home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Anak Ada Asma? Ajar Anak Cara Urus Serangan Asma

Anak Ada Asma? Ajar Anak Cara Urus Serangan Asma

Tempoh yang diambil untuk anak anda mengawal serangan penyakit asma bergantung kepada banyak faktor, antaranya:

  • Umur kanak-kanak
  • Tahap keterukan simptom yang dihidapi
  • Kekerapan serangan asma terjadi
  • Komitmen anda untuk pelan rawatan

Selain pelan rawatan yang disediakan oleh doktor anda, ada cara tertentu yang boleh anda lakukan untuk membantu anak anda menguruskan serangan asma.

Apakah penyebab asma?

Penyebab asma adalah kerengsaan yang boleh membawa keradangan pada saluran pernafasan. Pencetus asma lazim adalah:

  • Alergen seperti hama (yang terdapat di dalam habuk rumah, permaidani, dan bantal), debunga, bulu dan air liur haiwan, kulat, makanan dan ubat tertentu
  • Jangkitan virus
  • Asap, penyegar udara, aerosol, asap cat, penyembur rambut, dan minyak wangi
  • Bersenam
  • Udara yang sejuk
  • Perubahan cuaca

Ia mungkin mengambil banyak masa dan usaha bagi mengenal pasti penyebab serangan asma dalam kalangan kanak-kanak. Akan tetapi, sebaik sahaja dapat mengenal pasti puncanya, anda boleh membantu anak anda mengelakkan serta mencegah serangan asma.

Pengurusan asma di sekolah

Mengajar anak anda mengenai keadaan mereka adalah sangat penting. Sekurang-kurangnya, mereka perlu tahu punca serangan asma berlaku dan bagaimana untuk mengelakkannya, serta waktu untuk mengambil ubat dan alat sedut mereka. Selain itu juga, guru dan staf akademik perlu dimaklumkan mengenai keadaan ini supaya mereka tahu apa yang harus dilakukan jika anak anda mengalami serangan asma. Sebaik-baiknya, berikan informasi yang perlu diketahui serta salinan pelan rawatan asma kepada pegawai sekolah anak anda.

Bekalkan ubat-ubatan yang mungkin diperlukan oleh anak anda kepada jururawat sekolah serta sekiranya perlu, tunjukkan cara pemberian ubat kepada anak anda. Sesetengah jenis alat sedut tidak dapat dipastikan jika terdapat ubat yang masih ada di dalamnya. Oleh itu, anda perlu mencatat hari anda mula menggunakan alat sedut kepada si kecil bagi memastikan anda mengingati masa untuk menggantikannya.

Sesetengah sekolah tidak membenarkan pelajar mereka membawa ubat-ubatan (alat sedut atau auto pemancit epinephrine). Jika begitu, anda harus berbincang dengan pegawai sekolah untuk mengetahui bagaimana cara membantu anak anda. Sekolah mungkin memerlukan anak anda untuk mempelajari beberapa kemahiran menggunakan ubat dengan selamat sebelum membenarkan mereka membawa ubat mereka.

Apabila ada kecemasan

Pelan rawatan yang anda berikan kepada pihak sekolah perlu mempunyai arahan untuk bertindak jika berlaku kecemasan seandainya alat sedut tidak dapat melegakan simptom, waktu bilakah untuk memanggil doktor dan bilakah keadaan yang memerlukan anak untuk dihantar ke hospital dengan segera. Jangan lupa untuk memberikan nombor telefon anda atau orang terdekat jika kanak-kanak memerlukan penjaga yang sah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Help Your Child Manage Asthma at School. http://www.webmd.com/asthma/guide/managing-childs-asthma-school#2 Accessed April 5, 2017

Managing Asthma.

http://kidshealth.org/en/parents/asthma-mgmt.html# Accessed April 5, 2017

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada 04/07/2018
x