Aduh Sakitnya Bila Kena Bengkak Susu! Ini 11 Cara Untuk Mengatasinya, Ibu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Masalah bengkak susu sememangnya satu keadaan yang amat memeritkan. Pada ketika itu, payudara anda terasa amat keras, sangat sensitif terhadap sebarang sentuhan. Silap hari bulan, emosi anda turut akan terganggu; rasa ingin marah sahaja. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja akan tahu betapa terseksanya jiwa raga ketika itu. Tetapi apakah sebenarnya bengkak susu ini? Dan adakah kaedah rawatan bengkak susu?

Masalah bengkak susu merupakan antaramasalah yang sering dihadapi oleh ibu yang menyusukan bayi, selain daripada isu kekurangan susu, puting melecet dan sebagainya. Namun, setiap masalah yang dihadapi, sudah tentu ada jalan penyelesaiannya. Tetapi sebelum itu apa kata kita fahami terlebih dahulu mengenai masalah bengkak susu ini. 

Bengkak susu merupakan satu keadaan yang terjadi apabila payudara membengkak. Kebiasaannya ia berlaku disebabkan susu ibu yang berlebihan dan tidak dikeluarkan. Keadaan ini menyebabkan payudara akan berasa sakit akibat mengeras.

Masalah ini akan berlaku apabila susu ibu yang dihasilkan adalah secara berlebihan tetapi bayi hanya menyusu sedikit sahaja. Ia seperti situasi supply dan demand yang tidak seimbang. Kesannya payudara akan menjadi keras dan membengkak. Ini sekali gus menyukarkan ibu untuk menyusukan bayi. 

Selalunya masalah bengkak susu berlaku pada kawasan dada sehingga ketiak. Beberapa simptom bengkak susu yang boleh dikenal pasti, antaranya:

  • Payudara mengalami bengkak, keras, ngilu dan sakit
  • Keadaan sekitar payudara mengalami kemerah-merahan, terasa panas dan terdapat benjolan keras apabila disentuh
  • Puting menjadi bengkak, bahagian areola mengeras sehingga menyukarkan bayi untuk menyusu
  • Kelenjar pada bahagian ketiak turut mengalami bengkak dan sakit 

Walau bagaimanapun masalah ini jarang berlaku pada kedua-dua bahagian payudara secara serentak. Ada masanya ia hanyalah bengkak pada bahagian areola atau ketiak sahaja.

Dalam sesetengah kes, ibu yang berdepan keadaan ini turut mengalami demam ringan. Namun, masalah bengkak susu ini merupakan satu masalah yang boleh dirawat di rumah dan tidak memerlukan rawatan di hospital. 

Masalah Bengkak Susu Ada Cara Mengatasinya - payudara bengkak
sumber @theasianparent.com

Atasi masalah bengkak susu

Berikut adalah beberapa langkah atau kaedah rawatan bengkak susu yang boleh dilakukan di rumah.

  • Tuam atau basuh payudara dengan air suam (bukan air panas) bagi membolehkan susu ibu berjalan lancar
  • Anda juga boleh memilih untuk mandi dengan air panas dengan menghalakan air panas ke bahagian payudara. Ketika mandi, jangan lupa untuk membuat urutan secara membulat pada bahagian payudara.
  • Sebaiknya lakukan penyusuan bayi secara rutin selama dua atau tiga jam sekali. Sekiranya bayi sedang tidur tetapi susu tetap mengalir keluar, anda disyorkan untuk mengepam susu tersebut
  • Anda juga boleh membuat urutan perlahan pada bahagian payudara supaya susu ibu lebih lancar dan membantu mengurangkan rasa sakit disebabkan bengkak
  • Sewaktu bengkak, perah susu dengan tangan. Perbuatan ini dapat membantu mengekalkan kelembutan areola
  • Jika bayi anda menyusu secara terus daripada payudara, elakkan mengepam susu terlalu kerap
  • Anda juga boleh menuam (tuam) payudara anda dengan air batu sebelum dan selepas menyusukan bayi
  • Elakkan dari menggunakan baju dalam yang kecil bagi mengelakkan saluran penyusuan daripada tersumbat
  • Jika masalah bengkak yang dialami terlalu menyakitkan, anda boleh memakan ubat yang bersesuaian. Namun, pastikan anda mendapat nasihat dan rundingan daripada doktor terlebih dahulu. 

Elak 2 perkara rawatan bengkak susu

Daun kobis

Ada yang mengatakan penggunaan daun kobis boleh membantu mengurangkan masalah bengkak susu yang dialami. Namun, dalam masa yang sama di dalam kobis mengandungi enzim yang boleh menyebabkan ‘kilang pengeluaran’ susu mengecut dan ini boleh mengakibatkan pengeluaran susu ibu berkurangan. Seandainya anda masih mahu meletakkannya, disarankan untuk meletakkan dalam tempoh yang sekejap sahaja.

Pam susu

Sememangnya masalah bengkak susu ini berlaku kerana susu yang berlebihan tidak dikeluarkan. Tetapi sebaiknya, anda elakkan daripada mengepam susu ketika payudara masih terlalu bengkak. Ini kerana ada yang mengatakan ia boleh menyebabkan bengkak lambat surut dan berisiko mengakibatkan keadaan semakin melarat.

Pilihlah untuk menggunakan tangan. Tangan anda boleh merasai setiap satu saluran pada payudara. Malah, keadaan tangan yang panas juga dipercayai dapat melancarkan aliran susu yang tersumbat.

Apabila keadaan bengkak pada payudara sudah berkurangan, anda boleh memilih untuk menggunakan pam susu. Namun, pastikan anda menggunakan mod mengepam yang paling ringan. 

susu-ibu-rawatan-bengkak-susu

Jangan ambil mudah masalah bengkak susu

Masalah bengkak susu bukanlah satu perkara yang boleh dianggap sebagai satu perkara remeh. Walaupun ia bukan satu masalah kesihatan yang memerlukan rawatan di hospital. Tetapi keadaan ini, jika dibiarkan boleh mendatangkan risiko bahaya kepada ibu. 

Jadi kepada ibu yang menyusukan bayi, pastikan kerap melakukan sesi penyusuan badan kepada bayi. Tidak ada sebarang jadual penyusuan bayi. Susukanlah bayi anda anda 10 hingga 12 kali sehari. Proses penyusuan ini merupakan antara saat untuk memperkukuhkan ikatan kasih sayang dari anda dan bayi

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kanser Payudara Inflammatori

    Kenali apa itu Kanser Payudara Inflammatori . Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Fariha Zakaria
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 31/05/2018 . 6 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    saluran susu tersumbat

    Susu Keluar Sedikit Atau Payudara Rasa SAKIT? Mungkin Puting Tersumbat, Ini 7 Cara Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/05/2020 . 3 minit bacaan
    9-mitos-berkaitan-ibu-menyusu-badan

    Bengkak Susu, Letak Kubis Pada Payudara: Fakta? Jom Bongkar 9 Persoalan Popular Tentang Laktasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/05/2020 . 4 minit bacaan
    payudara-bengkak-dan-ini-7-puncanya

    Payudara Bengkak Dan Sakit? Ini 7 PUNCA Kesakitan Perlu Anda Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/04/2020 . 4 minit bacaan

    Mamogram, Ujian Klinikal Diagnosis Awal Kanser Payudara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 09/10/2018 . 2 minit bacaan