Bayi Alah Susu Lembu, Selamat Ke Jika Parents Bagi Susu Soya? Ini Risiko Boleh Terjadi!

    Bayi Alah Susu Lembu, Selamat Ke Jika Parents Bagi Susu Soya? Ini Risiko Boleh Terjadi!

    Tahukah anda, bayi dengan masalah kulit seperti eczema smungkin mengalami alahan susu? Bagi mengelakkan masalah ini, ada ibu bapa menggantikan susu tersebut dengan susu soya untuk bayi yang menghidap alahan.

    Walau bagaimanapun, selamatkah pemberian susu soya kepada si kecil?

    Kadangkala, anak yang mengalami alergi susu akan turut mengalami alahan terhadap protein yang terkandung di dalam susu soya tersebut. Oleh sebab itu, ia mungkin tidak seselamat yang disangka.

    Sebelum kami mengupas isu ini lebih lanjut, mari kenali apa itu alahan terhadap susu dan bagaimana ia boleh menyebabkan komplikasi ekzema.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Susu soya untuk bayi? Fahami masalah alahan susu bayi

    Alahan susu lembu merupakan salah satu bentuk alahan yang lazim berlaku kepada kanak-kanak. Dianggarkan 7% bayi di bawah umur 1 tahun mempunyai alahan terhadap susu lembu.

    Tetapi, kebanyakan kanak-kanak tidak akan mengalami alahan susu lagi apabila usia mereka telah menginjak 5 tahun ke atas.

    Selalunya, bayi yang mengalami alahan susu akan kerap menangis, selalu mengeluarkan gas dan sukar untuk tidur.

    susu soya untuk bayi

    Selain itu, mereka juga akan mengalami simptom alahan yang biasa seperti hidung berair, ekzema, muntah-muntah dan cirit-birit.

    Jika anda mengesyaki anak anda mempunyai alahan susu, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin sebelum bertindak menukar susu anak anda kepada susu hipoalergenik.

    Walau bagaimanapun, selain pemberian susu hipoalergenik, ada juga ibu bapa yang mempertimbangkan susu soya untuk bayi mereka disebabkan harganya yang lebih murah.

    Tetapi, sama seperti alahan susu lembu, bayi yang alah terhadap susu lembu mungkin mengalami alergi yang sama terhadap susu soya.

    Malah, menurut statistik, lebih ramai bayi yang alah terhadap soya berbanding susu lembu.

    Kadangkala, susu soya untuk bayi hanya akan membuatkan simptom alahan seperti eczema dan gatal-gatal pada kawasan mulut untuk jadi semakin teruk.

    Baca juga:

    Komplikasi eczema dan susu untuk bayi

    Ekzema bukan hanya sekadar kulit yang memerah dan gatal-gatal. Ia sebenarnya berlaku disebabkan makanan yang bayi anda ambil serta alergen daripada kawasan persekitarannya.

    Ekzema yang tidak dirawat boleh menyebabkan kulit bayi anda terkopek, terluka dan berparut. Malah, ia juga boleh membuatkan anak anda meragam disebabkan ketidakselesaan yang dialami.

    Selain itu, ekzema yang dialami oleh bayi anda mungkin tidak akan hilang jika rawatan hanya dilakukan untuk merawat luka sahaja.

    Sebagai ibu bapa, anda juga perlu menghentikan pemberian susu lembu atau susu soya untuk bayi anda. Jika tidak, bayi anda sukar untuk sembuh daripada reaksi alahan yang sedang dihadapinya.

    Bolehkah alahan susu lembu ini dirawat?

    Hingga hari ini, masih tiada rawatan untuk alahan makanan.

    Jika anak anda didapati mengalami alahan susu lembu atau soya, satu-satunya cara untuk mengurangkan reaksi alahan adalah dengan mengelakkan semua makanan yang mengandungi susu.

    Kadangkala, anak anda mungkin boleh makan kek atau roti walaupun salah satu bahan mentahnya ialah susu.

    Proses memasak boleh mengubah struktur protein di dalam makanan dan menyebabkan ia kurang memberi reaksi alergi kepada anak anda.

    Jika anak anda didiagnosis dengan alahan susu lembu, pastikan anda berjumpa doktor pakar untuk mendapatkan nasihat tentang cara untuk menguruskan alahan mereka.

    susu soya untuk bayi

    Selain itu, pastikan anda baca label makanan dengan betul. Kadangkala, susu dan soya boleh hadir dalam produk yang tidak disangka, contohnya makanan bertin, biskut, roti, dan juga sup.

    Cuba cari pernyataan ‘mungkin mengandungi susu atau soya’ pada pembungkus makanan.

    Susu soya untuk bayi: Berunding dengan doktor dahulu

    Jika anda mengesyaki anak anda mengalami alahan kepada susu, anda perlulah membawa si kecil berjumpa doktor secepat mungkin.

    Jika ia benar-benar disebabkan oleh alahan, doktor akan menasihati ibu agar berhenti memberikan sebarang makanan dan minuman yang berasaskan susu.

    susu soya untuk bayi

    Kanak-kanak yang mempunyai alahan perlu minum susu yang istimewa.

    Susu hipoalergenik dapat membantu mengurangkan simptom alahan. Walau bagaimanapun, susu ini mungkin 3 kali ganda lebih mahal daripada susu formula biasa.

    Kadang-kadang, anak anda mungkin tidak alami alahan, tetapi sebenarnya semua simptom yang dialami adalah disebabkan inteloransi laktosa.

    Oleh sebab itu, pastikan anda berjumpa doktor untuk tentukan apakah masalah sebenar yang menyebabkan anak anda sentiasa meragam!

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 14/10/2022

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan