Kasihan Melihat Bayi Meneran Nak Buang Air Besar, Ini Cara Merawat Sembelit Si Kecil Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/11/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Sebagai ibu bapa, kita sering kali akan melihat dan memerhati setiap pergerakan bayi seperti ketawa, menyentuh dan menangis sebagai petunjuk tahap kesihatan mereka. Walau bagaimanapun, sesetengah petanda masalah kesihatan, seperti bayi sembelit, sukar untuk dikesan dan dilihat.

Simptom bayi sembelit

Bayi yang secara eksklusif menyusu susu ibu sahaja, kebiasaannya tidak akan mempunyai masalah seperti ini, kerana hampir semua nutrien dari susu ibu akan diserap.

Namun keadaan ini berbeza kepada bayi yang diberi susu formula, mereka mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk diserang masalah sembelit.

Malah masalah sembelit dalam kalangan bayi turut berlaku disebabkan makanan tertentu yang dimakan selepas makanan pepejal diperkenalkan.

Memahami tanda sembelit, pastinya dapat membantu mengatasi masalah kesihatan bayi sebelum ia bertukar menjadi masalah yang lebih besar.

Buang air besar

Kekerapan bayi akan membuang air besar pada setiap hari akan ada turun naik, terutama apabila anda memperkenalkannya makanan baru. Jika bayi anda tidak membuang air besar selama beberapa hari dan kemudian mempunyai najis yang keras, ia kemungkinan petanda mereka mengalami sembelit.

Sembelit bukan sahaja bergantung kepada jumlah kekerapan membuang air besar, tetapi juga kepada keadaan najis itu juga.

Menahan

Sekiranya berlaku perubahan wajah bayi anda ketika sedang membuang air besar, seperti kelihatan tegang atau berkerut, ia mungkin tanda sembelit. Bayi yang berdepan masalah ini biasanya akan menghasilkan najis seperti tanah liat yang sangat keras.

Najis keras boleh menyukarkan proses membuang air besar, bayi anda berkemungkinan akan menangis atau menjadi tegang.

Darah

Sekiranya anda terlihat garis-garis darah merah di atas najis bayi anda, ia adalah kerana bayi mengalami kesukaran ketika proses membuang najis dan menyebabkan kelukaan di sekeliling dinding dubur.

Perut keras

bayi kembung

Perut keras boleh menjadi tanda sembelit. Kembung dan tekanan yang disebabkan sembelit boleh menyebabkan bayi anda cepat berasa kenyang.

Tidak mahu makan

Kehilangan selera pada bayi anda mungkin disebabkan ketidakselesaan yang dihadapinya. Malah perut yang kembung juga boleh menyebabkannya tidak mahu makan.

Rawatan

Beberapa strategi dan kaedah yang boleh anda cuba untuk melegakan keadaan sembelit yang dihadapi oleh bayi anda. Ini termasuk:

Menukar susu

Jika anda memberi bayi anda susu ibu, anda mungkin perlu untuk menyeimbangkan diet anda. Ini kerana bayi anda mungkin sensitif terhadap sesuatu yang anda makan dan mengakibatkan sembelit, walaupun kes seperti ini jarang berlaku.

Bagi bayi yang diberikan susu formula, anda boleh menukar kepada susu yang lain. Alahan kepada bahan-bahan tertentu yang terkandung dalam susu formula itu boleh menyebabkan sembelit.

Makanan pejal

Sesetengah makanan pejal boleh menyebabkan sembelit, tetapi hal ini boleh diperbaiki. Jika anda baru mencuba memberikan makanan pepejal kepada bayi anda, cuba tambahkan beberapa makanan serat tinggi seperti:

  • Brokoli
  • Buah pear
  • Buah prun
  • Buah peach
  • Epal tanpa kulit

Kurangkan memberi bijirin yang diproses atau nasi, sebaliknya cuba berikan barli, oat atau quinoa. Roti atau biskut bijirin penuh, juga dapat membantu mengatasi sembelit.

Puri

Jika bayi anda berusia 6 bulan ke atas dan belum membuat peralihan kepada makanan pepejal, cuba beberapa jenis makanan yang disenaraikan di aras dalam bentuk puri. Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai banyak serat semula jadi yang akan membantu pembuangan najis bayi anda.

Kuantiti air

bayi cukup minum susu

Penghidratan yang betul adalah penting untuk melancarkan proses membuang air besar. Air dan susu sangat baik untuk mengelakkan bayi anda dari terhidrat. Untuk bayi lebih dari 6 bulan, jus prun atau pear boleh diberikan sekali-sekala untuk mempercepatkan kontraksi kolon bayi anda, sekali gus dapat membantu proses membuang air besar.

Jika jus terlalu manis atau kuat rasanya untuk bayi anda, tambahkan secawan air untuk mencairkannya. Bagi bayi yang di bawah usia 6 bulan, pastikan anda mendapat nasihat dan pandangan doktor sebelum memberikan apa-apa kepadanya selain susu ibu atau formula.

Banyakan pergerakan

Bayi yang banyak bergerak akan membantu mempercepatkan proses pencernaan, sekali gus membantu pergerakan benda di dalam usus. Sekiranya bayi anda masih belum berjalan, pergerakan basikal di kakinya (leg bicycles) pasti akan membantu.

Urutan

Lakukan urutan lembut di bahagian perut dan bawah perut bayi untuk merangsang pergerakan usus. Ulangi senaman beberapa kali sehari, sehingga bayi anda ada membuang air besar.

Masih tidak berjaya

Melakukan perubahan dalam diet bayi anda (atau anda sendiri) pasti akan dapat membantu mengatasi masalah sembelit bayi anda. Namun jika masih tidak berjaya, terdapat beberapa teknik lain yang boleh anda gunakan.

Kebanyakan teknik ini boleh dilakukan di rumah, walau bagaimanapun jika anda tidak pernah mengamalkannya sebelum ini, anda perlu berjumpa dengan doktor anda terlebih dahulu untuk mendapat nasihat dan rundingan khusus.

Teknik-teknik ini termasuk:

Glycerin suppository

Jika bayi anda mempunyai tanda seperti najis berdarah selepas membuang najis yang keras, glycerin suppository akan dapat membantu melancarkan proses pembuangan najis.

Ia boleh dibeli di farmasi dan digunakan di rumah. Ikuti arahan pada pakej jika ia untuk bayi anda yang berusia 2 tahun ke atas atau bertanyakan kepada doktor sebelum menggunakannya jika ia adalah untuk bayi anda dibawah usia 2 tahun.

Laksatif

Laksatif (laxative) diperbuat daripada ekstrak malt barli (Maltsupex) atau serbuk psyllium (Metamucil) yang dapat melembutkan najis bayi. Tetapi ia tidak disyorkan kepada bayi. Berbincang dengan doktor anda sebelum memberikan apa-apa laksatif kepada bayi di bawah umur 1 tahun.

Pakar pediatrik

Sekiranya anda keliru atau merasa bimbang, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor kepada bayi anda bagi mendapatkan kepastian. Dalam kebiasaan kes, masalah sembelit bayi andi akan dapat diatasi dengan sendirinya atau dengan rawatan semula jadi.

Jika strategi tersebut masih tidak berfungsi, sila dapatkan nasihat atau cadangan dari doktor anda untuk bantuan. Doktor anda juga akan dapat membantu melihat simptom atau tanda lain seperti demam, yang boleh menjadi petunjuk masalah yang lebih besar yang mungkin memerlukan rawatan perubatan lebih lanjut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Perut Selalu Rasa Tak Sedap Setiap Kali Datang Bulan, Sering Cirit-Birit Atau Sembelit? Ini Solusinya

Masalah sakit perut disebabkan sembelit, cirit-birit dan kesakitan lain dalam usus adalah perkara biasa yang berlaku sebelum dan semasa haid.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Perut Selalu Kembung & Berangin? Cuba Elak Ambil 7 Jenis Makanan Ini

Diet seimbang melibatkan pelbagai jenis makanan berkhasiat. Tapi, bagi penghidap sindrom iritasi usus ada makanan mungkin mencetuskan rasa tidak selesa.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 03/11/2020 . 3 minit bacaan

Bahaya Jika Ibu Mengandung Alami Buasir, Salah Satunya Tak Boleh Bersalin Normal?

Adakah wanita mengandung yang mengalami buasir ketika hamil perlu menjalani pembedahan caesarean masa bersalin nanti? Ikuti penjelasan ini untuk pemahaman.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu 27/10/2020 . 3 minit bacaan

Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

Keadaan usus tersumbat boleh menyebabkan berlakunya masalah perut kembung. Jangan bimbang, diet pemakanan ini boleh bantu mengatasinya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 26/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

masalah sembelit selepas menopaus

SEMBELIT Masalah Lazim Selepas Menopaus! Jadi, Wanita Sila Siap Sedia Dengan 3 Solusi Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 29/12/2020 . 3 minit bacaan
sakit apendiks

Awas, Nyawa Mungkin Melayang Jika Anda Berlengah Rawat Apendiks!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/12/2020 . 3 minit bacaan
cirit birit semasa haid

Jangan Pelik! Ada Wanita Yang Selalu Cirit-Birit Waktu Haid, Ini Namanya ‘Period Poop!’

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 17/12/2020 . 3 minit bacaan
tanda dehidrasi pada anak

Bayi Menyusu Juga Berisiko Alami Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/12/2020 . 3 minit bacaan