Air kelapa dianggap selamat untuk diminum semasa hamil asalkan anda mengambilnya secara sederhana. Malahan, air ini juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral semula jadi.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri · Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group
Air kelapa dianggap selamat untuk diminum semasa hamil asalkan anda mengambilnya secara sederhana. Malahan, air ini juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral semula jadi.
Minum air daripada buah kelapa semasa trimester pertama boleh menyelamatkan wanita hamil daripada dehidrasi yang disebabkan oleh mabuk hamil. Apatah lagi, air ini juga membantu menangani masalah pedih hulu hati dan sembelit semasa hamil.
Masa terbaik untuk minum ialah di awal pagi. Semasa waktu ini, dengan perut yang kosong, anda boleh menyerap elektrolit dan nutrien dalam air ini dengan mudah.
Secawan air kelapa mengandungi 46 kalori, 252 mg sodium, 600 mg potassium, 8.9 g karbohidrat, 2.6 g serat pemakanan, 6.26 g gula dalam semua jenis dan kira-kira 6% kalsium.
Ibu hamil adalah disarankan untuk minum air daripada buah kelapa segar. Jika terdedah kepada udara, ia akan mengalami fermentasi dan nilai nutrisinya menurun.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kehamilan, anda boleh klik di sini.
Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang menunjukkan minum air ini boleh membawa pelbagai risiko kesihatan.
Malahan, air ini juga adalah sama seperti air jus buah-buahan lain, tidak memberikan sebarang kesan buruk kepada kesihatan manusia. Walau bagaimanapun, anda masih perlu ingat akan dua perkara ini:
Dalam sebarang pelan pemakanan, bersederhana adalah kunci terbaik. Bagi wanita hamil, satu gelas sehari adalah mencukupi.
Jika ingin menikmati air ini, ingatlah untuk memilih air yang segar dan minum menggunakan straw yang bersih.
Selain itu, minuman ini dalam bentuk semula jadi adalah lebih baik berbanding yang dalam tin atau botol.
Bagi menikmati air ini, anda perlu tahu untuk memilih buah kelapa terbaik.
Kelapa segar adalah buah yang ringan dan manis tanpa ada isi terapung di dalamnya.
Jika airnya berasa masam, ia kerana kelapa tersebut sudah masak.
Pilih kelapa yang bersaiz sederhana, dengan kulit hijau dan bersih. Jangan pilih kelapa yang mempunyai tempurung coklat keras dan tompok kelabu kerana ciri-ciri tersebut menunjukkan buah yang sudah masak dan matang.
Letakkan kelapa berdekatan telinga anda dan kemudian goncangkan dengan kuat. Kelapa yang mengandungi banyak air akan menghasilkan bunyi slosh menarik apabila digoncang.
Simpan kelapa di tempat yang sejuk.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen