backup og meta

Amalkan Tabiat Pemakanan Sihat untuk Si Kecil Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/05/2022

    Amalkan Tabiat Pemakanan Sihat untuk Si Kecil Anda

    Tabiat pemakanan yang sihat perlu bermula seawal usia anak anda lagi kerana tabiat pemakanan ini mungkin akan kekal sehingga mereka dewasa kelak. Oleh itu anda perlu memainkan peranan sebagai ibu bapa untuk menentukan diet mereka. Makanan si kecil anda perlu kaya dengan nutrien yang diperlukan untuk membekalkan tenaga dan membesar dengan sihat. Ini akan membuat mereka terbiasa dengan tabiat pemakanan yang sihat sekaligus menjamin kesihatan mereka dewasa kelak. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh membantu anda dalam mencipta tabiat pemakanan sihat untuk si kecil anda.

    Jangan menyekat makanan ringan daripada diet si kecil

    Tip ini kelihatan seperti tidak masuk akal kerana makanan ringan merupakan makanan yang memberi kesan buruk terhadap kesihatan. Namun begitu, menyekat makanan ringan seperti gula-gula dan keropok daripada diet mereka bukan satu idea yang bijak. Ini kerana si kecil anda tidak akan patuh kepada larangan anda dan masih akan makan makanan ringan di luar pemerhatian anda. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu menyekat makanan yang mereka sukai hanya kerana makanan itu tidak sihat atau sebagai hukuman jika mereka melakukan kesalahan. Ini hanya akan membuatkan si kecil anda tidak mempunyai minat untuk makan.

    Sediakan hidangan dan snek yang sihat

    Untuk membantu si kecil anda mengetahui makanan yang sihat, anda perlu menjelaskan kepada mereka tentang makanan apa yang mempunyai banyak nutrisi dan makanan apa yang perlu dielakkan kerana mereka masih tidak pandai untuk memilih makanan mereka sendiri. Pertama sekali anda perlu mengurangkan makanan yang tinggi lemak, gula, kolesterol dan sodium yang mudah ditemui dalam piza, burger atau snek. Oleh itu, anda perlu memfokuskan penyediaan makanan yang diperbuat daripada daging dan ikan segar, sayur-sayuran, buah-buahan, produk tenusu yang rendah lemak serta bahan makanan berasaskan gandum seperti pasta dan bijirin.

    Ajar mereka untuk makan ikan

    Individu yang makan ikan kebiasaannya akan hidup lebih lama berbanding individu yang makan daging. Ikan merupakan pilihan yang baik untuk perkembangan jantung dan otak. Anda boleh mula ajar si kecil anda makan ikan yang bertekstur lembut seperti salmon dan sardin. Tetapi harus diingatkan, tulang ikan perlu dibuang terlebih dahulu sebelum memberikannya kepada si kecil. Selain itu, beberapa spesies perlu dielakkan kerana mempunyai toksin dan merkuri. Ikan dalam tin seperti tuna pula perlu diambil dalam amaun yang sedikit sahaja.

    Seiring dengan usaha membimbing si kecil anda untuk mengambil makanan bernutrisi tinggi, anda juga perlu melihat kepada selera si kecil anda. Jangan sesekali memaksa mereka makan makanan yang tidak disukai kerana situasi ini akan menyebabkan mereka mengalami pengalaman buruk terhadap makanan. Dalam masa yang sama, anda juga perlu memastikan mereka tidak terlebih makan daripada amaun yang sepatutnya untuk mengelakkan tabiat ini kekal dengan mereka dewasa kelak.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan