backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Anda Dah Ambil Suntikan Pneumokokal? Vaksin Baru 15 Valent Dah Dilancarkan!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Siti Sofiah · Disemak pada 04/06/2024

Anda Dah Ambil Suntikan Pneumokokal? Vaksin Baru 15 Valent Dah Dilancarkan!

Anda pernah ambil suntikan pneumokokal? Penyakit pneumokokal merupakan ancaman serius terhadap kesihatan masyarakat di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Ia disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti pneumonia, meningitis, dan sepsis. Oleh itu, penting untuk memahami kepentingan vaksinasi atau suntikan pneumokokal sebagai langkah pencegahan yang berkesan.

Apa itu vaksinasi atau suntikan pneumokokal?

terima vaksin pneumokokal
Warga emas menerima suntikan vaksin

Vaksinasi pneumokokal adalah cara terbaik untuk melindungi diri dan orang yang kita sayangi daripada penyakit pneumokokal yang berpotensi menyebabkan kematian. Di Malaysia, program imunisasi menyediakan suntikan pneumokokal secara percuma kepada golongan berisiko tinggi dan kanak-kanak.

Ini termasuk bayi dan kanak-kanak di bawah usia dua tahun, warga emas berusia 65 tahun ke atas, individu yang mempunyai penyakit kronik, Contoh golongan ini adalah individu dengan penyakit jantung, penyakit paru-paru kronik, diabetes, atau sistem imun yang lemah, serta individu yang merokok atau perokok pasif.

Bayi dan kanak-kanak di bawah usia dua tahun adalah salah satu kumpulan yang paling berisiko terhadap penyakit pneumokokal. Oleh itu, mereka disyorkan untuk menerima vaksinasi atau suntikan pneumokokal sebagai sebahagian daripada jadual imunisasi mereka. Vaksinasi pada peringkat awal dapat memberikan perlindungan yang penting terhadap jangkitan dan komplikasi serius yang berkaitan dengan penyakit pneumokokal.

Warga emas juga merupakan kumpulan yang tinggi risiko terhadap penyakit pneumokokal kerana sistem imun mereka cenderung menurun dengan pertambahan usia. Vaksinasi pneumokokal adalah penting untuk melindungi mereka. Di samping itu, individu yang mempunyai penyakit kronik atau sistem imun yang lemah juga harus mempertimbangkan pengambilan suntikan pneumokokal sebagai langkah pencegahan yang penting.

Program imunisasi pneumokokal di Malaysia

Program imunisasi pneumokokal di Malaysia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan kesihatan masyarakat dan mengurangkan beban penyakit yang boleh dicegah. Kementerian Kesihatan Malaysia secara aktif mempromosikan kesedaran mengenai pentingnya vaksinasi pneumokokal. Pihak kementerian juga menyediakan vaksin untuk suntikan penumokokal secara percuma di klinik-klinik kesihatan awam di seluruh negara.

pneumokokal vaksin
Pelancaran vaksin pneumokokal vaksin 15 valent yang baru

MSD, menyedari kepentingan pencegahan melalui imunisasi ini telah melancarkan pengenalan Vaxneuvance™, vaksin konjugat pneumokokus 15-valent generasi baharu. Vaksin ini menawarkan perlindungan terhadap 15 serotype Streptococcus pneumoniae. Ia menyediakan perlindungan imunisasi aktif untuk pencegahan penyakit pneumokokus yang disebabkan oleh Streptococcus pneumoniae serotypes 1, 3, 4, 5, 6A, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19A, 19F 22F, 23F dan 33F pada individu berumur 6 minggu dan lebih tua.

“Di MSD, kami komited untuk memajukan kesihatan global melalui penyelesaian yang inovatif, dan vaksin yang baru dibangunkan ini menunjukkan komitmen ini,” kata Dr Abdullahi Sheriff, Pengarah Urusan, MSD Singapura, Malaysia dan Brunei.

Beliau menambah,” Perkembangan bagi Vaxneuvance™ oleh MSD melibatkan penyelidikan dan ujian klinikal yang ketat selama bertahun-tahun merentasi pelbagai negara, termasuk Malaysia, yang menunjukkan keupayaan vaksin untuk menimbulkan tindak balas imun yang teguh terhadap kesemua 15 serotaip.

MSD secara aktif bekerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk menjadikan vaksin itu tersedia secara meluas. Ini sejajar dengan misinya untuk menyelamatkan nyawa dan menaik taraf kehidupan.”

Penyakit pneumokokal adalah ancaman serius terhadap kesihatan masyarakat. Vaksinasi melalui suntikan pneumokokal merupakan langkah pencegahan yang berkesan.

Semua individu yang termasuk dalam kumpulan risiko tinggi, termasuk bayi, kanak-kanak, warga emas, dan individu yang mempunyai penyakit kronik, sepatutnya menerima vaksinasi pneumokokal. Dengan meningkatkan kesedaran dan akses kepada vaksinasi, kita dapat mengurangkan kesan penyakit pneumokokal dan menjaga kesihatan masyarakat dengan lebih baik.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Siti Sofiah · Disemak pada 04/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan