Makanan yang mengandungi banyak gula sering menawarkan nilai nutrisi yang rendah, tinggi lemak dan menambah banyak kandungan karbohidrat kepada diet anda. Perkara-perkara ini akan membuat paras gula darah anda meningkat secara drastik.
Makanan yang tinggi gula termasuklah sirap, madu, buah-buahan didalam tin, kek, puding, biskut manis, susu pekat manis, coklat, aiskrim, kordial minuman, minuman ringan, jus buah-buahan, bir, dan gula yang digunakan secara berlebihan didalam sesuatu hidangan dan snek.
Produk ‘bebas gula’, seperti biskut dan coklat juga tidak diperlukan. Produk tersebut mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan juga lebih mahal.
Pantau pengambilan alkohol anda
Satu peringatan mesra adalah bahawa alkohol tidak mempunyai kalori tetapi ia boleh mengganggu ubat anda.
Alkohol yang disyorkan untuk mereka yang menghidap diabetes adalah kurang daripada satu minuman sehari untuk wanita dan tidak lebih daripada dua kali sehari untuk lelaki.
Makan makanan yang betul boleh membuat anda lebih sihat dan mengelakkan sebarang komplikasi yang berkaitan dengan diabetes seperti penyakit jantung dan strok.
Pergilah berjumpa pakar pemakanan atau berbincang dengan doktor untuk mengetahui pelan pemakanan yang paling sesuai untuk kesihatan dan keperluan anda.
Adakah terdapat sebarang diet untuk diabetes jenis 1 yang boleh diikuti?

Ya, ada beberapa diet untuk diabetes yang boleh anda aturkan bagi kanak-kanak yang mempunyai diabetis jenis 1.
Kanak-kanak masih memerlukan nutrisi yang mencukupi agar mereka dapat membesar dengan sihat.
Setiap hari, kanak-kanak perlu mendapatkan antara 10% hingga 20% kalorinya daripada sumber protein. 25% hingga 30% kalori pula diperoleh daripada sumber lemak sihat. Manakala 50% hingga 60% kalori yang lain daripada sumber karbohidrat.
Pengambilan karbohidrat dalam diet untuk diabetes kanak-kanak
Untuk keperluan karbohidrat, cuba elakkan kanak-kanak yang mempunyai diabetes jenis 1 daripada mengambil karbohidrat mudah seperti roti putih atau pasta. Begitu juga dengan bijirin yang telah diproses dan juga gula-gula.
Karbohidrat mudah ini boleh menaikkan paras gula darah dengan lebih cepat.
Pengiraan karbohidrat
Ada keluarga yang memastikan diet untuk diabetes dalam kadar gula darah anak mereka tetap stabil dengan menghitung jumlah karbohidrat yang dimakan setiap kali makan. Kemudiannya, mereka akan menyesuaikan dos insulin untuk anak mereka.
Pada makanan yang dibungkus, jumlah karbohidrat setiap hidangan akan disenaraikan pada label.
Anda boleh menolak nilai serat makanan yang dinyatakan kerana ia tidak dicerna. Kemudian kalikan jumlahnya dengan berapa bahagian makanan yang dimakan anak anda.
Sekiranya anda memasak di rumah atau makan di luar, anda boleh melihat jumlah karbohidrat dan saiz makanan secara dalam talian.
Elakkan makanan ini untuk anak anda
Individu yang menghidap diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung. Oleh kerana itu, ada lebih baik untuk anda menjauhkan anak anda daripada jenis makanan berlemak yang mengandungi kolesterol, lemak tepu, dan lemak trans. Ini adalah antara peraturan diet untuk diabetes yang penting untuk kanak-kanak.
Elakkan juga makanan yang tinggi garam. Pengambilan garam yang terlalu banyak boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.
Hadkan makanan bergula seperti gula-gula, biskut atau minuman bergula yang boleh menaikkan gula darah dengan cepat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen