Minggu demi minggu

13 Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Baby 6 Bulan Makan, Tapi Perlu Ke Masak Dahulu?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan

Anda ingin memberikan buah untuk bayi tetapi perlukah dimasak dahulu buah tersebut? Atau boleh diberikan secara mentah? 

Sama ada anda perlu masak makanan pejal seperti sayuran atau buah untuk bayi, ia adalah bergantung sepenuhnya kepada tahap perkembangan mereka.

Adakalanya ia ditentukan oleh jenis spesifik sayuran atau buah yang ingin diberikan kepada si manja.

Bersediakah si manja untuk makanan pejal?

Umumnya, bayi yang berusia sekitar 6 bulan sudah bersedia untuk menerima makanan pejal pertamanya. 

Pada tempoh ini, sistem pencernaan si manja sudah menghasilkan enzim yang diperlukan untuk menyempurnakan proses pencernaan

Anda juga boleh mengetahui tanda-tanda anak bersedia untuk makan jika dia:

  • Sudah boleh mengangkat, menahan dan mengawal kepala 
  • Boleh duduk secara stabil walaupun masih memerlukan sokongan
  • Tidak lagi menolak makanan dengan lidahnya – tongue thrust reflex – refleks ini secara automatik mengeluarkan makanan daripada mulutnya untuk mengelakkan tercekik
  • Mula menunjukkan minat untuk mencuba makanan

Sayuran & buah untuk bayi perlu ke dimasak dahulu?

Kebanyakan pakar pemakanan kanak-kanak akan menyarankan masak makanan pejal seperti sayuran atau buah untuk bayi sehingga mereka berusia 8 bulan. 

Walau bagaimanapun, buah seperti pisang dan avokado diberikan pengecualian dalam situasi ini. 

Tetapi kenapa perlu masak makanan pejal yang akan diberikan kepada bayi?

Ini kerana proses memasak sayuran dan buah-buahan akan memecahkannya dan memudahkan proses pencernaan bagi perut bayi yang belum matang.

Bayi yang berusia 8 bulan ke atas mampu mengendalikan serat dan gula daripada sayuran atau buah yang mentah berbanding bayi yang baru mencuba makanan pejal.

Kulit sayuran dan buah untuk bayi perlulah sentiasa dikupas terutamanya jika mereka berusia di bawah 8 bulan.

5 sebab perlu masak makanan pejal

Mesti anda tertanya-tanya mengapa makanan pejal perlu dimasak terlebih dahulu, bukan? Ini adalah sebabnya:

  1. Mengurangkan risiko tercekik

Kebanyakan sayuran dan buah mentah boleh menyebabkan bayi tersedak dan tercekik. Sudah tentu ia bahaya.

Sebagai contoh lobak merah, dalam keadaan mentah ia sangat keras melainkan bayi anda sudah mempunyai gigi geraham untuk memudahkannya menggigit dan mengunyah. 

Sebaliknya, lobak yang sudah dimasak, pastinya lebih lembut dan boleh dijadikan finger food kepada si manja.

  1. Pencernaan

Seperti dinyatakan pada awal tadi, sayuran dan buah yang mentah mungkin sukar untuk dicernakan oleh bayi berbanding yang sudah dimasak.

Keadaan ini disebabkan makanan segar dan mentah mengandungi zat dipanggil selulosa. Sistem pencernaan akan mengesan bahan ini sebagai produk buangan – kesannya ia mungkin akan memberikan masalah cirit-birit kepada bayi.

masak makanan pejal

  1. Reaksi alahan

Ada yang menyarankan jika memasak sayuran dan buah untuk bayi dapat mengubah protein yang terdapat di dalamnya.

Proses itu akan membantu mengurangkan kecenderungan untuk berlaku reaksi alahan pada bayi.

  1. Pencemaran

Kebanyakan ibu bapa berasa lebih selamat untuk memberikan bayi makan makanan yang sudah dimasak kerana proses tersebut memusnahkan kebanyakan bakteria pada makanan.

Pastinya ia sesuatu yang benar dan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan timbulnya isu keracunan makanan pada si manja. 

  1. Rasa

Sesetengah sayuran dan buah akan memberikan rasa yang sedikit berbeza setelah dimasak. 

Buah yang mempunyai rasa agak masam seperti plum atau pic pastinya boleh mendatangkan kejutan kepada bayi anda.

Jenis buah untuk bayi yang boleh diberikan

Hampir kesemua buah yang terdapat di pasaran boleh diberikan kepada si manja jika ibu bapa mengambil berat cara penyediaan yang betul.

Berikut disenaraikan beberapa jenis buah yang paling kerap diberikan kepada si kecil. 

Namun anda juga boleh mencuba untuk memberikan buah lain yang tidak termasuk dalam senarai di bawah.

  1. Epal
  2. Avokado
  3. Aprikot
  4. Pisang
  5. Mangga
  6. Betik
  7. Pic
  8. Plum
  9. Prun 
  10. Labu kuning
  11. Tembikai
  12. Nanas
  13. Kiwi 

buah-untuk-bayi-perlu-dimasak

Manakala senarai buah untuk bayi berikut lebih sesuai diberikan jika usia bayi sudah lebih 8 bulan, iaitu:

Sayuran pertama untuk bayi

Tidak dinafikan kebanyakan kanak-kanak tidak gemarkan sayur, malahan ada juga individu dewasa begitu.

Walau bagaimanapun, pada tempoh ini adalah waktu bagi si manja mencuba pelbagai jenis rasa dan tekstur buat pertama kalinya. Jadi biarkan mereka merasainya tanpa membuat sebarang penghakiman.

Jika si kecil membuat sebarang reaksi pada wajahnya, ia bukan bermakna mereka tidak menggemarinya. 

Bayi biasanya memerlukan percubaan dan pendedahan makanan yang sama untuk beberapa kali sebelum dapat menerimanya. 

Apa sahaja jenis sayuran boleh dicuba untuk diberikan.

Perkara mudah

Ada ibu bapa yang rasa renyah untuk masak makanan pejal bagi bayi? Anda silap, pada dasarnya ia tidaklah serumit yang anda sangkakan.

Dengan peralatan penyediaan yang betul; mesin pengisar atau pemproses makanan yang baik, tugas menyediakan makanan boleh menjadi mudah dan menjimatkan. Cubalah! 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Share now :

Tarikh Reviu: 01/06/2020 | Kali terakhir kemaskini: 20/08/2020

Artikel lain untuk anda

kulit kering sekitar mulut

Ada Masalah Kulit Kering Di Sekitar Mulut? Ini Punca & Tip Merawatnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
alahan kulit

Pening Kepala Kalau Bau Perfume Kuat Sangat? Mungkin Anda Ada Alahan Minyak Wangi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit asma gangguan pernafasan

Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
barang kemas

Kulit Gatal-Gatal Jika Pakai Barang Kemas? Cuba Check Ini Tanda Alergi Emas Atau Ekzema

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Selalu Bersin & Hidung Tersumbat Waktu Bangun Tidur? Anda Mungkin Alami Alahan Pagi!

Hidung tersumbat, berair, meleleh, bersin, batuk ialah antara reaksi alergi yang boleh terjadi. Tapi bagaimana pula jika ia hanya berlaku waktu pagi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Alahan, Pusat Kesihatan 05/01/2021 . 3 minit bacaan

Ibu Ayah, Ini Cara Menilai Perkembangan & Tumbesaran Anak 1-3 Tahun

Menyaksikan tumbesaran anak pastinya mengujakan. Tetapi sebenarnya terdapat beberapa aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak penting untuk dipantau.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tahun-tahun pertama 30/12/2020 . 3 minit bacaan

Hidung Tersumbat Buat Bayi Tidak Mahu Menyusu? Ini Cara Rawatan Di Rumah

Ketidakselesaan yang disebabkan oleh masalah hidung bayi tersumbat adakalanya membuatkan anak tidak mahu menyusu. Ada ke kaedah rawatan untuk mengatasinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/12/2020 . 3 minit bacaan

Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

Memasuki alam prasekolah, ibu bapa pasti risau akan masalah kesihatan kanak kanak. Ini 10 penyakit paling kerap menjangkiti anak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 23/12/2020 . 3 minit bacaan