backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Najis Anak Minum Susu Formula Berwarna Hijau? Ini Yang Ibu Kena Ambil Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan Ā· Perubatan dalaman atau am Ā· Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa Ā· Disemak pada 10/01/2024

    Najis Anak Minum Susu Formula Berwarna Hijau? Ini Yang Ibu Kena Ambil Tahu

    Pernah terfikir tak adakah warna najis bayi minum susu formula berbeza dengan si comel yang diberikan susu ibu? Bagaimana pula jika najis bayi warna hijau lumut, adakah ia berbahaya?

    Jawapannya ada di dalam artikel ini, jadi kenalah teruskan pembacaan anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Galakkan penyusuan susu badan

    Sebelum mengetahui warna najis bayi minum susu formula, anda harus tahu bahawa penyusuan susu ibu memberikan pemakanan optimum untuk bayi. Ia mempunyai jumlah nutrien yang tepat, mudah dicerna dan sedia ada.

    American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif dilakukan selama 6 bulan.

    Bahkan, proses penyusuan itu disarankan untuk diteruskan walaupun selepas pemberian makanan pejal sehinggalah bayi sekurang-kurangnya berusia setahun atau apabila ibu bersama si manja mencapai kata sepakat untuk bercerai susu atau wean off.

    Manakala bayi yang tidak dapat diberikan susu ibu perlu diberikan pengganti susu yang bersesuaian seperti susu formula. Berbincanglah dengan doktor untuk menentukan jenis susu formula yang sesuai dengan si kecil.

    Warna najis bayi minum susu formula dan susu ibu

    Kenapa najis warna hijau?

    Warna najis boleh menjadi salah satu cara untuk mengetahui tahap kesihatan bayi.Ā 

    Terdapat pelbagai variasi warna tinja bayi, terutamanya pada tahun pertama kehidupan mereka ā€“ apabila diet berubah dengan pengambilan makanan pejal.

    Warna najis bayi minum susu formula & konsistensinya

    warna najis bayi minum susu formula
    Susu yang diminum boleh mempengaruhi warna najis.

    Warna tahi bayi minum susu formula: Coklat kekuningan, coklat-hijau atau coklat muda

    Konsistensi: Lembut seperti mentega kacang

    Konsistensi tahi bayi yang diberikan susu rumusan bukan sahaja lembut, tetapi lebih terbentuk berbanding si kecil menyusu badan.

    Warna tahi bayi minum susu formula biasanya lebih besar dan mempunyai bau yang lebih tajam daripada najis bayi minum susu ibu.

    Warna tahi bayi minum susu ibuĀ & konsistensinya

    Warna: Kuning atau hijau

    Konsistensi: Berbiji dan lembut

    Najis bayi yang disusui kelihatan kuning sawi dan kadangkala berwarna hijau. Dari aspek konsistensi pula, ia mempunyai zarah seperti biji. Biasanya najis bayi minum susu ibu sangat lembut, berair dan mungkin berbau manis.

    Najis bayi warna hijau lumut minum susu rumusan

    warna najis bayi minum susu formula
    Sesi menukar lampin bayi.

    Sebagai ibu bapa, sudah tentu anda berasa risau jika terlihat tinja bayi berwarna hijau, betul tak?

    Kenapa najis warna hijau?

    Secara amnya, najis hijau bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan.

    Jika warna najis bayi minum susu formula hijau, ini mungkin bermakna mereka mendapat banyak zat besi dalam makanan mereka. Najis berwarna hijau ini merupakan keadaan biasa untuk terjadi.

    Selain itu, warna najis hijau juga disebabkan oleh terlalu banyak hempedu dalam najis, biasanya dikaitkan dengan cirit-birit.

    Ini kerana apabila makanan bergerak terlalu cepat melalui saluran gastrousus (GI), hempedu tidak mempunyai masa untuk memecahkan semua sepenuhnya.

    Najis si kecil mungkin mengandungi pepejal di dalamnya kerana makanan mungkin tidak dicerna sepenuhnya.

    Walau bagaimanapun, jika warna luar biasa bertahan selama lebih daripada 5 hari, mungkin terdapat beberapa masalah lain dengan saluran GI anak.

    Jenis najis bayi yang tidak normal seperti merah, hitam atau putih perlu diberikan perhatian segera. Bawa anak untuk mendapatkan pemeriksaan doktor jika situasi ini berlaku.

    Cara mengatasinya (jika perlu)

    Sebelum anda mengambil apa-apa tindakan, cuba kenal pasti punca najis si kecil bertukar hijau. Anda boleh berunding dengan doktor untuk memastikan jika terdapat perkara yang perlu dilakukan mengenainya.

    Warna najis bayi minum susu formula bertukar hijau kerana cirit-biritĀ 

    Jika disebabkan cirit-birit, beberapa strategi berbeza boleh anda cuba:

  • Pantau keadaan bayi untuk elakkan dehidrasi, terutamanya jika si kecil mengalami cirit-birit berlanjutan selama lebih sehari. Perhatikan tanda seperti mulut, lidah dan bibir kering serta lampin kering dalam tempoh lebih 3 jam
  • Pastikan anak diberikan cecair mencukupi, sama ada dalam bentuk susu ibu atau susu rumusan. Bagi anak berusia lebih tua, larutan elektrolit atau larutan rehidrasi oral juga boleh diberikan. Elakkan minuman sukan kerana ia tinggi kandungan gula
  • Elakkan memberi bayi anda mana-mana ubat antidiarhea yang dijual bebas.
  • warna najis bayi minum susu formula
    Carta bentuk dan rupa najis bayi.

    Ubat atau vitamin

    Jika anda pasti bahawa suplemen zat besi yang bertanggungjawab, anda boleh mengesahkannya dengan doktor. Tetapi anda tidak sepatutnya berhenti memberi suplemen melainkan diarahkan berbuat demikian.

    Secara amnya, warna najis bayi bertukar hijau bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.Ā 

    Namun sekiranya anda inginkan lebih kepastian mengenai keadaan si kecil, berundinglah dengan pakar kanak-kanak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am Ā· Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa Ā· Disemak pada 10/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan