backup og meta

Jangan Hanya Bilas Guna Air! Ini Cara Terbaik Cuci & Steril Botol Susu Supaya Anak Tak Sakit

Jangan Hanya Bilas Guna Air! Ini Cara Terbaik Cuci & Steril Botol Susu Supaya Anak Tak Sakit

Tahukah anda, ibu bapa perlu mencuci dan mensteril botol susu anak dengan betul sehinggalah mereka berusia 12 bulan? Tetapi, ramai yang terlupa, bukan botol susu sahaja yang perlu dibersihkan. Jangan lupa gunakan berus cuci botol susu! Malah, berus botol susu, penutup dan puting juga perlulah disterilkan sekali setiap 2-3 minggu!

Tetapi, apakah kepentingan mencuci dan mensteril botol susu anak? Pada botol susu si manja, terdapat banyak kawasan atau rekahan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan bakteria.

Untuk memastikan botol susu anak sentiasa bersih, ibu bapa haruslah mencucinya selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan anak terkena sebarang jangkitan yang boleh menyebabkan si manja muntah atau cirit-birit.

Dalam artikel kali ini, kami akan berikan beberapa tip untuk bersihkan botol susu, terutamanya untuk first time mothers di luar sana!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Mengapa saya perlu steril, basuh dan berus cuci botol susu anak?

berus botol susu

Sistem imun bayi masih lagi lemah dan belum berkembang dengan baik. Sebab itulah, ibu bapa perlu memastikan barang yang digunakan oleh si manja, terutamanya botol susu mereka berada dalam keadaan yang bersih dan bebas kuman.

Bukan itu sahaja, susu juga merupakan medium yang sangat digemari bakteria. Jika tidak dibersihkan dengan betul, bakteria boleh membiak di sekitar rekahan, puting atau di kawasan sempit pada botol susu dan menyebabkan anak jatuh sakit.

Selain membasuh, ibu bapa juga perlulah mensteril botol susu anak sekali setiap 2-3 minggu untuk mengurangkan risiko anak terkena jangkitan.

Tetapi, berapa kali perlu basuh dan steril botol susu anak? Botol susu perlulah dibasuh selepas setiap penggunaan. Jika anak tidak menghabiskan susu formula dalam masa 2 jam, buang susu yang tinggal di dalam botol.

Bakteria atau kuman boleh merebak dengan pantas jika susu ibu atau susu formula ditambah ke dalam botol yang tidak dicuci dengan betul atau hanya dibilas dengan air. Jadi, pastikan anda basuh botol susu anak dengan betul. Jangan malas ya!

Selain itu, botol susu juga perlu disterilkan pada penggunaan pertama. Anda juga boleh sterilkan botol susu anak sekali setiap 2-3 minggu atau ketika anak jatuh sakit.

Jika anak dilahirkan pramatang atau mempunyai sistem imun yang lemah, ibu bapa perlu mensteril botol anak setiap hari.

Cara membasuh botol dengan berus botol susu

berus botol susu

Kebanyakan ibu akan membasuh botol susu anak menggunakan tangan. Ia merupakan satu cara yang mudah, cepat dan efisien. Tetapi, jangan basuh sahaja! Sental juga bahagian dalam botol dengan berus botol susu supaya segala saki-baki susu dapat ditanggalkan.

Untuk mencuci botol anak menggunakan tangan, ikuti langkah di bawah:

  1. Basuh botol susu dengan sabun dan air selama 20-30 saat.
  2. Asingkan botol susu dan aksesori lain. Kemudian, bilas semua bahagian ini di bawah air yang mengalir. Kalau boleh, jangan biarkan botol susu anak di dalam singki. Letakkan di dalam baldi atau besen kecil.
  3. Letakkan semua bahagian botol di dalam besen. Kemudian, tuangkan air panas. Jangan gunakan sabun yang keras. Cukup sekadar sabun basuh pinggan.
  4. Biarkan ia tenggelam selama 5 minit. Proses ini akan melonggarkan sebarang saki-baki susu yang melekat di dalam botol.
  5. Sental botol dengan berus botol susu. Akhir sekali, picit air melalui puting botol untuk memastikan ia benar-benar bersih.

3 cara untuk sterilkan botol dan berus botol susu

berus botol susu

Selain menggunakan pensteril elektrik, ibu bapa juga boleh menggunakan 3 kaedah mudah menggunakan air mendidih, ketuhar gelombang mikro atau peluntur untuk mensterilkan botol anak.

1. Steril menggunakan air mendidih

Ini merupakan langkah paling mudah dan selamat untuk mensterilkan botol anak. Lakukan proses pensterilan dengan langkah-langkah berikut:

  1. Pisahkan bahagian botol dan masukkannya ke dalam bekas yang besar. Anda juga boleh letakkan perkakas untuk membersihkan botol seperti berus botol susu ke dalam bekas yang sama.
  2. Tuang air sehingga botol tersebut tenggelam. Pastikan tiada buih udara terperangkap di dalam botol.
  3. Didihkan air dan pastikan ia terus mendidih selama 5 minit.
  4. Biarkan air sejuk dan alihkan bahagian botol ke kawasan yang kering.

Baca juga:

2. Steril menggunakan ketuhar gelombang mikro

Jika anda mempunyai ketuhar yang boleh menjalankan proses pensterilan, baca dahulu arahan supaya anda dapat menggunakan alat tersebut dengan betul. Pastikan ketuhar anda bersih dan periksa sama ada botol, berus botol susu dan puting selamat untuk diletakkan di dalam ketuhar (microwave safe).

3. Steril menggunakan peluntur

Jika anda tidak mempunyai air mendidih atau ketuhar gelombang mikro, anda boleh gunakan peluntur sebagai langkah yang terakhir untuk steril botol dan berus cuci botol susu. Menurut CDC, ini langkah-langkah pensterilan menggunakan peluntur:

  1. Campur 2 sudu peluntur ke dalam 1 gelen (16 cawan) air.
  2. Tenggelamkan semua bahagian botol dan pastikan air masuk ke dalam setiap ceruk botol.
  3. Biarkan botol tenggelam selama 2 minit.
  4. Keluarkan botol daripada besen. Jangan bilas dengan air untuk elakkan kuman termasuk semula ke dalam botol.
  5. Peluntur akan terurai dengan sendirinya ketika botol kering.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Bottle-feeding: cleaning and sterilising equipment. https://raisingchildren.net.au/newborns/breastfeeding-bottle-feeding/bottle-feeding/bottle-feeding-equipment. Accessed on July 7, 2022.
  2. How to Clean, Sanitize, and Store Infant Feeding Items. https://www.cdc.gov/hygiene/childcare/clean-sanitize.html. Accessed on July 7, 2022.
  3. Cleaning and sterilising baby bottles. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/cleaning-and-sterilising-baby-bottles. Accessed on July 7, 2022.
  4. Sterilising baby bottles. https://www.nhs.uk/conditions/baby/breastfeeding-and-bottle-feeding/bottle-feeding/sterilising-baby-bottles/. Accessed on July 7, 2022.
  5. Best practices for baby bottle sterilization. https://www.texaschildrens.org/blog/best-practices-baby-bottle-sterilization. Accessed on July 7, 2022.

Versi Terbaru

06/06/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

4 Mitos POPULAR Tentang Penyusuan Susu Ibu, No. 4 Khas Untuk Anda Yang Sangsi Nak Vaksin!

Anak Kerap Sembelit Kerana Pilihan Susu Kurang Sesuai? Ini Alternatif Untuk Si Manja


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan