backup og meta

Persiapan Ke Alam Remaja, Menjelaskan Tentang Haid Kepada Anak Perempuan!

Persiapan Ke Alam Remaja, Menjelaskan Tentang Haid Kepada Anak Perempuan!

Setiap kanak-kanak perempuan akan menginjak remaja dan menempuhi zaman akil baligh. Bermakna, mereka akan masuk ke alam anak dara. Namun, bagaimana ibu bapa perlu bersedia untuk menjelaskan tentang haid?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Cara menjelaskan mengenai haid

Berbincang seawal mungkin

Melangkah ke alam baru menjadi anak dara daripada kanak-kanak perempuan riang sudah tentu boleh menyebabkan kekeliruan. Begitu juga halnya mengenai haid.

Untuk berbincang mengenai haid, adakalanya tidak perlu menunggu sehingga anak bertanyakan kepada anda.

Anda boleh memilih masa yang sesuai untuk berbicara tentang akil baligh dan haid tanpa perlu menunggu sehingga usia anak mencecah 10 hingga 13 tahun, iaitu tempoh biasa haid pertama berlaku.

Ini kerana kanak-kanak yang berusia enam tahun biasanya sudah cukup memahami mengenai fungsi badan semula jadi seperti haid.

Mendengar tentang darah haid atau akil baligh pastinya merupakan perkara yang menakutkan.

Biasanya keadaan ini terjadi disebabkan maklumat salah yang sering didengar dan akhirnya menjadi kepercayaan.

Oleh sebab itu, adalah penting untuk ibu bapa memastikan anak mendapat info yang tepat sebelum si kecil anda memegang status anak dara atau lebih manis disebut, gadis sunti.

akil baligh

Perkara yang positif

Dalam proses penerangan anda mengenai haid, sebaiknya kongsikan dengan cara yang positif.

Jika anda sukar untuk menjawab soalan atau tidak tahu jawapan yang bagaimana harus diberikan, elakkan daripada berbohong. 

Kongsikan kepada anak anda bahawa proses mentrual ini adalah satu proses semula jadi. Ia juga istimewa bagi seseorang kanak-kanak perempuan untuk menjadi anak dara dan bergelar gadis.

Pastikan anda juga memberitahu kepadanya bahawa kedatangan haid bermakna mereka akan mengalami perubahan bentuk badan.

Ia juga boleh berlaku secara cepat atau perlahan berbanding orang lain. 

Alat keperluan khas

Haid bermakna anak dara anda juga harus tahu cara menggunakan tuala wanita atau tampon. Ajarkan kepadanya cara untuk membersihkan bahagian sulitnya dengan betul.

Ini untuk memastikan tahap kebersihan diri anak anda akan dapat dijaga sekali gus menghindari sebarang jangkitan. 

Anak tanya, anda jawab

Apabila bercerita mengenai sesuatu perkara baru kepada si kecil, anda harus bersedia dengan soalan-soalan daripada si kecil anda.

Berikut merupakan antara beberapa soalan yang sering dan mungkin akan ditanya kepada anda mengenai haid.

anak dara

#1. Bagaimana period berlaku?

Bagaimana untuk menjelaskan mengenai perkara ini? Jika anak anda masih kecil, tidak perlu menerangkan secara saintifik.

Ini kerana perbuatan anda itu mungkin akan menyebabkan kekeliruan dan menghilangkan minatnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang haid.

Jelaskan kepadanya, haid berlaku disebabkan perubahan hormon dalam badan. Hormon adalah merupakan sebatian bahan kimia.

Haid akan berlaku sekiranya seseorang wanita itu tidak mengandung dan keadaan ini merupakan keadaan setiap bulan.

Apabila anak anda meningkat dewasa, barulah anda jelaskan kepadanya bahawa haid berlaku apabila ovari melepaskan hormon estrogen dan progesteron.

Hormon ini menyebabkan lapisan pada rahim (atau rahim) terhasil.

Lapisan ini adalah sebagai persediaan sekiranya terdapat ovum (telur) yang disenyawakan.

Sekiranya tidak ada telur yang disenyawakan, lapisan itu akan luruh maka terhasil darah haid

Proses yang sama berulang kembali dan ia biasanya mengambil masa sebulan untuk lapisan pada rahim untuk terhasil, kemudian luruh.

Itulah sebabnya kebanyakan anak dara atau wanita akan mengalami kedatangan haid sebulan sekali.

#2. Mengapa wanita mengalami haid

Jika si kecil keliru dan bertanyakan adakah hanya kanak-kanak perempuan akan mengalami perubahan akil baligh, katakan kepadanya bahawa kanak-kanak lelaki juga akan melangkah ke alam akil baligh.

Antara perubahan yang dilalui mereka adalah seperti pertambahan berat dan pertumbuhan rambut pada bahagian muka.

Mengalami haid dan melangkah ke tempoh akil baligh bermakna seseorang anak dara itu boleh mengandung dan mempunyai bayi.

Menstruasi akan menyebabkan perubahan pada rahim dan bahagian badan.

#3. Berapa lama haid berlaku?

Biasanya ia berlaku antara lima hingga tujuh hari. Tetapi ia mungkin lebih pendek atau lebih lama daripada itu.

#4. Berapa kerap haid berlaku?

Selalunya haid berlaku sekali dalam sebulan. Tetapi terdapat juga individu yang mengalaminya setiap tiga minggu sekali.

Malahan, ada sesetengah individu mengalami haid sekali setiap enam minggu.

#5. Apa itu PMS?

PMS adalah sindrom prahaid, iaitu tempoh berlakunya perubahan fizikal dan emosi kepada seseorang individu sebelum kedatangan haid. PMS biasanya berlaku disebabkan perubahan hormon. 

Selalunya apabila seseorang individu itu mengalami PMS, ia akan melibatkan emosi menyebabnya menjadi lebih sensitif dan kesakitan pada bahagian payudara. Tetapi bukan semua wanita akan mengalami PMS.

anak dara

#6. Bolehkah hamil selepas haid pertama?

Ini adalah perkara paling penting untuk dikongsikan kepada anak anda. Ini untuk menghindari segala perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Katakan kepadanya bahawa sebaik sahaja period, seseorang gadis boleh hamil, malahan terdapat juga risiko untuk mengalami kehamilan walaupun sebelum period. 

Jadi pesan kepada anak anda untuk sentiasa menjaga diri dan tidak sewenang-wenangnya membenarkan mana-mana individu untuk menyentuh dirinya terutama bahagian sulit.

#7. Berapa lama akan mengalami haid?

Jelaskan kepada anak bahawa period merupakan satu keadaan yang akan dialami sehingga seseorang wanita itu mencapai usia antara 45 hingga 51.

Ini sekali gus bermakna pada usia ini juga seseorang wanita itu tidak boleh mengandung lagi.

#8. Adakah banyak darah haid yang akan keluar?

Kebiasaannya kita akan berasakan darah yang keluar itu banyak. Tetapi sebenarnya antara dua hingga empat sudu besar (30 hingga 59 ml) yang berlangsung selama tiga hingga tujuh hari.

Dan sudah tentu, keadaannya adalah berbeza bagi setiap anak dara atau wanita.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Talking to Your Child About Periods, https://kidshealth.org/en/parents/talk-about-menstruation.html, Accessed Jan 15 2020.
  2. A parent’s ultimate guide to periods, https://health.choc.org/a-parents-ultimate-guide-to-periods/, Accessed Jan 15 2020.
  3. Discussing Menstruation with Your Daughter: What’s a Period?, https://www.chla.org/blog/rn-remedies/discussing-menstruation-your-daughter-whats-period, Accessed Jan 15 2020.
  4. Five reasons we need to talk about periods, https://www.unicef.org/parenting/health/talking-about-periods-at-home, Accessed Jan 15 2020.
  5. Talking About Periods In Public, https://www.npr.org/2018/03/20/594966524/talking-about-periods-in-public, Accessed Jan 15 2020.

 

Versi Terbaru

07/06/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Si Kecil Asyik Minta Phone Sahaja? Ibu Ini Kongsi Tip Elak Anak Ketagih Gajet!

Cari Cara Nak Latih Anak Ke Tandas? Ibu Ini Kongsi 7 Tip Potty Train Anak


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan