Sedang mencari pam susu elektrik terbaik sesuai dengan keperluan harian anda? Klik artikel ini untuk mengetahui pilihan pam susu terbaik yang ada di pasaran.
Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.
Sedang mencari pam susu elektrik terbaik sesuai dengan keperluan harian anda? Klik artikel ini untuk mengetahui pilihan pam susu terbaik yang ada di pasaran.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Buat ibu yang akan kembali bekerja dan masih menyusukan bayi atau anak belum bercerai susu sepenuhnya, ini bacaan untuk anda.
Semestinya anda perlu mendapatkan pam susu (breast pump) bagi memastikan stok bekalan susu mencukupi.
Namun dengan pelbagai jenis pam susu ditawarkan di pasaran, sudah tentu ia sedikit sebanyak membuatkan anda pening untuk memilih yang terbaik.
Secara amnya, pemilihan pam susu perlu mengambil kira beberapa aspek seperti:
Sudah tentu saiz pam susu memainkan peranan penting, ini terutamanya buat anda yang bekerja – pam perlu dibawa ke pejabat.
Saiz yang kecil sudah tentu lebih ringan berbanding pam susu yang besar, sekali gus mudah diangkut ke mana-mana sahaja.
Corong pam susu akan mempengaruhi keselesaan anda semasa mengepam susu.
Pam susu yang menyediakan pelapik getah lembut pada corong, pastinya akan dapat memberikan rasa selesa semasa mengepam susu.
Bunyi yang dihasilkan motor pam susu juga antara aspek penting perlu dipertimbangkan, khususnya jika tempat kerja anda menyediakan bilik khas.
Terdapat pilihan kapasiti iaitu single-pump dan double-pump.
Jika anda akan kerap mengepam susu, double pump pilihan yang ideal – ia menjimatkan masa kerana boleh dilakukan secara serentak pada kedua-dua belah payudara.
Selepas mengetahui beberapa aspek penting dalam pemilihan pam susu, sudah tibalah masa untuk mengenal pasti produk yang sesuai untuk anda.
Di bawah, kami senaraikan 7 pam susu terbaik yang boleh anda dapatkan di pasaran.
Medela Pump In Style Double Electric Breast Pump with PersonalFit Flex Breast Shield terkenal sebagai antara pam susu premium yang sering digunakan oleh ibu bekerja dan ibu yang melakukan exclusive pumping kerana bersaiz kecil.
Pam susu ini menggunakan sumber kuasa elektrik, bateri dan powerbank, membolehkan ibu mengepam susu di mana-mana sahaja. Tahap sedutan juga boleh dilaraskan serta menawarkan kawalan skrin sentuh intuitif.
Dibangunkan dengan Flex Technology, breast shield pam susu ini boleh disesuaikan mengikut bentuk payudara untuk keselesaan individu dan dapat meningkatkan aliran susu.
Ini antara pam susu elektrik terbaik dari Dr.Isla kerana sering menjadi pilihan ibu yang baru mahu mencuba wearable breast pump tanpa berbelanja terlalu tinggi.
Selain harga pam susu elektrik yang mesra poket, ia mempunyai rekaan yang mudah di bawa dan tanpa wayar menjadikan ia mudah di bawa ketika bercuti. Pam ini juga sesuai untuk ibu yang mahu mengepam sambil melakukan aktiviti ringan di rumah.
Mendapat pengiktirafan Food and Drug Administration (FDA), pam susu ini menawarkan butang kawalan bagi mengawal kekuatan sedutan dan kitaran susu. Ia juga mempunyai bateri yang boleh dicas semula.
Merupakan pam susu berkapasiti double-pump, ia bersaiz kompak dengan berat hanya 215 gram.
Horigen Wondermore Hospital Grade 3D Double Electric Breast Pump menjadi pilihan ramai ibu kerana menawarkan sedutan kuat pada harga lebih rendah berbanding jenama premium lain.
Berita baiknya, pam susu elektrik ini mendapat hospital-grade suction, sesuai untuk ibu yang mengepam dengan kerap dan membantu mempercepatkan sesi mengepam susu.Dengan itu, supply susu dapat dihasilkan tanpa sebarang masalah.
Pam susu elektrik Autumnz Hybrid Duo Double terkenal sebagai pilihan kerana harganya yang mesra poket untuk dijadikan pilihan oleh para ibu.
Ia juga tidak mengeluarkan bunyi yang kuat, mempunyai 3 mod mengepam dan 9 tahap sedutan yang anda selesa atau inginkan. Pam susu elektrik jenama Autumnz ini juga mudah mendapatkan aksesori dan spare parts di Malaysia.
eufy S1 Wearable Breast Pump ialah wearable breast pump premium yang semakin popular kerana reka bentuk moden. Walaupun harga pam susu elektrik ini agak mahal, tetapi teknologi dan keselesaan yang diberikan menjadi pilihan para ibu di luar sana.
Antara kelebihan pam susu elektrik ini ialah:
Dr.Isla Wearable BreastPump Handsfree EB29 ialah pam susu elektrik yang direka tanpa wayar panjang atau botol tergantung. Ini bagi memudahkan untuk anda bergerak dan melakukan aktiviti lain semasa mengepam susu.
Rekaannya juga lebih murah, moden dan minimalis, menjadikan ia sering dibeli oleh ibu-ibu di luar sana!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
08/05/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip