Minggu demi minggu

13 Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Baby 6 Bulan Makan, Tapi Perlu Ke Masak Dahulu?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan

Anda ingin memberikan buah untuk bayi tetapi perlukah dimasak dahulu buah tersebut? Atau boleh diberikan secara mentah? 

Sama ada anda perlu masak makanan pejal seperti sayuran atau buah untuk bayi, ia adalah bergantung sepenuhnya kepada tahap perkembangan mereka.

Adakalanya ia ditentukan oleh jenis spesifik sayuran atau buah yang ingin diberikan kepada si manja.

Bersediakah si manja untuk makanan pejal?

Umumnya, bayi yang berusia sekitar 6 bulan sudah bersedia untuk menerima makanan pejal pertamanya. 

Pada tempoh ini, sistem pencernaan si manja sudah menghasilkan enzim yang diperlukan untuk menyempurnakan proses pencernaan

Anda juga boleh mengetahui tanda-tanda anak bersedia untuk makan jika dia:

  • Sudah boleh mengangkat, menahan dan mengawal kepala 
  • Boleh duduk secara stabil walaupun masih memerlukan sokongan
  • Tidak lagi menolak makanan dengan lidahnya – tongue thrust reflex – refleks ini secara automatik mengeluarkan makanan daripada mulutnya untuk mengelakkan tercekik
  • Mula menunjukkan minat untuk mencuba makanan

Sayuran & buah untuk bayi perlu ke dimasak dahulu?

Kebanyakan pakar pemakanan kanak-kanak akan menyarankan masak makanan pejal seperti sayuran atau buah untuk bayi sehingga mereka berusia 8 bulan. 

Walau bagaimanapun, buah seperti pisang dan avokado diberikan pengecualian dalam situasi ini. 

Tetapi kenapa perlu masak makanan pejal yang akan diberikan kepada bayi?

Ini kerana proses memasak sayuran dan buah-buahan akan memecahkannya dan memudahkan proses pencernaan bagi perut bayi yang belum matang.

Bayi yang berusia 8 bulan ke atas mampu mengendalikan serat dan gula daripada sayuran atau buah yang mentah berbanding bayi yang baru mencuba makanan pejal.

Kulit sayuran dan buah untuk bayi perlulah sentiasa dikupas terutamanya jika mereka berusia di bawah 8 bulan.

5 sebab perlu masak makanan pejal

Mesti anda tertanya-tanya mengapa makanan pejal perlu dimasak terlebih dahulu, bukan? Ini adalah sebabnya:

  1. Mengurangkan risiko tercekik

Kebanyakan sayuran dan buah mentah boleh menyebabkan bayi tersedak dan tercekik. Sudah tentu ia bahaya.

Sebagai contoh lobak merah, dalam keadaan mentah ia sangat keras melainkan bayi anda sudah mempunyai gigi geraham untuk memudahkannya menggigit dan mengunyah. 

Sebaliknya, lobak yang sudah dimasak, pastinya lebih lembut dan boleh dijadikan finger food kepada si manja.

  1. Pencernaan

Seperti dinyatakan pada awal tadi, sayuran dan buah yang mentah mungkin sukar untuk dicernakan oleh bayi berbanding yang sudah dimasak.

Keadaan ini disebabkan makanan segar dan mentah mengandungi zat dipanggil selulosa. Sistem pencernaan akan mengesan bahan ini sebagai produk buangan – kesannya ia mungkin akan memberikan masalah cirit-birit kepada bayi.

masak makanan pejal

  1. Reaksi alahan

Ada yang menyarankan jika memasak sayuran dan buah untuk bayi dapat mengubah protein yang terdapat di dalamnya.

Proses itu akan membantu mengurangkan kecenderungan untuk berlaku reaksi alahan pada bayi.

  1. Pencemaran

Kebanyakan ibu bapa berasa lebih selamat untuk memberikan bayi makan makanan yang sudah dimasak kerana proses tersebut memusnahkan kebanyakan bakteria pada makanan.

Pastinya ia sesuatu yang benar dan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan timbulnya isu keracunan makanan pada si manja. 

  1. Rasa

Sesetengah sayuran dan buah akan memberikan rasa yang sedikit berbeza setelah dimasak. 

Buah yang mempunyai rasa agak masam seperti plum atau pic pastinya boleh mendatangkan kejutan kepada bayi anda.

Jenis buah untuk bayi yang boleh diberikan

Hampir kesemua buah yang terdapat di pasaran boleh diberikan kepada si manja jika ibu bapa mengambil berat cara penyediaan yang betul.

Berikut disenaraikan beberapa jenis buah yang paling kerap diberikan kepada si kecil. 

Namun anda juga boleh mencuba untuk memberikan buah lain yang tidak termasuk dalam senarai di bawah.

  1. Epal
  2. Avokado
  3. Aprikot
  4. Pisang
  5. Mangga
  6. Betik
  7. Pic
  8. Plum
  9. Prun 
  10. Labu kuning
  11. Tembikai
  12. Nanas
  13. Kiwi 

buah-untuk-bayi-perlu-dimasak

Manakala senarai buah untuk bayi berikut lebih sesuai diberikan jika usia bayi sudah lebih 8 bulan, iaitu:

  • Buah naga
  • Tomato
  • Laici
  • Anggur
  • Strawberi
  • Beri biru

Sayuran pertama untuk bayi

Tidak dinafikan kebanyakan kanak-kanak tidak gemarkan sayur, malahan ada juga individu dewasa begitu.

Walau bagaimanapun, pada tempoh ini adalah waktu bagi si manja mencuba pelbagai jenis rasa dan tekstur buat pertama kalinya. Jadi biarkan mereka merasainya tanpa membuat sebarang penghakiman.

Jika si kecil membuat sebarang reaksi pada wajahnya, ia bukan bermakna mereka tidak menggemarinya. 

Bayi biasanya memerlukan percubaan dan pendedahan makanan yang sama untuk beberapa kali sebelum dapat menerimanya. 

Apa sahaja jenis sayuran boleh dicuba untuk diberikan.

Perkara mudah

Ada ibu bapa yang rasa renyah untuk masak makanan pejal bagi bayi? Anda silap, pada dasarnya ia tidaklah serumit yang anda sangkakan.

Dengan peralatan penyediaan yang betul; mesin pengisar atau pemproses makanan yang baik, tugas menyediakan makanan boleh menjadi mudah dan menjimatkan. Cubalah! 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Share now :

Tarikh Reviu: 01/06/2020 | Kali terakhir kemaskini: 20/08/2020

Artikel lain untuk anda

manfaat serat

Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
warna kulit

Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
sakit hidung

Jaga-Jaga Penghidap Asma & Alahan, Cuaca Juga Boleh Buatkan Anda Diserang Alergi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
jenis buah-buahan

Ini 10 Buah-Buahan Yang Paling TINGGI Kandungan Gula, Jangan Terkejut, Buah Tin Pun Tersenarai!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Alamak! Anda Berisiko Tercirit Semasa Beraksi Dengan Pasangan Jika Mengalami Keadaan Ini!

Mungkin kelihatan agak lucu, namun cirit semasa seks boleh terjadi kepada sesiapa sahaja sekiranya mereka mempunyai faktor yang tertulis dalam artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 25/06/2020 . 3 minit bacaan

ALAMAK! Pusat Racun Negara Dedahkan Pokok Lidah Jin @ Lidah Mentua Beracun?

Ramai orang menanam dan menyimpan pokok lidah jin atau pokok lidah mentua di dalam rumah.. Namun tahukah anda ia mungkin beracun? Klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 17/06/2020 . 3 minit bacaan

Kerap Ke Tandas Selepas Makan? Ini 9 Penawar Cirit Birit ‘Confirm’ Baik Jika Diamalkan!

Tidak tahu apa perlu dibuat jika kerap ke tandas? Ini 9 cara dan ubat sakit perut cirit birit untuk anda. Termasuk makanan untuk cirit birit

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 19/05/2020 . 3 minit bacaan

Nak Raya Ini Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak, Ada 12 Tanda Si Manja Alami Alahan Telur

Anak dengan alergi protein telur akan mengalami ruam pada badan dan muka? Ini 12 tanda anak alergi makanan yang perlu anda ketahui. Jom periksa sekarang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 15/05/2020 . 3 minit bacaan