backup og meta

Kecil-kecil Lagi Anak Sudah Tumbuh Uban? Ini Punca Si Kecil Boleh Dapat Uban Pramatang

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/06/2023

    Kecil-kecil Lagi Anak Sudah Tumbuh Uban? Ini Punca Si Kecil Boleh Dapat Uban Pramatang

    Rambut beruban selalu dikaitkan dengan individu berusia. Tapi jangan tidak tahu, ada juga masalah uban pada rambut anak. Adakah ia tanya penyakit berbahaya?

    Masalah rambut beruban

    Rambut yang berwarna putih atau kelabu adalah tanda penuaan normal pada mereka yang lebih berusia.

    Namun, jangan terkejut jika anda perasan rambut anak juga mempunyai uban. 

    Ia dikenali sebagai uban pramatang dan boleh berlaku pada peringkat muda, seawal usia kanak-kanak atau remaja.

    Umumnya, keadaan rambut yang berubah warna tersebut bukanlah situasi berbahaya. Namun ia mungkin boleh menyebabkan rasa bimbang pada diri ibu bapa dan anak itu sendiri.

    Paling membimbangkan jika situasi tersebut membuatkan anak berasa rendah diri kerana sering diejek atau dibuli oleh rakan-rakan lain.

    Jadi, jangan pandang remeh ya jika anda menyedari ada uban pada rambut si kecil.

    Punca rambut beruban pada anak

    Warna rambut berasal daripada pigmen melanin. Rambut akan berubah kepada kelabu atau putih apabila kekurangan kuantiti melanin. 

    Ia biasanya berlaku seiring dengan penuaan. Pun begitu, ada beberapa sebab lain yang boleh mengakibatkan rambut menjadi putih pada kanak-kanak.

    1. Genetik

    Ini adalah salah satu daripada banyak faktor yang menjadi punca untuk uban pramatang pada rambut anak.

    Berdasarkan kajian, uban tidak dapat diwarisi tetapi wujud mekanisme yang sukar untuk dijelaskan. 

    1. Kekurangan nutrien

    Kurangnya vitamin B12 boleh menyebabkan penumbuhan uban pada rambut. Produk tenusu, daging, ayam itik, makanan laut, dan telur adalah sumber vitamin B12 yang baik.

    Dalam 1 kajian penyelidikan mengenai populasi India muda mengaitkan ubat pramatang dengan kekurangan kalsium, vitamin B1 dan vitamin D3.

    1. Keadaan perubatan

    Keadaan genetik dan autoimun seperti sindrom Werner, vitiligo dan penyakit tiroid dikaitkan dengan hipopigmentasi pramatang pada rambut.

    1. Produk rambut sintetik

    Penggunaan syampu, pewarna dan losen yang mempunyai bahan kimia di dalamnya juga boleh mengakibatkan rambut beruban pada anak di usia muda. 

    1. Faktor lain

    Punca luaran seperti tekanan, pendedahan kepada pencemaran dan sinar UV juga boleh menyebabkan rambut anak berubah menjadi beruban pada usia muda. 

    Faktor luaran ini boleh menyebabkan tekanan oksidatif. Kesannya wujudlah uban pramatang.

    rambut anak

    Boleh uban pada rambut anak dirawat?

    Tidak terdapat sebarang rawatan khusus bagi mengubati masalah rambut beruban di usia muda. 

    Kadangkala penyebab uban pramatang adalah dipengaruhi faktor gen yang rosak atau keadaan autoimun yang mungkin tidak dapat disembuhkan. 

    Anda boleh berbincang dengan pakar pediatrik mengenai kaedah rawatan terbaik yang boleh membantu anak anda.

    Walaupun begitu, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mencegah masalah rambut beruban daripada terus berkembang. 

    Tip cegah rambut beruban di usia muda

    Seperti yang dinyatakan tadi, jika keadaan rambut yang berubah warna kelabu atau putih ini berpunca daripada genetik, tiada cara pencegahan boleh dilakukan.

    Sebaliknya, jika ia disebabkan keadaan perubatan atau dipengaruhi oleh perubahan diet atau amalan gaya kehidupan, maka anda mungkin dapat mencegah uban pramatang.

    Langkah-langkah di bawah mungkin boleh membantu sebagai pencegahan bagi rambut yang beruban. 

    uban pramatang

  • Menurut kajian, mengurut rambut dengan minyak kelapa dapat membantu meningkatkan peredaran darah, memulihkan warna rambut dan mencegah uban
  • Pengambilan makanan tinggi vitamin B12 dan kalsium dapat membekalkan nutrien pada folikel rambut dan mencegah kewujudan uban pramatang. Vitamin B12 ialah sejenis vitamin larut-air
  • Mengubati keadaan kesihatan atau penyakit yang mendasari dipercayai dapat menghentikan uban pada rambut anak
  • Penggunaan antioksidan dapat membantu dalam mencegah rambut beruban pramatang. Beberapa makanan kaya antioksidan termasuklah buah beri, delima, tomato dan kacang pecan
  • Dalam kajian antarabangsa berpendapat penggunaan daun kari juga boleh membantu dalam mencegah pertumbuhan uban pramatang pada rambut
  • Kaedah pencegahan yang disenaraikan mungkin berjaya atau sebaliknya kepada anak anda. Ini terutamanya bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap kepekaan terhadap ubat.

    Dapatkan nasihat doktor sebelum anda mencuba sebarang rawatan bagi mencegah uban pramatang pada anak.

    Rundingan doktor

    Kewujudan rambut beruban pada anak bukanlah sesuatu yang memberikan kesan kepada tahap kesihatan keseluruhan mereka. 

    Namun, melakukan rundingan doktor bagi mengetahui punca uban pada rambut anak boleh membantu anda untuk lebih memahami keadaan sebenar yang terjadi pada mereka.

    Bahkan, kanak-kanak juga perlu mendapat sokongan mental bagi memastikan keadaan rambut yang beruban itu tidak memberikan kesan psikologi kepada mereka. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan