Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Anak Remaja Sering Gelisah? Tangani Segera, Jika Tidak Anxiety Akan Berlarutan Hingga Dewasa!
Tidak dinafikan, semua orang akan dibelenggu rasa gelisah. Malah, ia merupakan satu perkara yang normal dalam hidup. Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa, pasti kita rasa risau tentang kesihatan mental anak. Jadi, apakah ciri-ciri anxiety pada remaja serta punca masalah kesihatan mental remaja pada zaman ini?
Kegelisahan atau anxiety merupakan perasaan risau, bimbang atau takut akan sesuatu perkara buruk yang bakal terjadi.
Lebih memburukkan keadaan, masalah kegelisahan boleh berlaku pada bila-bila masa.
Kadangkala, ia berlaku sebagai respons terhadap sesuatu kejadian. Tetapi, simptom kegelisahan akan berlarutan walaupun peristiwa tersebut telah berlalu.
Ibu bapa perlulah mengesan ciri-ciri anxiety pada remaja. Jika tidak ditangani, besar kemungkinan ia akan berlarutan sehingga dewasa.
Kegelisahan dalam kalangan remaja
Contoh kegelisahan yang dialami remaja.
Masalah kegelisahan merupakan sesuatu yang lazim dalam kalangan remaja. Mana tidaknya, remaja merupakan golongan yang sangat sensitif. Mereka juga mengalami pelbagai perubahan dari segi fizikal, emosi dan sosial.
Disebabkan perubahan ini, normal untuk mereka rasa gelisah dan takut, terutamanya ketika mereka terpaksa berhadapan dengan perubahan, peluang serta cabaran baharu.
Jangan sesekali pandang rendah masalah anxiety dalam kalangan remaja. Kegelisahan yang kronik boleh beransur menjadi depresi.
Anak juga mungkin akan terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan lebih teruk lagi, membunuh diri disebabkan kegelisahan yang dialami.
Malah, kegelisahan juga boleh menyebabkan simptom fizikal seperti sakit kepala, kesakitan yang kronik, masalah pencernaan dan sakit jantung pada masa akan datang.
Namun, rasa gelisah bukanlah sesuatu yang tidak baik. Kadangkala, perasaan ini boleh buatkan remaja rasa selamat dan bantu mereka memikirkan solusi mengenai masalah mereka.
Malah, ada juga remaja yang akan termotivasi untuk melakukan yang terbaik dalam hidup bagi menangani masalah kegelisahan yang dialami.
Punca masalah kesihatan mental remaja
Sokong anak anda sewaktu mereka alami anxiety
Sebenarnya, apakah punca kegelisahan dalam kalangan remaja?
Untuk pengetahuan ibu bapa, ada kanak-kanak yang lahir dengan masalah ini. Mereka lebih cenderung untuk rasa gelisah dan sukar untuk menangani stres.
Mengalami masalah di sekolah seperti sukar belajar atau dibuli.
Didera atau tidak dipedulikan di rumah.
Ciri-ciri anxiety pada remaja
Ciri-ciri anxiety pada remaja mungkin berbeza mengikut individu. Ada yang akan menjauhkan diri daripada orang lain. Ada juga yang mudah marah dan menjadi perengus.
Kegelisahan dalam kalangan remaja merupakan sesuatu yang sering diendahkan. Manakan tidak, semua simptomnya sering dikaitkan dengan fasa pemberontakan yang sinonim dengan remaja.
Bukan itu sahaja, remaja juga sangat pandai menyembunyikan perasaan masing-masing. Namun, itu tidak bermaksud ibu bapa tidak boleh mengenal pasti ciri-ciri anxiety pada remaja.
Di bawah adalah beberapa simptom kegelisahan atau ciri-ciri anxiety pada remaja yang boleh diperhatikan:
Tidak mahu menyelesaikan masalah, atau lari daripadanya.
Kerap alami sakit perut atau pening kepala.
Pembelajaran terganggu, tidak mahu ke sekolah.
Inginkan kata-kata semangat daripada orang lain.
Masalah tidur.
Penyalahgunaan dadah.
Semakin lama seorang remaja itu mengalami masalah kegelisahan, semakin sukarlah untuk ia dirawat. Malah, besar kemungkinan mereka akan menjadi dewasa dengan masalah yang sama.
Jadi, apa yang ibu bapa boleh lakukan?
Pertama sekali, jika anak menghidap kegelisahan, ibu bapa perlulah peka dengan ciri-ciri anxiety atau masalah mental pada remaja.
Perhatian!
Kadangkala, anak anda sendiri tahu mereka rasa resah dan gelisah. Namun, ada juga remaja yang langsung tidak menyedarinya.
Selain itu:
Ajar anak kenal pasti punca stres mereka. Kemudian, bantu mereka cari jalan untuk selesaikannya.
Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi. Kadangkala, anak menjadi terlalu tertekan dengan segala harapan yang kita letakkan pada bahu mereka. Ingat, remaja perlukan masa untuk bersosial dan berehat. Ada banyak lagi perkara penting selain kejayaan akademik.
Kurangkan penggunaan media sosial. Ramai yang tidak menyedari bahawa media sosial boleh meracuni minda remaja. Pastikan mereka tidak menggunakan media sosial 24 jam sehari.
Jangan abaikan perasaan anak. Akui apa yang mereka rasa merupakan sesuatu yang normal. Cuba untuk fahami mereka dan dapatkan khidmat profesional jika perlu.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Anxiety Disorders.https://kidshealth.org/en/teens/anxiety.html. Accessed on March 24, 2022.
Anxiety in Teens is Rising: What’s Going On?https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/emotional-problems/Pages/Anxiety-Disorders.aspx. Accessed on March 24, 2022.
Anxiety disorders in children.https://www.nhs.uk/mental-health/children-and-young-adults/advice-for-parents/anxiety-disorders-in-children/. Accessed on March 24, 2022.
Anxiety.https://medlineplus.gov/anxiety.html. Accessed on March 24, 2022.
Your Adolescent – Anxiety and Avoidant Disorders. https://www.aacap.org/aacap/Families_and_Youth/Resource_Centers/Anxiety_Disorder_Resource_Center/Your_Adolescent_Anxiety_and_Avoidant_Disorders.aspx#:~:text=Anxiety%20during%20adolescence%20typically%20centers,to%20engage%20in%20new%20experiences. Accessed on March 9, 2023.
Versi Terbaru
28/10/2024
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor