backup og meta

Artikel Ditaja Oleh Friso Gold

Si Kecil Kerap Sembelit? Jangan Risau, Ini Panduan Susu Yang Sesuai Untuk Anak

Apabila si kecil mengalami sembelit, pastinya timbul rasa risau di hati ibu bapa. Menukar jenis susu mungkin boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan mereka. Jom ketahui lebih lanjut tentang susu untuk anak sembelit yang boleh dicuba, serta cara untuk menyokong sistem penghadaman mereka.

Si Kecil Kerap Sembelit? Jangan Risau, Ini Panduan Susu Yang Sesuai Untuk Anak

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.

Masalah sembelit pada anak

Sebelum memilih susu untuk anak sembelit, penting untuk memahami apa itu sembelit dan puncanya.

Anak yang membuang air besar kurang dari 3 kali seminggu atau mengalami najis keras dan sukar dikeluarkan mungkin sedang menghadapi sembelit, antara masalah pencernaan kanak-kanak paling kerap berlaku 1,2.

Selain itu, anak yang tampak tidak selesa, mudah meragam atau jarang membuang air besar juga antara tanda-tanda sembelit.

Punca menyebabkan masalah sembelit

Beberapa faktor boleh menyumbang kepada sembelit pada anak 1,2:

Diet

Punca utama dalam kebanyakan kes sembelit si kecil adalah diet yang diberikan berunsur makanan diproses, tenusu, gula-gula yang berlebihan serta kurang pengambilan serat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayuran.

Kurang air

Kurang pengambilan air juga boleh menyebabkan sembelit, kerana ia menjadikan najis lebih keras.

Alahan susu

Alahan susu adalah tindak balas sistem imun terhadap protein dalam susu lembu boleh menyebabkan ketidakselesaan usus.

susu untuk anak sembelit
Situasi anak sembelit boleh undang masalah kesihatan lain.

Keadaan kesihatan

Sesetengah anak mungkin menghidap penyakit atau keadaan perubatan asas yang mengakibatkan sembelit kronik.

Memahami punca sembelit membantu ibu bapa mencari cara atasi anak sembelit dengan lebih tepat.

Jenis susu untuk anak sembelit yang sesuai 

Memilih susu yang bersesuaian boleh membantu mengurangkan masalah pencernaan mereka, seperti:

Susu bebas laktosa

Formula bebas laktosa biasanya dibuat daripada susu lembu yang telah ditapis untuk mengeluarkan laktosa dan menggantikannya dengan bentuk gula yang berbeza 3.

Daripada laktosa sebagai sumber karbohidrat, susu dengan formula bebas laktosa menggunakan sumber berasaskan jagung.

Susu untuk anak sembelit dengan formula berasaskan tumbuhan

Susu jenis ini boleh dicuba jika berasakan si kecil berusia lebih 1 tahun mengalami intoleransi laktosa atau alah kepada formula susu lembu – karbohidrat yang secara semula jadi terdapat dalam susu lembu 4.

Formula berasaskan tumbuhan lebih lembut pada perut sensitif dan boleh mengurangkan ketidakselesaan perut, gas, kolik dan sembelit.

Pun begitu, terdapat kemungkinan anak yang alergi dengan susu lembu mungkin juga akan alah kepada susu tumbuhan seperti susu soya. Jadi sebaiknya, jenis susu ini hanya digunakan jika disyorkan oleh doktor.

susu untuk anak sembelit
Pemilihan susu yang sesuai penting untuk elak anak mengalami alahan.

Formula terhidrolisis & nutrien penghadaman, antara pilihan susu untuk anak sembelit

Formula terhidrolisis mengandungi protein susu yang telah dipecahkan kepada kepingan yang lebih kecil, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam oleh anak 5,6.

Selain formula ini, terdapat juga susu yang diperkaya dengan nutrien penting untuk menyokong usus sihat, contohnya galacto-oligosaccharide (GOS) 7, 2’-fucosyllactose (2’-FL) 8 dan bifidobacterium lactis HN019 9.

Kombinasi nutrien ini terbukti membantu mengekalkan keseimbangan mikrobiota usus, melembutkan najis dan meningkatkan kekerapan buang air besar, sekali gus bermanfaat untuk anak yang kerap mengalami sembelit.

Sekiranya keadaan sembelit tidak bertambah baik walaupun selepas mencuba susu yang sesuai, ibu bapa disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dengan pakar pediatrik.

Tips menjaga kesihatan usus anak

Selain memilih susu yang sesuai sebagai cara atasi anak sembelit, mengamalkan beberapa langkah harian lain boleh membantu menyokong kesihatan usus anak 1,2:

  • Pastikan anak mendapat pengambilan cecair yang mencukupi setiap hari
  • Berikan makanan kaya serat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu pergerakan usus
  • Pantau konsistensi dan kekerapan buang air besar untuk mengenal pasti perubahan awal
  • Amalkan rutin makan yang teratur bagi menggalakkan sistem penghadaman berfungsi optimum
  • Sertakan susu untuk anak sembelit yang diperkaya nutrien sebagai sebahagian daripada diet harian

Nutrien penting untuk menyokong sistem penghadaman anak

Berita baiknya, ibu boleh memberikan susu Friso® Gold yang dihasilkan daripada susu NOVAS Signature Milk dengan Teknologi LocNutri dalam diet seimbang anak anda.

Berbeza dengan kebanyakan susu yang diproses menggunakan haba tinggi, Teknologi LocNutri membantu mengekalkan struktur nutrien yang lebih kecil dan lembut supaya lebih mudah diserap.

susu untuk anak sembelit
Susu dengan nutrisi mudah dihadam dapat bantu penyerapan nutrien lebih optimum.

Friso® Gold diperkaya dengan nutrien untuk menyokong sistem penghadaman anak seperti galacto-oligosaccharide (GOS) 7 , 2’-fucosyllactose (2’-FL) 8 dan bifidobacterium lactis HN019 9 yang membantu menyokong usus, sistem pertahanan badan serta penyerapan nutrisi agar anak membesar dengan optimum.

Selain itu, Friso® Gold turut mengandungi pelbagai nutrien lain seperti vitamin D, B6 dan C, mineral, omega dan DHA yang berperanan menyokong tumbesaran dan ketahanan semula jadi anak.

Dengan usus yang sihat dapat mengurangkan risiko masalah pencernaan kanak-kanak seperti sembelit, memudahkan penyerapan nutrien dan membolehkan anak lebih bebas meneroka dunia.

Nutrisi seimbang, perut selesa

Memilih susu untuk anak sembelit yang sesuai boleh membantu anak membina sistem penghadaman yang lebih sihat, mengurangkan ketidakselesaan dan menyokong tumbesaran optimum.

Friso® Gold dengan nutrien dan Teknologi LocNutri merupakan pilihan yang sesuai untuk menyokong usus dan sistem pertahanan badan semula jadi anak anda. Ia dapat memastikan anak lebih bertenaga untuk meneroka dunia mereka setiap hari.

Artikel ini bertujuan untuk maklumat umum sahaja dan tidak menggantikan nasihat perubatan. Sila rujuk doktor atau profesional kesihatan untuk diagnosis dan rawatan yang tepat.

Dapatkan Friso® Gold untuk si manja anda hari ini di sini!

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Constipation in children. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/constipation-in-children/symptoms-causes/syc-20354242#. Accessed on Sept 17, 2025.
  2. Constipation in Children. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/constipation-in-children. Accessed on Sept 17, 2025.
  3. Darma A, Sumitro KR, Jo J, Sitorus N. Lactose Intolerance versus Cow’s Milk Allergy in Infants: A Clinical Dilemma. Nutrients. 2024 Jan 31;16(3):414. doi: 10.3390/nu16030414. PMID: 38337698; PMCID: PMC10856892. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC10856892/. Accessed on Sept 17, 2025.
  4. Vandenplas Y, De Mulder N, De Greef E, Huysentruyt K. Plant-Based Formulas and Liquid Feedings for Infants and Toddlers. Nutrients. 2021 Nov 11;13(11):4026. doi: 10.3390/nu13114026. PMID: 34836284; PMCID: PMC8618919. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC8618919/. Accessed on Sept 17, 2025.
  5. Wilsey MJ, Florio J, Beacker J, Lamos L, Baran JV, Oliveros L, Sriaroon P, Brown JM, Vanderhoof JA. Extensively Hydrolyzed Formula Improves Allergic Symptoms in the Short Term in Infants with Suspected Cow’s Milk Protein Allergy. Nutrients. 2023 Mar 30;15(7):1677. doi: 10.3390/nu15071677. PMID: 37049517; PMCID: PMC10096968. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC10096968/. Accessed on Sept 17, 2025.
  6. D’Auria E, Salvatore S, Acunzo M, Peroni D, Pendezza E, Di Profio E, Fiore G, Zuccotti GV, Verduci E. Hydrolysed Formulas in the Management of Cow’s Milk Allergy: New Insights, Pitfalls and Tips. Nutrients. 2021 Aug 12;13(8):2762. doi: 10.3390/nu13082762. PMID: 34444922; PMCID: PMC8401609. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC8401609/. Accessed on Sept 17, 2025.
  7. Supplementation of Milk Formula With Galacto-Oligosaccharides Improves Intestinal Micro-flora and Fermentation in Term Infants. https://mednexus.org/doi/pdf/10.3760/cma.j.issn.0366-6999.2004.06.127. Accessed on Sept 17, 2025.
  8. Vandenplas Y, Berger B, Carnielli VP, Ksiazyk J, Lagström H, Sanchez Luna M, Migacheva N, Mosselmans JM, Picaud JC, Possner M, Singhal A, Wabitsch M. Human Milk Oligosaccharides: 2′-Fucosyllactose (2′-FL) and Lacto-N-Neotetraose (LNnT) in Infant Formula. Nutrients. 2018 Aug 24;10(9):1161. doi: 10.3390/nu10091161. PMID: 30149573; PMCID: PMC6164445. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC6164445. Accessed on Sept 17, 2025.
  9. Dekker J, Quilter M, Qian H. Comparison of two probiotics in follow-on formula: Bifidobacterium animalis subsp. lactis HN019 reduced upper respiratory tract infections in Chinese infants. Benef Microbes. 2022 Oct 4;13(4):341-354. doi: 10.3920/BM2022.0041. Epub 2022 Aug 25. PMID: 36004715. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/36004715/. Accessed on Sept 17, 2025.

Versi Terbaru

21/10/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Anak Asyik Mengadu Sakit Perut, Ini 5 Puncanya Yang Parents WAJIB Tahu!

Anak Cirit-Birit? Ketahui Cara Elak Dehidrasi & Tip Bantu Lindungi Usus Mereka!


Disemak oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 21/10/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan