Anak Dapat Kencing Kotor Jika Berendam Dalam Buih Sabun, Betul Ke? Ada Lagi 8 Punca UTI Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Masalah kencing kotor (UTI) dalam kalangan kanak-kanak bukanlah satu keadaan kesihatan yang asing.

Walaupun lazim, namun jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan komplikasi kesihatan serius.

Bergantung kepada usia, ada perbezaan dalam konteks simptom yang dialami oleh kanak-kanak.

Apabila ia melibatkan populasi kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan ke bawah, simptom yang dialami oleh mereka lebih kepada gejala umum jangkitan.

Antaranya adalah:

  1. Demam
  2. Muntah
  3. Cirit-birit
  4. Kurang selera makan

Oleh sebab kanak-kanak mempunyai kesukaran untuk memberitahu ibu bapa berkenaan dengan simptom yang dialami, justeru mudah untuk kita terlepas pandang.

Artikel ini akan membincangkan sedikit sebanyak perihal jangkitan kencing kotor dalam kalangan kanak-kanak. 

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Apabila bakteria menyeludup masuk ke dalam saluran kencing

kencing kotor

Saluran kencing manusia terdiri daripada beberapa bahagian/organ. Antaranya adalah:

  • Dua organ buah pinggang yang bertanggungjawab untuk menapis darah dan memproses air kencing
  • Dua tiub ureter yang membawa air kencing dari organ buah pinggang ke pundi kencing¬†
  • Satu pundi kencing yang mengumpul air kencing sehingga tiba masa untuk ia dibuang ke luar badan
  • Satu saluran uretra yang membawa air kencing keluar dari pundi kencing

Masalah kencing kotor adalah istilah umum yang menerangkan perihal jangkitan yang berlaku pada mana-mana bahagian saluran kencing.

Antara jangkitan yang paling lazim berlaku adalah jangkitan pada organ buah pinggang dan pundi kencing.

Bakteria yang menjangkiti boleh merangkak naik dari saluran uretra ke buah pinggang dan perkara ini boleh menyebabkan komplikasi seperti:

  1. Koleksi nanah di dalam buah pinggang.
  2. Fungsi buah pinggang terganggu.
  3. Organ buah pinggang bengkak.
  4. Jangkitan sepsis yang boleh menyebabkan kerosakan organ dan kematian.

Walau bagaimanapun, jika ia didiagnosis pada peringkat awal, jangkitan tersebut boleh dirawat dengan terapi antibiotik.

Kanak-kanak perempuan mudah untuk mendapat jangkitan ini memandangkan mereka mempunyai struktur anatomi uretra yang pendek dan dekat dengan dubur.

Oleh sebab itulah, aspek kebersihan perlu ditekankan agar jangkitan dapat dielakkan.

Faktor yang meningkatkan risiko masalah kencing kotor dalam kalangan kanak-kanak

kencing kotor

Selain daripada jantina, terdapat beberapa faktor risiko lain yang boleh meningkatkan kecenderungan seseorang itu untuk mendapat UTI.

Saluran uretra tidak mempunyai kapasiti untuk menakung bakteria namun ada situasi yang memudahkan mikroorganisma tersebut untuk masuk.

Berikut merupakan faktor yang meningkatkan risiko kanak-kanak untuk mendapat jangkitan kencing kotor.

  1. Masalah pada struktur anatomi atau saluran tersumbat pada mana-mana bahagian salur kencing.
  2. Kecacatan kongenital yang menyebabkan aliran kencing ke belakang (refluks vesikoureteral).
  3. Fungsi tidak normal pada mana-mana struktur dalam saluran kencing.
  4. Penggunaan pakaian ketat bagi budak perempuan.
  5. Mandi buih sabun. Penggunaan sabun secara berlebihan boleh mempengaruhi kadar perubahan pada nilai pH faraj. Ia memudahkan jangkitan UTI untuk berlaku.
  6. Cara basuh kemaluan yang tidak betul.
  7. Tidak menjaga kebersihan tandas.
  8. Suka tahan kencing untuk satu tempoh masa yang lama.

Jika anak anda (berusia 5 tahun ke atas) mendapat jangkitan salur kencing, mereka boleh mengadu simptom seperti berikut:

  1. Kencing berbau (busuk daripada biasa).
  2. Air kencing keruh.
  3. Darah dalam air kencing.
  4. Sakit ketika kencing.
  5. Sakit pada bahagian pinggul.
  6. Kerap ke tandas untuk kencing.
  7. Sering terbangun pada waktu malam untuk terkencing.
  8. Sentiasa rasa hendak terkencing walaupun jumlah air yang keluar hanya minimum.

Jika tahap jangkitan tersebut serius, mereka akan mengalami gejala yang lebih teruk seperti:

  1. Sakit abdomen teruk.
  2. Kelesuan.
  3. Loya dan muntah.
  4. Demam panas.
  5. Sejuk menggeletar.
  6. Iritabiliti (mudah mengamuk/marah).

Anak saya perlu masuk hospital ke jika disahkan positif UTI?

kanak-kanak

Bergantung kepada keadaan klinikal, seperti yang diperiksa oleh doktor, anak anda mungkin akan ditahan wad atau dibenarkan untuk dibawa pulang.

Rawatan bagi masalah kencing kotor lebih tertumpu kepada penggunaan antibiotik.

Jika jangkitan yang berlaku hanyalah ringan, preskripsi antibiotik oral akan diberikan.

Namun, jika jangkitan UTI adalah lebih serius, pemberian antibiotik melalui salur darah (IV) memerlukan anak anda untuk tinggal di hospital.

Kriteria bagi rawatan UTI di hospital adalah seperti berikut:

  1. Bayi yang berusia lebih muda daripada 6 bulan.
  2. Demam panas tidak berhenti.
  3. Mempunyai gejala jangkitan buah pinggang.
  4. Pemeriksaan menunjukkan anak anda mendapat komplikasi sepsis.
  5. Mengalami dehidrasi, muntah dan tidak boleh mengambil ubat secara oral.

Jika jangkitan UTI dirawat pada peringkat awal, anak anda akan sembuh sepenuhnya dalam masa yang singkat.

Walau bagaimanapun, faktor risiko lain seperti refluks vesikoureteral boleh mempengaruhi kadar kesembuhan pesakit.

Oleh itu, penting bagi setiap ibu bapa untuk tidak mengambil mudah akan masalah kencing kotor yang dialami oleh anak.

Konklusi

Kencing kotor merupakan masalah kesihatan yang lazim dialami oleh golongan kanak-kanak juga orang dewasa.

Jika anak anda mengalami gejala seperti yang dinyatakan dapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nak Tahu Rahim Jatuh Atau Tidak, Caranya Hanya Guna Jari, Boleh Lakukan Sendiri?

Istilah rahim jatuh atau peranakan jatuh sering kedengaran, terutamanya dalam kalangan wanita bersalin. Namun, apakah punca ia terjadi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 02/09/2020 . 3 minit bacaan

Ada Sebab Kita MESTI Berdehem Ketika Kencing! Jika Tidak, Boleh Jadi Punca Batu Karang?

Ramai yang percaya bahawa tidak berdehem ketika kencing juga boleh jadi punca batu karang. Adakah ia benar? Jom klik artikel untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Ladies, Ini Perkara Yang Perlu Anda Elak Jika Mengalami Kencing Kotor- Nombor 3 Paling Penting!

Jangkitan saluran kencing (UTI) atau turut dikenali sebagai masalah kencing kotor ialah perkara serius yang harus dirawat dengan segera.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 13/08/2020 . 3 minit bacaan

Tembak Asyik Miss, Jangan Biarkan Jika Kencing Bercabang, Ada Yang Bahaya

Masalah air kencing bercabang lazim berlaku terutamanya dalam kalangan lelaki. Jangan tak tahu, fenomena buang air kecil ini boleh jadi tanda penyakit.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 15/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kencing tak lawas

Selain Mudah Lupa, Warga Emas Sering Alami Masalah Kencing Tak Lawas, Ini 6 Puncanya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
kerap buang air kecil

Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
kencing kotor

BAHAYA! Hentikan Tabiat Buruk Sering Menahan Kencing Jika Tak Nak Dapat Penyakit Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
punca kencing malam

Usah Percaya Dengan Tangkal Lagi, Jom Ketahui 7 Punca Sebenar Terkencing Waktu Malam!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan