backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

4 Masalah Period Yang Lazim Menghantui Wanita, Jangan Ambil Ringan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 20/06/2022

    4 Masalah Period Yang Lazim Menghantui Wanita, Jangan Ambil Ringan!

    Ramai wanita yang menganggap sakit ketika haid merupakan sesuatu yang normal. Namun, masalah period boleh mengganggu fizikal dan emosi kaum Hawa sehingga mereka tidak mampu melakukan aktiviti harian seperti biasa.

    Manakan tidak, selain senggugut, wanita juga akan alami migrain, pendarahan berat dan juga tekanan perasaan yang teruk ketika haid.

    Haid yang teratur adalah tanda badan kita berfungsi dengan normal. Wanita sepatutnya mempunyai period yang teratur, kecuali ketika hamil, menyusukan anak atau sedang mengalami pramenopaus.

    Kebanyakan wanita mempunyai tempoh datang bulan di antara 4 hingga 7 hari. Kitaran haid wanita berlaku setiap 28 hari.

    Namun, normal untuk wanita mengalami kitaran haid yang berbeza, antara 21 hari hingga 35 hari.

    Tetapi, jika period tidak teratur, rasa sakit atau berlakunya pendarahan yang berat, ini mungkin merupakan tanda masalah kesihatan yang lebih serius.

    Malah, kitaran haid yang tidak teratur juga menyukarkan wanita untuk hamil.

    Dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan masalah period wanita yang lazim berlaku. 

    4 masalah period wanita yang lazim berlaku

    1. Senggugut

    masalah period

    Rasa sakit yang datang setiap kali haid juga dikenali sebagai dysmenorrhea. Jika anda kerap didatangi senggugut, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan.

    Senggugut merupakan masalah haid wanita yang lazim berlaku. Ada yang alami senggugut ringan, namun ada juga mengalami masalah senggugut yang teruk.

    Ada dua jenis dysmenorrhea:

  • Dysmenorrhea primer. Ini merupakan dysmenorrhea yang lazim. Kesakitan yang dirasai berpunca daripada pengecutan uterus. Selalunya, wanita akan rasa sakit pada awal haid.
  • Dysmenorrhea sekunder. Dysmenorrhea jenis ini selalunya berpunca daripada masalah kesihatan lain seperti endometriosis, fibroid, dan juga sista ovari.
  • Masalah senggugut boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat tahan sakit seperti naproxen, ibuprofen dan aspirin.

    Walau bagaimanapun, jika ubat yang dibeli di farmasi tidak berkesan, anda harus berjumpa doktor secepat mungkin. 

    Kesakitan yang melampau sewaktu datang bulan mungkin merupakan tanda penyakit lain yang lebih serius.

    2. Masalah period yang tidak teratur

    Seorang wanita dikira mempunyai haid yang tidak teratur jika kitaran haid lebih panjang atau pendek daripada biasa.

    Sebagai contoh, anda mempunyai kitaran haid selama 20 hari pada bulan ini, dan pada bulan kemudiannya kitaran haid ini berubah kepada 40 hari. 

    Ini dikira tidak normal kerana jarak antara dua haid ketara bezanya.

    Walau bagaimanapun, haid yang tidak teratur merupakan masalah period yang lazim bagi remaja dan juga mereka yang menginjak ke fasa menopaus.

    Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah haid yang tidak teratur. 

    Antaranya ialah masalah pemakanan, tiroid, pengambilan ubat-ubatan tertentu, PCOS, stres, diabetes atau obesiti.

    3. Pendarahan yang teruk

    masalah period

    1 daripada 5 wanita akan mempunyai masalah pendarahan yang berat semasa datang bulan. 

    Jika anda mengalami masalah ini, period akan jadi sangat menyakitkan sehingga anda tidak mampu untuk bekerja dan melakukan aktiviti normal.

    Antara penyebab masalah pendarahan luar biasa ketika period ialah:

    1. Masalah ovulasi. Jika hormon tidak seimbang atau anda tidak mengalami ovulasi, lapisan uterus akan terus menebal. Ini akan menyebabkan pendarahan yang teruk dan haid yang tidak teratur.
    2. Masalah tiroid. Pendarahan yang teruk merupakan salah satu tanda hipotirodisme atau tiroid yang tidak aktif.
    3. Polip uterus. Polip merupakan satu ketumbuhan pada kawasan dinding uterus. Saiznya kecil dan selalunya bukan kanser. Namun, ia boleh menyebabkan pendarahan yang teruk dan period yang lama.
    4. Fibroid. Fibroid merupakan sejenis lapisan tisu lemak yang tumbuh di kawasan dinding uterus. Sama seperti polip uterus, masalah ini juga boleh menyebabkan pendarahan yang teruk.

    Ada banyak lagi masalah lain yang boleh menyebabkan wanita mengalami pendarahan teruk ketika haid.

    Jika haid anda berlarutan lebih daripada 8 hari dan terpaksa menukar tuala wanita sebanyak satu jam atau dua jam sekali, anda perlulah berjumpa doktor secepat mungkin.

    4. Terlepas haid

    Terlepas haid bukanlah satu perkara yang normal

    Kondisi yang turut dikenali sebagai amenorrhea ini terjadi jika anda tidak datang bulan selama 3 bulan berturut-turut atau anda tidak datang haid walaupun umur sudah mencecah 15 tahun.

    Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan amenorrhea

    Antaranya ialah kehamilan, sedang menyusukan anak, peningkatan berat badan yang mendadak, masalah hormon, stres dan masalah kesihatan lain seperti tumor di kawasan otak.

    Kesimpulan

    masalah period

    Masalah period lazim mengganggu wanita. Senggugut, haid yang tidak teratur serta terlepas haid merupakan antara keadaan yang boleh diatasi dengan bantuan doktor.

    Walau bagaimanapun, ada beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk pastikan anda lebih sihat. Sebagai contoh:

    1. Pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bersenam dengan kerap dan ambil makanan yang berkhasiat.
    2. Jika anda ingin menurunkan berat badan, lakukannya secara perlahan-lahan dengan cara mengurangkan pengambilan kalori.
    3. Rehat dengan mencukupi.
    4. Kawal stres dengan baik.
    5. Ambil ubat seperti yang diarahkan doktor.
    6. Jumpa doktor untuk pemeriksaan berkala.

    Sebagai wanita, kita haruslah lebih arif mengenai kitaran haid. Jika anda mengalami sebarang masalah, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.

    Jangan sesekali abaikan masalah period. Kesakitan yang melampau dan pendarahan yang abnormal boleh menjadi simptom penyakit lain yang lebih serius. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan