Ketika anda masih bujang atau berdua bersama pasangan, kereta kompak atau sedan mungkin sering menjadi pilihan utama. Namun, apabila ahli keluarga sudah semakin bertambah, maka anda mungkin perlu ‘upgrade’ kenderaan harian kepada jenis SUV atau MPV yang lebih besar. Apakah kereta 7 seater mampu milik dan bagus? Ini 5 jenis SUV 7-seater terbaik di Malaysia.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.
7 SUV 7-seater terbaik di Malaysia
SUV 7 tempat duduk menjadi pilihan utama untuk keluarga di Malaysia kerana ia menawarkan ruang yang luas untuk anggota keluarga serta barangan.
Faktor ini menjadikan SUV 7 tempat duduk ideal untuk perjalanan jarak jauh dengan keselesaan yang tinggi.
Kepraktisan kenderaan SUV ini memenuhi keperluan pelbagai aktiviti keluarga, sama ada hendak menghantar anak ke sekolah atau pergi bercuti.
Selain itu, SUV biasanya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tambahan yang memberikan ketenangan fikiran kepada pemandu dan penumpang.
Kestabilan dan kawalan terbaik yang ditawarkan oleh reka bentuk SUV juga merupakan faktor penting yang mempengaruhi pilihan ini.
Jika anda sedang mempertimbangkan hendak mengambil kereta 7 seater, berikut kami senarai antara 7 jenama kereta 7 seater terbaik di Malaysia:
#1. Perodua Aruz, antara SUV 7-seater terbaik di Malaysia
Perodua Aruz dilengkapi dengan enjin 2NR-VE 1.5 liter, menawarkan penggunaan bahan api yang baik pada 15.6 km/l.
Kereta keluaran Perodua ini merupakan antara SUV 7-seater popular di Malaysia kerana reka bentuknya praktikal dan sesuai untuk kegunaan keluarga harian. Saiznya juga tidak terlalu besar, memudahkan pemanduan di kawasan bandar.
Selain menawarkan ruang tempat duduk tambahan, Aruz juga terkenal dengan penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan. Sesuai untuk keluarga yang mahukan SUV praktikal pada harga lebih mesra bajet.
Perodua Aruz boleh dimiliki pada harga bermula antara RM72,900 hingga RM77,900 (atas jalan tanpa insurans).
Kereta 7 seater bawah 100k #2. Toyota Rush
Toyota Rush hadir dengan enjin 1.5L yang memberikan pemanduan stabil serta sesuai untuk kegunaan keluarga harian. Sistem infotainmentnya turut menyokong Apple CarPlay dan Android Auto untuk pengalaman lebih moden ketika memandu.
SUV yang tampil dengan rekaan luarannya juga nampak moden dan lasak ini menawarkan penggunaan bahan api yang agak baik untuk kelasnya. Pilihan warna seperti Red Metallic, White dan Silver turut memberikan penampilan lebih sporty dan elegan.
Toyota Rush boleh dimiliki pada harga bermula antara RM93,000 hingga RM97,000 (atas jalan tanpa insurans).
#3. Proton X90, kereta 7 seater mampu milik
Proton X90 dikuasakan enjin 1.5L TGDI mild-hybrid yang memberikan prestasi pemanduan yang lebih lancar bersama penggunaan bahan api lebih efisien.
Bahagian dalamnya menampilkan tempat duduk kulit Nappa yang mewah selain menawarkan ruang yang luas dan selesa.
Saiz kargo SUV ini juga cukup besar untuk memuatkan barang bawaan keluarga anda.
Dari segi keselamatan, Proton X90 dilengkapi dengan 6 beg udara SRS, Brek Kecemasan Autonomi (AEB), dan Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW).
Kelebihan lain X90 termasuklah kamera 360 dengan paparan 3D yang sangat membantu ketika anda hendak meletakkan kenderaan.
Proton X90 boleh dimiliki pada harga bermula antara RM99,800 hingga RM115,800 (atas jalan tanpa insurans).
#4. Mazda CX-8, 7 seater car Malaysia 2026
Mazda CX-8 terkenal dengan reka bentuk premium dan ruang dalaman yang nampak lebih eksklusif. Model ini menawarkan pilihan enjin 2.5L petrol serta 2.2L diesel turbo untuk pemanduan yang lebih bertenaga, smooth dan senyap,
Sistem infotainmen Mazda Connect bersama Apple CarPlay memberikan pengalaman lebih premium dalam kabin.
Antara pilihan warna yang ditawarkan seperti Soul Red Crystal dan Machine Grey menjadikan penampilannya lebih mewah dan elegan.
Mazda CX-8 boleh dimiliki pada harga bermula antara RM165,360 hingga RM221,360 (atas jalan tanpa insurans).
Volvo XC90 hadir dengan enjin turbocharged bersama sistem mild hybrid yang memberikan prestasi lebih lancar dan efisien. Sistem infotainmen Google built-in serta paparan digital moden menjadikan pengalaman perjalanan lebih canggih.
Model ini merupakan SUV premium 7-seater dengan fokus pada keselamatan dan keselesaan keluarga. Rekaan dalamannya juga moden dan nampak sangat elegan.
Volvo XC90 boleh dimiliki pada harga bermula antara RM418,888 hingga RM434,888 (atas jalan tanpa insurans).
SUV 7-seater terbaik di Malaysia #6. GWM Wey G9
GWM Wey G9 tampil enjin turbo yang memberikan kuasa lebih baik untuk pemanduan bandar dan lebuh raya.
Dengan reka bentuk SUV besar yang sesuai untuk keluarga aktif dan perjalanan jauh. Kabinnya juga luas dengan tempat duduk yang selesa untuk ramai penumpang.
Selain itu, model ini menawarkan gaya moden bersama ciri teknologi yang menjadikan pengalaman pemanduan lebih praktikal dan menyeronokkan.
GWM Wey G9 boleh dimiliki pada harga RM269,800 (atas jalan tanpa insurans).

Chery Tiggo 9 hadir dengan reka bentuk moden dan ruang kabin luas untuk kegunaan keluarga besar. Tempat duduknya juga direka untuk memberikan keselesaan lebih baik ketika perjalanan jauh.
Selain itu, SUV ini menawarkan ciri teknologi terkini dan penampilan premium yang menjadikannya antara model yang semakin mendapat perhatian di Malaysia. Model ini juga telah dipertontonkan secara rasmi di Malaysia pada 22 Mei 2026.
Chery Tiggo 9 dianggarkan dijual pada harga bawah RM189,000 (atas jalan tanpa insurans). Tempahan kini telah dibuka.
Memilih SUV 7-seater terbaik di Malaysia bergantung pada keperluan keluarga, bajet dan keselesaan yang diinginkan. Dengan pelbagai pilihan di pasaran, anda boleh memilih model yang paling sesuai untuk perjalanan harian dan trip bersama keluarga.