backup og meta

Parents, Jangan Bagi Anak Makan 1 Jam Lepas Dia Muntah! Ini Tip Hilangkan Mual

Parents, Jangan Bagi Anak Makan 1 Jam Lepas Dia Muntah! Ini Tip Hilangkan Mual

Apabila anak muntah, ia pastinya akan mewujudkan rasa bimbang dalam diri anda sebagai ibu bapa. Malah anda mungkin akan sibuk mencari petua hilangkan muntah kanak kanak.

Namun biasanya muntah yang terjadi bukanlah disebabkan masalah kesihatan serius. Selalunya punca anak muntah tiba-tiba adalah disebabkan jangkitan virus atau keracunan makanan dan keadaan ini akan berlanjutan untuk 1-2 hari.

Walau bagaimanapun, kerisauan yang paling besar adalah anak akan mengalami dehidrasi apabila muntah. Teruskan membaca untuk mengetahui apakah petua hilangkan muntah kanak kanak.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Memahami punca anak muntah tiba-tiba

Sebelum mengetahui apakah antara petua hilangkan muntah kanak kanak, ayuh kita dalami secara ringkas faktor yang menjadi punca anak muntah tiba-tiba.

bayi muntah
Tanda bahaya muntah untuk bayi.

Pelbagai perkara boleh membuatkan kanak-kanak muntah, seperti:

  • Gastroenteritis virus, merupakan salah satu sebab paling biasa untuk muntah akut pada kanak-kanak. Namun jangkitan lain seperti selesema atau jangkitan saluran kencing juga boleh menjadi punca
  • Keracunan atau alahan makanan juga merupakan punca anak muntah tiba-tiba
  • Batuk yang kuat boleh menjadi punca anak muntah, terutamanya jika mereka mengalami refluks
  • Cirit-birit, demam dan secara amnya rasa tidak sihat boleh mengakibatkan muntah
  • Sesetengah kanak-kanak boleh mengalami mabuk perjalanan dan muntah apabila berada di dalam kereta atau kereta sorong

Dalam kes jarang berlaku, punca anak muntah tiba-tiba juga boleh disebabkan oleh masalah serius, seperti:

  • Usus tersumbat seperti stenosis pilorik pada bayi
  • Masalah lain perut dan usus seperti batu karang, pankreatitis atau apendisitis
  • Selepas kecederaan kepala atau sebagai gejala meningitis atau tumor otak

Petua hilangkan muntah kanak kanak: Kenal pasti gejalanya

Kanak-kanak sering berasa loya dan sakit perut sebelum muntah. Gejala lain mungkin termasuk:

Apabila si kecil kerap muntah, ia boleh menyebabkan dehidrasi – tidak cukup air dalam badan. 

Antara simptom dehidrasi adalah kurang kencing, kerap menangis dengan sedikit atau tanpa air mata, mulut kering atau bibir merekah, berasa pening atau sakit kepala ringan dan tampak mengantuk. 

Dapatkan susu formula khas untuk anak yang lahir secara caesarean di sini.

Petua hilangkan muntah kanak kanak

cara hilangkan muntah kanak kanak
Cara merawat muntah anak anda.

Terdapat beberapa cara merawat kanak kanak muntah waktu malam seperti yang berikut:

#1. Rehatkan perut 

Elakkan memberi sebarang makanan atau minuman selama 30-60 minit selepas muntah. Ini memberi peluang perut anak untuk pulih.

Petua hilangkan muntah kanak kanak #2. Menggantikan cecair 

Dehidrasi boleh terjadi apabila anak muntah. Sebaiknya, ibu bapa perlu memulakan untuk menggantikan cecair yang hilang selepas anak tidak muntah selama 30-60 minit.

Caranya:

  • Tunggu sehingga anak dalam keadaan okay dan berasa ingin minum. Jangan paksa anak minum dan elak daripada mengejutkan mereka untuk minum jika sedang tidur
  • Mulakan dengan memberi anak air dalam jumlah yang sangat kecil (½ auns atau kurang) setiap 5-10 minit. Gunakan sudu teh dan bukannya gelas untuk memberi anak minum
  • Berikan air kosong atau sebarang cecair jernih bukan berkarbonat lain. Susu ibu boleh diberikan jika si kecil masih menyusu
  • Jika anak memuntahkan kembali cecair tersebut, tunggu sehingga 30 minit. Kemudian cuba sekali lagi untuk memberikan cecair dalam  jumlah yang sangat kecil dalam setiap 5 hingga 10 minit
  • Jika anak menghadapi masalah menelan cecair, tawarkan popsicles atau ketulan ais
  • Larutan dehidrasi oral boleh digunakan jika anak mengalami dehidrasi kesan muntah yang berulang. Anda boleh membelinya di farmasi. Elakkan memberi minuman sukan kerana ia tinggi kandungan gula
sebab kanak-kanak muntah
Masalah kanak-kanak yang dehidrasi.

#3. Makanan pejal, salah satu petua hilangkan muntah kanak kanak

Jika anak lapar dan ingin makan, berikan mereka bland food seperti roti bakar, kraker atau kentang lenyek. Buah-buahan dan yogurt juga boleh diberikan.

Jangan berikan anak makanan berminyak, berlemak atau pedas selama beberapa hari sehingga anak benar-benar pulih.

#4. Ubat tahan muntah kanak kanak 

Petua hilangkan muntah kanak kanak atau cara merawat anak demam dan muntah yang paling utama tentu sahaja dengan memberikan rawatan dalam bentuk ubatan.

Sekiranya anak demam, rujuk dengan doktor terlebih dahulu sebelum anda memberikan sebarang ubat tanpa preskripsi seperti acetaminophen atau suplemen ORS.

Jangan memberikan anak di bawah usia 16 tahun aspirin untuk melegakan demam kerana berisiko menyebabkan sindrom Reye. Ibuprofen juga tidak dibenarkan bagi bayi di bawah usia 6 bulan.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Treating Vomiting. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/abdominal/Pages/treating-vomiting.aspx, Accessed on Aug 4, 2022
  2. Vomiting in children. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/vomiting-in-children, Accessed on Aug 4, 2022
  3. What to Do When Your Child Is Vomiting. https://www.fairview.org/Patient-Education/Articles/English/w/h/a/t/_/What_to_do_When_Your_Child_is_Vomiting_89539, Accessed on Aug 4, 2022
  4. Vomiting. https://kidshealth.org/en/parents/vomit.html, Accessed on Aug 4, 2022 
  5. First Aid: Vomiting. https://kidshealth.org/en/parents/vomiting-sheet.html, Accessed on Aug 4, 2022
  6. Vomiting in children. https://www.healthdirect.gov.au/vomiting-in-children, Accessed on Aug 4, 2022 

Versi Terbaru

03/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

Hati-Hati Jika Anak Sakit Tekak Lebih 3 Hari Dan Demam Melebihi 38.3°C, Ini Sebabnya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan