backup og meta

Bayi Lahir Dengan Satu Mata? Bakal Ibu, Jangan Pandang Remeh Risiko Sindrom Cyclopia

Sindrom cyclopia adalah kecacatan kelahiran yang jarang berlaku tetapi serius, di mana baby baru lahir menunjukkan kecacatan wajah dan otak yang ketara. Artikel ini akan menerangkan puncanya serta apa yang ibu hamil boleh lakukan untuk mengurangkan risikonya.

Bayi Lahir Dengan Satu Mata? Bakal Ibu, Jangan Pandang Remeh Risiko Sindrom Cyclopia

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Apa itu Cyclopia Syndrome?

Cyclopia Syndrome (sindrom cyclopia) merupakan satu keadaan kecacatan kelahiran yang sangat jarang berlaku, tetapi kesannya amat serius. 

Ia terjadi apabila perkembangan janin pada peringkat awal tidak berlaku seperti sepatutnya. Keadaan itu sekali gus menyebabkan bayi dilahirkan dengan satu rongga mata di bahagian tengah muka. 

Dalam kebanyakan kes, keadaan ini dikesan semasa kandungan atau selepas baby baru lahir, dan malangnya, bayi yang mengalami sindrom ini biasanya tidak dapat bertahan lama.

Walaupun kes cyclopia ini sangat jarang – kira-kira 1 dalam 100,000 kelahiran – ibu hamil perlu tahu langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko semasa kehamilan. Ini termasuklah menjaga kesihatan diri, pemakanan dan mendapatkan pemeriksaan awal.

Ciri-ciri sindrom cyclopia pada baby baru lahir

Ciri-ciri sindrom cyclopia sangat ketara dan melibatkan kecacatan struktur wajah serta otak bayi. Ia berlaku apabila otak janin gagal berpisah kepada dua hemisfera seperti biasa (holoprosencephaly). 

Berikut adalah ciri-ciri utama yang sering dikaitkan dengan cyclopia:

  • Satu rongga mata di bahagian tengah wajah (mata mungkin tunggal atau dua bebola mata dalam satu rongga)
  • Tiada hidung atau hidung sangat kecil yang tidak berfungsi, kadang-kadang hidung boleh berbentuk seperti proboscis (struktur tiub kecil di atas mata)
  • Kecacatan pada bahagian atas muka, termasuk dahi dan mulut
  • Mulut sumbing atau struktur wajah yang tidak simetri
  • Kecacatan otak yang teruk – otak tidak terbahagi kepada dua hemisfera (alobar holoprosencephaly)
  • Kecacatan organ dalaman lain, termasuk jantung dan ginjal (bergantung kepada kes)
baby baru lahir
Semua keadaan di atas disebabkan oleh holoprosencephaly, apabila otak tidak terbahagi dengan sempurna kepada bahagian kanan dan kiri.

Apa penyebab sindrom cyclopia pada baby baru lahir?

Cyclopia berpunca daripada masalah perkembangan otak bayi, khususnya semasa otak depan (forebrain) gagal berpisah dengan betul kepada dua hemisfera. Ini boleh disebabkan oleh:

Keadaan ini sering berlaku seiring dengan kecacatan otak kongenital yang lain, menjadikan diagnosis dan rawatan lebih mencabar.

Bagaimana sindrom cyclopia dikesan?

Kebiasaannya, cyclopia dapat dikesan melalui ultrasound kehamilan semasa trimester pertama atau kedua. Jika doktor mengesan ketidaknormalan pada wajah atau otak janin, ujian lanjut seperti MRI fetal mungkin disarankan. 

Dalam kebanyakan kes, bayi dengan cyclopia juga mempunyai kecacatan lain yang serius.

Langkah mengurangkan risiko sindrom cyclopia

Walaupun tiada rawatan yang boleh menyembuhkan cyclopia, ibu hamil masih boleh mengambil langkah untuk mengurangkan risiko melalui amalan kesihatan yang betul:

1. Pengambilan suplemen semasa hamil

Ambil vitamin pranatal yang mengandungi asid folik sekurang-kurangnya 400 mcg setiap hari, sebaiknya sejak merancang kehamilan. Keperluan asid folik dalam kehamilan sangat penting untuk menyokong pembentukan otak dan saraf bayi.

baby baru lahir
Pengambilan suplemen dan vitamin tertentu penting semasa kehamilan.

2. Pemeriksaan awal & berkala

Lakukan pemeriksaan berkala untuk mengesan simptom semasa kehamilan dan memastikan perkembangan janin berlaku dengan baik. Pemeriksaan awal dapat membantu doktor mengenal pasti sebarang ketidaknormalan lebih awal.

3. Elakkan bahan berisiko

Jauhi alkohol, rokok dan ubat tanpa preskripsi doktor. Pendedahan kepada bahan ini boleh menjejaskan perkembangan otak bayi.

4. Rujuk pakar jika ada risiko genetik

Jika anda atau pasangan mempunyai sejarah penyakit keturunan, dapatkan nasihat doktor untuk ibu mengandung dan jalani ujian genetik.

Sokongan emosi untuk ibu & keluarga

Mendapat tahu bahawa baby baru lahir ada masalah kesihatan seperti cyclopia boleh memberi tekanan emosi yang besar kepada ibu dan keluarga. 

Sokongan daripada pakar, kaunselor dan komuniti ibu mengandung sangat penting dalam proses pemulihan emosi. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan profesional jika anda rasa tertekan atau perlukan seseorang untuk mendengar.

baby baru lahir
Berundinglah dengan doktor sekiranya tertekan dengan apa yang dialami.

Kesimpulan

Walaupun sindrom cyclopia adalah penyakit jarang berlaku dalam kandungan, ibu masih boleh memainkan peranan penting untuk mencegah atau mengurangkan risikonya. 

Dengan pemakanan yang betul, suplemen yang sesuai dan pemeriksaan berkala, anda membantu memastikan perkembangan si manja berada pada landasan terbaik.

Baby baru lahir yang sihat bermula dengan penjagaan sejak dalam kandungan. Sayangi diri anda, kerana ia adalah hadiah pertama yang terbaik untuk anak anda.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sindrom Cyclopia (Mata Satu).  https://people.utm.my/norziana/2022/02/02/sindrom-cyclopia-mata-satu/#. Accessed on July 14, 2025.
  2. Cyclopia Syndrome: A rare and severe birth defect explained. https://www.sinardaily.my/article/223954/culture/health/cyclopia-syndrome-a-rare-and-severe-birth-defect-explained. Accessed on July 14, 2025.
  3. Holoprosencephaly (HPE). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22919-holoprosencephaly-hpe. Accessed on July 14, 2025.
  4. Parizad N, Faraji N, Hassanpour A, Goli R, Rostami S, Amanollahzadeh A. Cyclopia, a newborn with a single eye, a rare but lethal congenital anomaly: A case report. Int J Surg Case Rep. 2021 Nov;88:106548. doi: 10.1016/j.ijscr.2021.106548. Epub 2021 Nov 4. PMID: 34741865; PMCID: PMC8581486. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC8581486/. Accessed on July 14, 2025.
  5. Renardy Reza Razali. Muhammad Ilham Harahap. Cyclopia syndrome in a 34-week foetus. Vol. 11 No. 7 (2024): July 2024. https://doi.org/10.18203/2349-2902.isj20241748. Accessed on July 14, 2025.
  6. Sharma D, Yadav J, Garg E. Cyclopia syndrome. BMJ Case Rep. 2014 Jun 9;2014:bcr2014203535. doi: 10.1136/bcr-2014-203535. PMID: 24913079; PMCID: PMC4054394. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC4054394/. Accessed on July 14, 2025.

Versi Terbaru

16/07/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Dyspareunia Semasa Hamil, Punca Bakal Ibu Rasa Sakit Selepas Seks

Muntah Kuning Saat Hamil? Ini Do’s & Don'ts Selepas Muntah Ibu Patut Tahu


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 16/07/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan