6 Salah Faham Tentang Sindrom Down Yang Ramai Percaya, No #4 Tolonglah BERHENTI Percaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Golongan seperti kanak-kanak sindrom Down seringkali perlu berhadapan dengan stigma negatif masyarakat yang kurang mengetahui keadaan sebenar penghidapnya.

Stigma-stigma ini wujud berdasarkan kurangnya pendedahan berkenaan situasi sebenar penghidap sindrom Down.

Selain itu, berlaku kurangnya sikap cakna, ambil peduli atau ambil berat berkenaan hal penghidap sindrom Down. 

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa salah faham yang sering berlegar berkenaan sindrom Down.

Jika tidak terdapat penerangan berkenaan tanggapan yang salah ini, kesalah fahaman ini akan terus bermain-main dalam minda anggota masyarakat seolah-olah ia adalah benar.

Bagi menjawab segala salah faham yang pernah muncul, kami akan menerangkan secara ringkas berkenaan isu-isu sindrom Down

#1. Salah faham 1: Hanya ibu bapa yang lebih berusia akan mendapat anak dengan sindrom Down.

kanak-kanak sindrom down

Realiti: Berdasarkan kajian oleh Center for Diseases Control atau CDC, 80% kanak-kanak penghidap sindrom Down dilahirkan oleh ibu yang berumur kurang daripada 35 tahun.

Kajian CDC tersebut menyatakan bahawa peluang untuk mendapat anak sindrom Down seiring dengan usia yang meningkat adalah semakin tinggi.

Artikel berkaitan: 5 Peringkat Umur Ibu Dan Berapa Banyak Risiko Sindrom Down Pada Bayi

Walau bagaimanapun, memandangkan ibu yang lebih muda adalah lebih mudah melahirkan anak, maka kebanyakan anak penghidap sindrom Down dilahirkan oleh ibu muda.

#2. Salah faham 2: Kanak-kanak sindrom Down akan merosakkan perkahwinan

Realiti: Satu kajian menyatakan, kadar perceraian dalam kalangan keluarga yang mempunyai penghidap sindrom Down adalah lebih rendah.

#3. Salah faham 3: Kanak-kanak penghidap sindrom Down mempunyai jangka hayat yang rendah

Realiti: Purata jangka hayat penghidap sindrom Down adalah sebanyak 60 tahun. Terdapat sesetengah daripada mereka ini juga memiliki jangka hayat sehingga 80 tahun. 

#4. Salah faham 4: Penghidap sindrom Down tidak boleh membaca atau menulis

kanak-kanak sindrom down

Realiti: Hampir semua penghidap sindrom Down mengalami gangguan kognitif, namun ada yang berkebolehan untuk belajar membaca dan menulis.

Walau bagaimanapun, guru yang terlibat perlulah seorang yang terlatih, mempunyai jangkan yang tinggi terhadap pelajarnya, selain kemajuan pelajar dinilai secara formal. 

#5. Salah faham 5: Penghidap sindrom Down mempunyai rupa yang sama

Realiti: Tidak semua penghidap sindrom Down semestinya mempunyai ciri yang sama, tetapi kebanyakan daripada mereka mempunyai ciri yang hampir serupa.

Kebanyakan mereka mempunyai bentuk mata yang sama dan ketinggian yang sedikit rendah, tetapi tidak semua mempunyai sifat sebegitu.

#6. Salah faham 6: Penghidap sindrom Down sentiasa gembira

kanak-kanak sindrom down

Realiti: Ini ternyata salah satu tanggapan yang silap. Penghidap sindrom Down juga mempunyai pelbagai perasaan seperti gembira, sedih, marah dan kecewa sepertimana individu lain.

Satu kajian malah menunjukkan bahawa penghidap sindrom Down mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kemurungan, dan ia kekal tidak dirawat memandangkan ramai yang tidak begitu mengambil berat berkenaan apa yang dirasakan oleh kanak-kanak sindrom Down. 

Kesimpulan

Selepas membaca berkenaan hal ini, kami pasti anda telah tahu bahawa kesemua perkara yang sering anda fikirkan berkenaan penghidap sindrom Down adalah salah dan kurang tepat.

Bagi mereka yang telah mengetahui kebenarannya, sebarkan fakta ini jika anda berhadapan dengan individu lain yang masih mempunyai persepsi yang salah atau negatif terhadap penghidap sindrom Down. Tindakan ini bermula daripada diri anda!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini 5 Perkara Sebenar Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penghidap Sindrom Down

    Penghidap sindrom Down juga dikatakan tidak mempunyai jangka hayat hidup yang lama, susah mendapat pekerjaan atau berkahwin. Benarkah tanggapan ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 10/10/2019 . 2 minit bacaan

    Lambert-Eaton Myasthenic Syndrome: Lemah Otot yang Sering Didapati pada Pesakit Kanser Paru-paru

    Sindrom myasthenic Lambert-Eaton (LEMS) adalah keadaan yang sangat jarang berlaku yang menjejaskan isyarat yang dihantar daripada saraf ke otot. Ini bermakna otot tidak dapat mengecut dengan betul, mengakibatkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Pusat Kesihatan, Kanser Paru Paru 28/01/2019 . 3 minit bacaan

    Sindrom Klinefelter: Lelaki dengan Lebihan Kromosom X

    Sindrom Klinefelter, yang kadangkala dipanggil sebagai Klinefelter, KS atau XXY ialah keadaan di mana lelaki dilahirkan dengan kromosom X tambahan. Kromosom adalah kumpulan gen yang terdapat dalam setiap sel dalam ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 28/01/2019 . 4 minit bacaan

    Penyakit Fong: Perkembangan Kuku Terbantut

    Sindrom kuku-patella juga dikenali sebagai penyakit fong, NPS 1, onychoosteodysplasia, sindrom Turner-Kieser, osteo-onychodysplasia dan arthro-onychodysplasia. Ia adalah keadaan genetik jarang yang menyebabkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 03/01/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    telur wanita

    Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    sindrom AWS

    Kenapa Tiba-tiba Rasa Badan Jadi Lebih Kecil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/11/2019 . 3 minit bacaan
    punca jerawat

    Mengapa Anda Perlu Elakkan Makanan Tambahan Tinggi Steroid

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 31/10/2019 . 3 minit bacaan
    penghidap sindrom down

    Bolehkah Individu Sindrom Down Tinggal Bersendirian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2019 . 2 minit bacaan