Faktor-faktor risiko
Apakah yang meningkatkan risiko selesema pada bayi?
Terdapat banyak faktor risiko untuk selesema biasa pada bayi, seperti:
- Sistem imun yang tidak matang. Bayi, secara semula jadi, berisiko terkena selesema yang biasa kerana mereka belum lagi terdedah kepada atau membentuk rintangan terhadap kebanyakan virus yang menyebabkannya
- Pendedahan kepada anak-anak lain. Bayi meluangkan masa bersama anak-anak lain, yang tidak selalu mencuci tangan dan mengawal batuk dan bersin, yang meningkatkan risiko bayi anda mendapat selesema darinya
- Musim dalam tahun. Kedua-dua kanak-kanak dan orang dewasa lebih mudah terdedah kepada selesema dari musim gugur hingga akhir musim bunga
Diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit selesema pada bayi didiagnosis?
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit selesema pada bayi dirawat?
Tiada ubat untuk selesema biasa. Antibiotik tidak berfungsi ke atas virus selsema. Cuba untuk menjadikan bayi anda lebih selesa dengan langkah-langkah seperti menyedut lendir dalam hidung dan memastikan udara kekal lembap.
Ubat-ubatan Over-The-Counter (OTC) umumnya harus dielakkan pada bayi. Anda boleh menggunakan ubat mengurangkan demam, dengan berhati-hati mengikut arahan dos, jika demam menjadikan anak anda tidak selesa. Ubat-ubatan batuk dan selsema tidak selamat untuk bayi dan kanak-kanak kecil.
Ubat yang mengurangkan demam
Ubat melegakan kesakitan OTC seperti acetaminofen (Tylenol, dan lain-lain) mungkin melegakan ketidakselesaan yang berkaitan dengan demam. Bagaimanapun, ubat-ubatan ini tidak membunuh virus selesema. Sebenarnya, membenarkan anak anda mengalami demam bersuhu rendah mungkin membantu tubuh anak anda melawan virus.
Jangan berikan acetaminofen kepada kanak-kanak di bawah umur tiga bulan, dan berhati-hati terutama apabila memberikan acetaminofen kepada bayi yang lebih besar dan kanak-kanak kerana garis panduan dos boleh mengelirukan. Hubungi doktor anda jika anda mempunyai soalan tentang dos yang betul untuk bayi anda.
Ibuprofen (Motrin Kanak-kanak, Advil, dan lain-lain) boleh diberi tetapi hanya jika anak anda berumur enam bulan dan ke atas.
Jangan berikan ubat ini kepada bayi anda jika dia mengalami dehidrasi atau muntah secara berterusan.
Kanak-kanak dan remaja yang sembuh dari cacar air atau simptom seperti selesema tidak boleh mengambil aspirin. Ini adalah kerana aspirin telah dikaitkan dengan sindrom Reye, keadaan yang mengancam nyawa, tetapi jarang berlaku, dalam kalangan kanak-kanak tersebut.
Ubat-ubatan batuk dan selsema
Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) menyarankan agar tidak memberi ubat batuk dan ubat selesema OTC ke atas kanak-kanak yang lebih muda daripada usia dua tahun. Ubat batuk dan selesema OTC tidak merawat penyebab utama selesema kanak-kanak dan tidak akan menjadikannya hilang dengan lebih cepat, dan boleh membahayakan bayi anda.
Pada bulan Jun 2008, pengeluar secara sukarela menghapuskan ubat-ubatan batuk dan selesema bayi dari pasaran semasa. Mereka juga mengubah label produk pada ubat batuk dan selesema OTC untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakannya pada kanak-kanak di bawah umur empat tahun kerana bimbang akan keselamatannya.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani selesema pada bayi?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah selesema biasa pada bayi:
- Menggalakkan pengambilan air yang banyak. Air adalah penting untuk mengelakkan dehidrasi. Galakkan bayi anda untuk mengambil jumlah air pada kadar biasa. Jumlah air tambahan tidak diperlukan. Jika anda menyusu bayi anda, teruskan. Susu badan menawarkan perlindungan tambahan daripada kuman yang menyebabkan selesema
- Cairkan lendir. Doktor bayi anda boleh mengesyorkan titisan hidung saline untuk mencairkan lendir dalam hidung yang tebal. Anda boleh mencari titisan OTC ini di farmasi tempatan anda
- Sedut hidung bayi anda. Pastikan laluan hidung bayi anda bersih dengan picagari bebuli getah. Picit bebuli picagari untuk mengeluarkan udara. Kemudian masukkan hujung bebuli kira-kira 1/4 hingga 1/2 inci (0.64 hingga 1.27 sentimeter) ke dalam lubang hidung bayi anda, halakan ke bahagian belakang dan sisi hidung
- Lepaskan bebuli tersebut, pegang ia setempat sementara ia menyedut lendir dari hidung bayi anda. Keluarkan picagari dari lubang hidung bayi anda, dan kosongkan kandungan ke tisu dengan memicit bebuli dengan cepat sambil memegang bahagia hujung bawah. Ulang dengan seberapa kerap yang diperlukan untuk setiap lubang hidung. Bersihkan bebuli picagari dengan sabun dan air
- Melembapkan udara. Menjalankan pelembap air sejuk di dalam bilik bayi anda boleh mengurangkan kesesakan hidung. Tukar air setiap hari dan ikut arahan pengilang untuk membersihkan unit
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen