Budak Sekarang Jenis Pemalas, Tak Pandai? Anda Mungkin Silap!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

“Budak-budak sekarang memang macam ni. Semua jenis pemalas…”

“Manja, semua benda nak kena sedia. Tak macam kita dulu, semua buat sendiri….”

“Budak-budak sekarang banyak tak pandai hormat orang lain…”

Biasa dengar kata-kata tersebut? Ia biasa diungkapkan oleh generasi awal terhadap remaja atau kalangan mereka yang merupakan generasi baharu. Tetapi tahukah anda, remaja zaman sekarang tidak seburuk yang disangka?

Milenium lebih berpendidikan

Menurut kajian terbaharu oleh ahli psikologi dari Universiti California, Santa Barbara, Amerika Syarikat, kesemua ungkapan-ungkapan negatif terhadap generasi baharu atau milenium hanyalah sekadar pandangan dan tanggapan mereka yang lebih berusia. Menurut para penyelidik lagi, generasi baharu mempunyai sifat yang sama dari segi kehormatan, kepintaran, dan pengetahuan dengan generasi yang lebih berusia. 

Ingin tahu apa lagi yang lebih mengejutkan? Golongan milenium ini merupakan golongan atau kelompok yang sebenarnya paling berpendidikan berbanding kelompok sebelumnya. Ini kerana, kepintaran dan tahap pendidikan cenderung untuk bertambah lebih baik dari dekad ke dekad.

Bagaimana tanggapan negatif terhadap generasi baharu boleh wujud?

Para penyelidik berpendapat bahawa, segala pandangan dan tanggapan yang wujud dalam kalangan generasi yang lebih berusia adalah lebih banyak mengenai bagaimana generasi yang lebih tua ini melihat diri mereka berbanding daripada ciri golongan milenium. 

Hasil kajian menunjukkan, semakin bijak seseorang itu, maka mereka semakin cenderung untuk menyatakan pandangan yang negatif terhadap generasi milenium. Begitu juga, jika seseorang itu mempunyai sikap autoritarian yang semakin tinggi, maka mereka menganggap bahawa generasi baharu semakin kurang hormat terhadap mereka.

Ini bermakna bahawa tanggapan negatif yang sering diperkatakan mengenai generasi baharu adalah kurang tepat. Kerana kebanyakan tanggapan negatif tersebut hanyalah sekadar persepsi yang diberikan oleh generasi lebih berusia terhadap generasi milenium. Generasi lebih berusia ini cenderung untuk melihat diri mereka lebih tinggi dan unggul berbanding mereka yang lahir selepasnya. Ini mungkin juga antara sebab mengapa kita sering memandang rendah individu lain apabila kita berasa bahawa kita lebih pandai dan bijak berbanding orang lain. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    ocd

    Anak Basuh Tangan Lama, Petanda Awal OCD, Mak Ayah Jangan Biar Si Kecil Alami Masalah Mental Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    bateri

    Bateri Dalam Alat Elektronik Boleh Jadi Punca Kematian Kanak-kanak, NHS

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/01/2020 . 4 minit bacaan