backup og meta

9 Fakta & Auta Berkaitan Penyusuan Badan, Ada Yang Masih Percaya Sampai Sekarang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/08/2022

    9 Fakta & Auta Berkaitan Penyusuan Badan, Ada Yang Masih Percaya Sampai Sekarang!

    Sama ada anda hamil atau sedang melalui proses penyusuan, pastinya anda pernah mendengar beberapa kepercayaan berkaitan ibu menyusu badan.

    Adakah ia benar atau sekadar mitos?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

    9 fakta atau auta berkaitan ibu menyusu badan

    Adakalanya apa yang dikatakan mungkin boleh mengundang rasa kelakar. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan ada kepercayaan tentang proses penyusuan ini adalah benar

    Apa yang benar atau yang mitos? Jom bongkar!

    1. Pelbagai rasa

    Apa yang ibu makan, itulah juga yang akan dimakan si kecil nanti. Ini bermakna jika anda suka makan sayur bayam, kemungkinan bayi anda juga akan menyukainya, benarkah?

    Kepercayaan ini dikatakan benar.

    Ini kerana seperti ketika mengandung, bayi akan dapat merasa makanan yang dimakan ibunya melalui cecair amniotik (ketuban), maka keadaan yang sama turut berlaku ketika proses penyusuan.

    Malahan ada kajian mengatakan ibu menyusu badan dan tidak cerewet dalam soal pemakanan akan turut dapat menjadikan si kecil sebagai kanak-kanak yang tidak memilih makan.

    ibu menyusu badan

    1. Proses penyusuan berpanjangan punca anak lebih manja

    Sudah tentu ia adalah perkara yang tidak benar.

    Mana mungkin anak anda menjadi manja semata-mata kerana susu badan yang diberikan? Malahan tempoh penyusuan adalah hak mutlak dan pilihan ibu.

    Anak akan menjadi manja apabila segala kehendak yang tidak berpatutan dipenuhi semata-mata kerana tidak mahu mereka terus menangis atau merengek. 

    Memberikan anak susu badan yang secukupnya adalah 1 kaedah bagi memenuhi keperluan nutrisi untuk perkembangannya.

    1. Sentuhan kulit ke kulit tingkatkan bekalan susu

    Ia mungkin kedengaran pelik.

    Tetapi jika ibu menyusu badan dapat mewujudkan hubungan fizikal kulit ke kulit dengan si kecil semasa proses penyusuan, tindakan anda itu boleh meningkatkan penghasilan susu.

    Apabila kontak terus kulit ke kulit dilakukan dengan bayi, ia dapat merangsang pelepasan oksitosin (hormon ketenangan, kasih sayang), yang penting untuk penyusuan.

    Malahan ia juga dikatakan dapat mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak. Benda baik, tidak salah untuk dicuba, bukan?

    1. Minum banyak air kekalkan penghasilan susu

    Kalau masa berpantang ikut petua orang lama, ibu-ibu tidak digalakkan untuk minum air dengan banyak. Kononnya kerana bimbang akan bentan, buncit atau rahim kembang.

    Tetapi bagi ibu menyusu badan pula perlu minum air dengan banyak untuk kekalkan penghasilan susu. Eh, masa berpantang tidak menyusukan anak ke?

    Kedua-duanya adalah 1 mitos yang tidak tepat.

    Sudah tentu pengambilan air minuman yang banyak tidak akan meningkatkan penghasilan susu.

    Tetapi ia bergantung kepada faktor biologi seperti tisu kelenjar mencukupi, tahap normal hormon dan faktor kesihatan. 

    Namun, ibu yang menyusu perlu mengambil air yang secukupnya bagi mengelakkan masalah dehidrasi dalam badan. 

    ibu menyusu badan

    1. Kubis atasi masalah bengkak susu

    Eh, biar betul kubis boleh atasi masalah bengkak susu? Ya! Kedengaran seperti mustahil, tetapi petua orang lama ini sangat berkesan untuk mengatasi dan mengurangkan masalah bengkak susu.

    Bengkak susu adalah 1 masalah biasa dan paling kerap dialami oleh ibu menyusu badan. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Tetapi bagaimana ia berfungsi?

    Umumnya, daun kubis yang diletakkan pada payudara akan memberikan kesan kepada cecair interstisial payudara.

    Ia tidak memberi kesan pada sel penghasilan susu tetapi sangat membantu dalam mengurangkan pembengkakan payudara. 

    Malahan, daun ajaib ini berguna untuk sebarang masalah bengkak di seluruh bahagian badan, sama ada sakit gigi hinggalah kaki yang terseliuh.

    Tetapi bagi ibu yang mengalami masalah bengkak susu, disarankan untuk mengaplikasikan petua ini sekali atau dua kali sehari dan tidak diletakkan secara berterusan. 

  • Bersenam buat susu badan masam
  • Adakah ini alasan untuk ibu yang menyusukan si kecil untuk tidak bersenam? Tetapi masam yang bagaimana, adakah seperti jeruk?

    Hakikatnya, susu badan anda tidak akan ‘rosak’ atau menjadi masam untuk diberikan kepada bayi selepas anda melakukan senaman.

    Sememangnya tahap asid laktik meningkat selepas melakukan aktiviti intensiti, malahan ia akan kekal dalam badan sehingga hampir 90 minit.

    Keadaan ini yang mungkin menyebabkan rasa susu berubah – sehingga ada yang mengatakan rasanya masam.

    Namun jika anda melakukan senaman intensiti ringan atau sederhana, tahap asid laktik tidak akan mengalami peningkatan.

    Walau apa pun, susu badan yang mengandungi asid laktik masih bernutrisi.

    Yang lebih penting, si kecil yang diberikan susu selepas ibu bersenam, tampaknya seperti tidak kisah dengan sedikit perubahan rasa itu.

    Jadi tiada alasan untuk ibu tidak bersenam!

    1. Bawang putih galakkan bayi untuk menyusu

    Ada sesetengah bayi yang kurang menyusu badan, pastinya keadaan itu akan membuatkan hati ibu runsing, bukan?

    Untuk menggalakkan bayi menyusu dengan lebih baik, ada cadangan bagi ibu menyusu badan mengambil makanan berunsurkan bawang putih

    Ada kajian yang menyokong fakta ini dengan mengatakan ibu yang menyusukan bayi selepas 2 jam memakan bawang putih akan membuatkan si manja menyusu dengan lebih kuat dan lebih banyak.

  • Susu jadi masam kerana stres
  • Ia adalah 1 mitos yang tidak benar. Tekanan dan kemarahan adalah 1 perkara normal yang sukar dielakkan. Ia langsung tidak mempunyai kaitan terhadap perubahan rasa susu.

    Tekanan yang dirasai hanya mungkin akan menjejaskan penghasilan susu tetapi bukan rasanya.

    ibu menyusu badan

    1. Ibu tak sihat? Jangan menyusu!

    1 kepercayaan yang tidak harus diikuti. Malahan, jika anda mempunyai selesema, demam atau sebarang jangkitan virus ringan, teruskan menyusu.

    Ini kerana susu tersebut dapat memberikan perlindungan kepada bayi dalam melawan kesakitan.

    Antibodi yang terkandung di dalamnya membantu meningkatkan sistem imun bayi dalam melawan jangkitan dan penyakit.

    Namun, pastikan anda sentiasa mencuci tangan, elakkan daripada batuk mahupun bersin berdekatan bayi serta elakkan daripada mencium si kecil dalam masa beberapa hari, okay?

    Semak dan kaji

    Bukan semua kepercayaan orang dahulu mengenai ibu menyusu badan tidak betul dan salah. Ada sesetengahnya memberikan kebaikan kepada proses penyusuan.

    Namun sebelum anda mempercayai apa yang dikatakan, sebaiknya lakukan semakan atau bertanyakan kepada pakar terlebih dahulu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan