backup og meta

Lagi Beberapa Bulan Nak Kahwin, Tapi Berat Tak Turun? Ini Cara Kurus Tanpa Stress!

Ramai bakal pengantin mencari cara cepat turun berat badan supaya tampil lebih yakin pada hari bahagia. Namun, usaha menurunkan berat badan tidak seharusnya dilakukan secara ekstrem hingga memberi tekanan kepada tubuh dan emosi. 

Lagi Beberapa Bulan Nak Kahwin, Tapi Berat Tak Turun? Ini Cara Kurus Tanpa Stress!

Memahami cara turunkan berat badan dengan sihat dan seimbang boleh membantu anda mencapai sasaran dengan lebih selamat serta mengekalkan kesihatan jangka panjang.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, klik di sini.

Berapa kalori untuk turun berat badan?

Salah satu faktor penting dalam cara cepat turun berat badan ialah mengawal jumlah kalori yang diambil setiap hari. Tubuh perlu berada dalam keadaan defisit kalori, iaitu mengambil kalori lebih sedikit daripada jumlah yang dibakar.

Secara umum, berapa kalori untuk turun berat badan bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, jantina dan tahap aktiviti harian.

Antara panduan asas:

Mengawal berapa kalori untuk turun berat badan secara konsisten boleh membantu proses penurunan berat berlaku dengan lebih stabil.

Berapa liter air sehari untuk diet?

Ramai tidak menyedari bahawa pengambilan air juga memainkan peranan untuk menurunkan berat.

Persoalan berapa liter air sehari untuk diet sering ditanya oleh individu yang sedang berusaha mengawal berat badan.

Secara umum, pengambilan air yang disarankan adalah:

  • Sekitar 2 hingga 3 liter sehari
  • Lebih banyak jika melakukan aktiviti fizikal
  • Minum air sebelum makan bagi membantu mengawal selera

Mengetahui berapa liter air sehari untuk diet dapat membantu tubuh kekal terhidrat dan menyokong proses metabolisme.

Adakah makanan oat boleh kurus?

Betul ke oat boleh bantu kuruskan badan apabila sedang berdiet?

Amnya, oat sering dijadikan pilihan kerana kandungan seratnya yang tinggi dan boleh membantu memberi rasa kenyang lebih lama.

Antara sebab oat sering menjadi topik perbincangan:

  • Mengandungi serat beta-glukan yang membantu rasa kenyang
  • Membantu mengawal selera makan
  • Menyokong kestabilan paras gula dalam darah

Memasukkan oat dalam diet harian boleh menjadi sebahagian daripada cara cepat turun berat badan yang lebih sihat.

cara cepat turun berat badan
Overnight oat, boleh dijadikan pilihan diet seimbang.

Adakah kopi boleh kuruskan badan?

Selain makanan, minuman juga sering dikaitkan dengan penurunan berat badan. Ramai yang bertanya adakah kopi boleh kuruskan badan.

Kopi mengandungi kafein yang boleh membantu meningkatkan metabolisme buat sementara waktu.

Namun, untuk memahami adakah kopi boleh kuruskan badan, beberapa perkara perlu diambil kira:

  • Jenis kopi perlulah tanpa gula atau krimer tambahan
  • Elakkan pengambilan kopi berlebihan
  • Gunakan kopi sebagai sokongan, bukan penyelesaian utama

Kopi mungkin membantu sedikit, tetapi ia bukan satu-satunya kaedah turunkan berat dengan cepat.

Cara turunkan berat badan 3 kg seminggu

Sesetengah bakal pengantin mungkin mencari cara turunkan berat badan 3 kg seminggu, terutama apabila majlis semakin hampir.

Fakta penting yang perlu anda ingat adalah penurunan berat badan secara drastik tidak disarankan

Berikut beberapa langkah boleh membantu mempercepatkan proses secara lebih terkawal. Antara strategi cara turunkan berat badan 3 kg seminggu termasuk:

Pemilihan makanan:

  • Sayur-sayuran tinggi serat seperti brokoli dan bayam
  • Protein tanpa lemak seperti ayam, ikan dan telur
  • Buah-buahan rendah gula seperti beri

Jenis senaman yang membantu:

  • Senaman kardio seperti jogging atau berbasikal
  • Latihan kekuatan untuk meningkatkan pembakaran kalori
  • Senaman HIIT (High-Intensity Interval Training) seperti lompat bintang & squat jump untuk meningkatkan metabolisme

Jika berat badan masih sukar turun walaupun sudah mencuba pelbagai cara cepat turun berat badan, mungkin sudah tiba masanya mendapatkan bimbingan yang lebih terancang. 

Melalui program pengurusan berat badan secara perubatan, pelan diet dan gaya hidup biasanya disesuaikan mengikut keadaan kesihatan, tahap aktiviti serta sasaran individu.

Ramai nak kurus sebelum kahwin — Tapi jangan sampai terlalu tertekan

Keinginan untuk kelihatan terbaik pada hari perkahwinan memang normal. 

Namun, tekanan untuk mencari cara cepat turun berat badan kadangkala boleh menyebabkan seseorang mengamalkan diet yang terlalu ketat atau tidak sihat.

Pendekatan yang lebih baik ialah memberi fokus kepada kesihatan tubuh secara keseluruhan. 

Diet seimbang, rehat mencukupi dan aktiviti fizikal yang konsisten bukan sahaja membantu menurunkan berat badan, malah menyokong kesejahteraan emosi menjelang hari bahagia.

Kesimpulan

Mencari cara cepat turun berat badan sebelum majlis perkahwinan bukanlah sesuatu yang salah, tetapi ia perlu dilakukan secara bijak dan seimbang. 

Dengan pendekatan yang sihat membantu memastikan anda bukan sahaja kelihatan baik, tetapi juga berasa lebih bertenaga dan yakin pada hari istimewa.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Weight loss: 6 strategies for success. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/weight-loss/in-depth/weight-loss/art-20047752. Diakses March 9, 2026.

Tips to help you lose weight. https://www.nhs.uk/live-well/healthy-weight/managing-your-weight/tips-to-help-you-lose-weight/. Diakses March 9, 2026.

Why Lose Weight? https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-eating/losing-weight. Diakses March 9, 2026.

This Is How To Lose Weight the Right Way — and Keep It Off. https://health.clevelandclinic.org/how-to-lose-weight. Diakses March 9, 2026.

8 Ways to Lose Belly Fat and Live a Healthier Life. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/8-ways-to-lose-belly-fat-and-live-a-healthier-life. Diakses March 9, 2026.

Versi Terbaru

10/03/2026

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Berat Makin Bertambah? Amalkan 14 Jenis Buah Ini, Confirm Boleh Kurus Punya!

Ini 5 Makanan Tinggi Protein Untuk Mereka Yang Ingin Cepat Kurus!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan