah melibatkan anak. Maka anda perlu bersama-sama mereka untuk mewujudkan aspek penjagaan diri yang lebih baik dan berkesan.
Berbincanglah dengan anak apabila perlu melakukan perubahan gaya hidup berkaitan diet pemakanan lebih sihat dan aktif – 2 perkara penting untuk memastikan paras glukosa stabil.
[embed-health-tool-bmi]