Tip Melancong Bersama Anak-Anak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/12/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Melancong boleh mengurangkan tekanan, mengembalikan keseimbangan dan memberi inspirasi. Malah, ia juga mungkin memberikan anda memori yang tidak dapat dilupakan. Walau bagaimanapun, proses persediaan dan persiapan boleh menjadi rumit, terutama apabila anda akan membawa anak anda bersama. Berikut beberapa tip melancong bersama anak-anak yang mungkin boleh anda pertimbangkan.

Persediaan

Anda harus sentiasa bersedia dan bersabar untuk perkara-perkara yang tidak terduga dari anak anak anda, sebagai contoh, ingin ke tandas atau untuk berjalan-jalan. Pastikan anda menyediakan masa tambahan dalam jadual perjalanan anda kerana ia adalah normal untuk kanak-kanak mempunyai sikap ingin tahu tentang segalanya, terutama ketika melancong kerana ia merupakan waktu untuk anda bergembira dengan anak-anak.

Pakaikan anak anda pakaian yang sesuai dan selesa mengikut tempat yang akan anda pergi. Pastikan anda tidak lupakan lampin pakai buang, untuk perkara yang tidak terduga jika anak anda kencing atau membuang air besar ketika dalam penerbangan. Anda pastinya gembira kerana telah bersedia lebih awal.

…dan lebih banyak persediaan

Sediakan tisu basah antibakteria dan hand sanitizer di dalam beg anda kerana anda pasti memerlukannya selepas makan atau apabila tiada kemudahan mencuci berdekatan anda. Kanak-kanak mudah terdedah kepada jangkitan dan bahaya, jadi memastikan mereka sentiasa dalam keadaan baik dan bersih tidak bermakna mereka akan sentiasa sihat. Jadi pastikan anda bersedia dengan ubat-ubatan biasa. Jangan lupa termometer, sekiranya anak anda selsema atau demam.

Selain itu, itu membuatkan mereka tidak membuat bising atau mengganggu penumpang lain ketika dalam penerbangan atau dalam perjalanan, anda boleh menyediakan barangan mainan, buku mewarna atau peranti kecil dengan permainan dan aplikasi yang akan membuatkan mereka terleka.

Jangan biarkan mereka hilang

Melancong bermakna anda dan anak-anak berada di suatu kawasan baru, jika anak anda sudah cukup dewasa, anda perlu memberikan arahan kepada anak-anak anda, seandainya sesuatu yang buruk berlaku.

Anda boleh memberikan mereka sekeping kertas dengan nombor telefon atau alamat hotel, malahan anda juga boleh menuliskan nombor telefon di lengan anak anda. Kehilangan anak atau anak anda tersesat pastinya menjadikan percutian anda satu mimpi buruk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Dulu Berdua, Kini Bertiga. Ibu Bapa, Ini 5 Tip Bawa Bayi Naik Kapal Terbang!

    Pasti ramai ibu bapa yang akan bertanya selamat atau tidak bayi naik kapal terbang? Usah khuatir, kami ada jawapan untuk persoalan anda itu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 20/09/2019 . 3 minit bacaan

    Bolehkah Ibu Bapa Membawa Bayi Menaiki Kapal Terbang?

    Boleh atau tidak membawa bayi menaiki kapal terbang untuk melancong? Dapatkan jawapan kepada persoalan ini menerusi artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr Aqilah
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 26/04/2019 . 4 minit bacaan

    8 Tip PENTING Bawa Anak Kecil Untuk Perjalanan Jauh, Tak Pening Kepala Parents Melayan

    Anda bercadang bawa anak naik kereta untuk perjalanan yang jauh? Jangan risau, anda boleh amalkannya selagi anda ikuti tip dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 07/03/2019 . 3 minit bacaan

    Bahaya Melancong, Jangan Ambil Mudah

    Melancong atau berjalan-jalan merupakan peluang untuk seseorang individu menyegarkan diri, mencipta memori dan mendapatkan inspirasi. Walau bagaimanapun, ketika melancong, terdapat kemungkinan untuk berdepan dengan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 07/01/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hotel di malaysia

    Dah Plan Bercuti Masa PKPP Ini? Kalau Nak Tempah Hotel, Ikut 9 Langkah Ini Elak COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/06/2020 . 3 minit bacaan
    pentingkah-insurans-perjalanan-bercuti

    Pentingkah Insurans Perjalanan Ketika Bercuti?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/12/2019 . 4 minit bacaan
    cuti, penyakit kardiovaskular

    Manfaatkan Cuti Tahunan Anda, Elak Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/11/2019 . 3 minit bacaan

    Aduh, Waktu Nak Melancong Lah Sembelit Pula! Ini 4 Petua Untuk Hilangkannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 07/11/2019 . 3 minit bacaan