Pemerdagangan Seks: Bagaimana untuk Lindungi Anak Perempuan Anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/05/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kenaifan dan kelemahan, menyebabkan kanak-kanak sering dianggap sebagai sasaran mudah untuk didekati oleh penjenayah. Walau bagaimanapun, ramai penjenayah kini memilih untuk menyasarkan kepada kanak-kanak perempuan kerana keuntungan yang mereka perolehi daripada industri jenayah yang paling pesat berkembang di dunia – pemerdagangan seks – memperdagangkan wanita sama ada di dalam atau antara negara sebagai hamba seks. Sebagai ibu bapa, apa yang perlu anda lakukan untuk melindungi anak kecil anda yang tidak ternilai ini tanpa membuatkan mereka rasa terperangkap dengan masalah pemerdagangan seks yang semakin meningkat ini?

5 langkah melindungi anak daripada menjadi mangsa pemerdagangan seks

  1. Mendidik mengenai eksploitasi seksual

Walaupun ia boleh menjadi satu perkara yang agak mengelirukan dan janggal, namun, hasil daripada usaha anda adalah sangat bernilai. Anda pasti akan mendapati segala usaha dan kerja akan menjadi lebih mudah jika anak perempuan anda memberikan kerjasama dan membantu. Satu-satunya cara untuk mendapatkan seseorang individu untuk mendengar arahan anda adalah dengan memberikan mereka penjelasan dan bukan hanya memaksa dan memberikan arahan, yang ada masanya membuatkan mereka melakukan yang bertentangan dengan yang sepatutnya.

Anda patut mengajar anak perempuan anda mengenai bahaya media sosial, mengapa dia tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan maklumat peribadi dalam talian, dan mengapa dia tidak patut mempercayai sesiapa walau seikhlas dan baik mereka kelihatan. Anak perempuan anda harus mengetahui tip asas keselamatan dalam talian seperti mengelakkan untuk membuka sebarang lampiran yang tidak diketahui tanpa mengimbasnya dengan antivirus terlebih dahulu.

  1. Ajari untuk melindungi dirinya

Selepas mengetahui apa itu pemerdagangan manusia, anak perempuan anda harus belajar bagaimana untuk mengurangkan risiko daripada terlibat dengan keadaan atau situasi bahaya. Nasihatkan kepadanya untuk sentiasa berada dalam kumpulan di tempat awam kerana penjenayah adalah lebih menyasarkan individu yang terasing atau terpencil. Apabila berkomunikasi dengan individu yang tidak dikenali, dia tidak seharusnya minum atau makan apa sahaja yang ditawarkan dan jangan pernah sekali meminum kembali minuman yang telah ditinggalkan di atas meja walaupun untuk tempoh yang singkat. Ia adalah satu kaedah biasa yang digunakan oleh penjenayah untuk meletakkan ‘roofie’ – sejenis sedatif – ke dalam minuman sementara sasaran tidak menyedarinya. Paling penting, dia seharusnya tidak bersetuju untuk berjumpa dengan sesiapa secara bersendirian. Jika dia menerima sebarang ancaman, adalah penting untuk berhubung dengan pihak berkuasa dan bukan mengikuti arahan daripada ancaman yang diterima.

Amat disarankan jika antara anda dan anak untuk mempunyai kata, simbol atau frasa rahsia yang boleh digunakan ketika dalam kecemasan. Sebagai contoh, “Saya okay, ibu. Jangan risau”. Yang sebenarnya bermakna dia memerlukan bantuan tetapi tidak boleh berterus-terang kerana pemangsa memegang pistol atau sebarang senjata yang berbahaya.

  1. Mengetahui apa yang sedang berlaku

Hak privasi anak perempuan anda adalah penting tetapi aspek keselamatan adalah lebih penting. Ibu bapa harus mengetahui kata laluan telefon anak-anak agar anda mempunyai akses kepada semua teks dan emel yang mereka terima. Anda juga harus menambah fungsi pengesan GPS ke dalam telefon pintar anak perempuan anda untuk membolehkan anda mengetahui lokasi semasa dan sentiasa mendorong mereka untuk memberitahu di mana tempat dan waktu mereka berada untuk sebarang acara yang mereka hadiri. Bercakap dengan guru dan pihak atasan untuk mengenal pasti sebarang perubahan tidak normal dalam pola tingkah-lakunya.

  1. Kenali rakan dan kenalan

Untuk melindungi anak perempuan anda, cara terbaik adalah untuk mengetahui individu penting dalam kitaran sosial termasuk kenalan anak perempuan anda, ini kerana sedikit sebanyak, dalam situasi tertentu, mereka mungkin boleh mempengaruhi anak perempuan anda. Anda boleh melakukannya dengan menjemput mereka untuk acara kecil di tempat anda atau berbual dengan ibu bapa mereka. Anda harus lebih prihatin dan sensitif kepada teman lelaki anak perempuan anda.

  1. Libatkan anak perempuan anda dalam aktiviti positif

Kelilingi anak perempuan anda dengan individu yang boleh memberikan pengaruh positif adalah cara yang lebih baik daripada menjauhkan dirinya daripada dunia luar. Ibu bapa perlu mendaftarkan anak anda kepada sekurang-kurangnya satu kelab atau kelas yang membolehkan mereka meneroka persekitaran baru seperti muzik, seni mempertahankan diri atau sebarang acara sukan, bergantung kepada kehendak mereka. Ini sebagai gangguan positif dalam hidup mereka daripada segala pengaruh negatif yang mungkin mereka hadapi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga: