Jangan Hancurkan Harapan Anak Sindrom Down Untuk Berjaya Di Masa Depan!

    Jangan Hancurkan Harapan Anak Sindrom Down Untuk Berjaya Di Masa Depan!

    Saat menerima berita anak yang bakal dilahirkan adalah berbeza daripada bayi normal, fikiran ibu dan bapa tentunya runsing memikirkan tentang masa depan yang tidak menentu.

    Itu baru apa yang berlaku pada ibu dan bapa. Stigma masyarakat pula mungkin sedikit sebanyak menghilangkan motivasi dan semangat bukan sahaja penjaga, malah juga anak itu sendiri.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Anak sindrom down anugerah tidak ternilai

    Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

    Apa pun keadaan seorang anak, itu merupakan harta yang tidak ternilai. Berapa ramai orang di luar sana yang berusaha untuk mendapat anak tetapi berakhir dengan kebuntuan.

    Perkara pertama yang perlu disematkan ke dalam jiwa adalah menerima apa yang diberikan dengan hati yang terbuka dan fikiran yang positif.

    Hanya dengan itulah anda boleh bergerak ke hadapan dan menghadapinya dengan lebih tenang.

    anak sindrom down

    Sindrom down mungkin tidak seperti yang anda sangka

    Si kecil dengan sindrom down boleh berjalan dan berlari seperti biasa malah boleh bersukan, walaupun mungkin perkembangannya sedikit lambat berbanding kanak-kanak lain.

    Mereka juga masih boleh membaca dan menulis.

    Melalui pendidikan dan latihan yang baik, penghidap sindrom down juga boleh bekerja dengan bantuan yang terhad daripada keluarga atau masyarakat.

    Ada juga peratusan kecil yang mampu hidup berdikari sepenuhnya.

    Manakala purata jangkaan umur penghidap sindrom ini menghampiri 60 tahun, menurut kajian di dalam European Journal of Public Health.

    Baca juga:

    Berikan mereka harapan untuk berjaya

    Ibu bapa dan keluarga perlu memberikan sokongan dan mencari jalan terbaik untuk membantu anak-anak istimewa ini.

    Pusat pendidikan yang sesuai harus dikenal pasti bagi menjamin masa depan mereka, sama ada sekolah kerajaan atau swasta, mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing.

    Masyarakat juga harus bekerjasama dalam membela nasib anak-anak ini. Kehadiran mereka sebenarnya memberikan kelainan dan kepelbagaian di dalam masyarakat.

    Anak-anak harus dibiarkan bergaul dengan mereka tanpa sikap prejudis atau memandang rendah. Ini bahkan akan membina lagi sifat kasih sayang dan empati di dalam diri mereka.

    anak sindrom down

    Kemudahan dan pusat-pusat pendidikan pula hendaklah diperkasa serta diperkaya demi menjamin masa depan yang lebih cerah bersesuaian dengan teknik rawatan sindrom down.

    Setiap ahli masyarakat berhak mendapatkan kemudahan dan pendidikan yang sempurna, termasuk kanak-kanak dengan keadaan ini.

    Kita sentiasa berharap agar tiada lagi penyelasan dan kerisauan bagi ibu dan bapa yang mendapat anak sindrom down kerana mereka tahu bahawa anak-anak mereka mempunyai masa depan yang cerah.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan