backup og meta

Anak Berak Berdarah? Ini 5 Punca Dan Cara Merawatnya

Anak Berak Berdarah? Ini 5 Punca Dan Cara Merawatnya

Pastinya ia perkara yang menakutkan apabila melihat najis bayi berdarah. Tetapi apakah punca najis berdarah itu? Adakah didasari oleh masalah kesihatan?

Ikuti penjelasan lanjut dalam perkongsian artikel Hello Doktor ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Fahami simptom najis bayi berdarah

Berak keluar darah cair boleh kelihatan berbeza bergantung pada puncanya. Warna dan intensitinya dapat membantu doktor mengenalpasti punca pendarahan.

Antara simptom yang mungkin dialami anak:

  • Darah di dalam atau pada najis
  • Keluar darah semata-mata
  • Darah pada najis berwarna terang
  • Darah berwarna hitam pekat daripada pendarahan perut 
  • Termasuklah pendarahan disebabkan sembelit dan fisur dubur (luka)
punca najis berdarah
Tanda anak kena jumpa doktor jika alami sembelit seperti ini.

5 punca najis berdarah 

Berikut antara sebab najis berdarah dialami kanak-kanak:

Fisur dubur antara penyebab najis bayi berdarah

Lebih 90% kanak-kanak mengalami berak berdarah disebabkan fisur dubur – luka kecil pada lapisan dalam dubur yang biasanya berpunca daripada berak keras.

Cirit-birit juga boleh merengsakan lapisan dalaman ini dan menyebabkan fisur.

Jika ini penyebab si kecil berak berdarah, anda akan melihat kesan darah merah terang pada najis atau tisu tandas selepas membasuh dubur.

Fisur dubur juga boleh mengakibatkan rasa sakit dan kegatalan yang teruk semasa atau selepas buang air besar.

Jangkitan 

Jangkitan bakteria, virus dan parasit dalam saluran penghadaman anak boleh mengakibatkan cirit-birit berdarah.

Jika najis bayi berdarah disebabkan jangkitan pada usus, mereka cenderung akan demam panas, sakit perut, kelesuan dan mudah meragam.

Sindrom rengsa usus (IBS)

Merupakan keadaan kronik yang menyebabkan kerengsaan usus.

Terdapat 2 jenis IBD yang melibatkan fungsi sistem imun tidak normal:

  • Penyakit Crohn – menjejaskan mana-mana saluran gastrointestinal daripada mulut ke dubur
  • Kolitis ulseratif – melibatkan usus besar sahaja

IBD biasanya didiagnosis pada remaja dan individu dewasa. Tetapi 4% anak kecil bawah usia 5 tahun mengalami gejalanya.

punca najis berdarah
Minta anak minum banyak air untuk kurangkan sembelit.

Simptom IBD yang biasa adalah:

  • Cirit-birit berdarah
  • Lendir di dalam najis
  • Berat menurun
  • Kurang bertenaga 
  • Kekejangan dan sakit perut

Abses dan fistula anus, salah satu punca najis berdarah 

Anak yang pernah mengalami sembelit atau cirit-birit kerap berisiko terkena abses anus dan rektum.

Abses berlaku apabila rongga dubur dipenuhi jangkitan – biasanya bakteria dan nanah. Fistula dubur berkembang apabila abses tidak sembuh dan pecah pada permukaan kulit.

Kedua-dua keadaan ini amat menyakitkan!

Selain mudah marah, si kecil dengan keadaan ini akan mempunyai benjolan atau bengkak sekitar dubur dan mengeluarkan lendir.

Polip

Polip kolorektal jarang dialami anak kecil. Polip juvenile adalah jenis polip paling biasa menjadi punca kenapa najis ada darah dan kesakitan perut.

Ia tumbuh pada usus besar dan berkembang sebelum berusia 10 tahun – terutama antara usia 2 hingga 6 tahun.

Diagnosis 

Pemeriksaan doktor bagi mendiagnosis dengan memeriksa bahagian luar dubur dan rektum.

Ujian lain yang mungkin dilakukan adalah:

  • Pemeriksaan najis
  • Ujian darah
  • X-ray perut
  • Ultrabunyi perut
  • Imbasan CT
  • Endoskopi GI atas
  • Kolonoskopi 

Merawat punca najis berdarah

Rawatan akan bergantung kepada penyebab pendarahan, seperti:

3 F

Cara terbaik untuk atasi sebab najis berdarah adalah melalui 3F:

  • Fluid – cecair
  • Fiber – serat
  • Fitness – kecergasan

Pastikan pengambilan cecair harian anak mencukupi dan mengambil makanan tinggi serat.

Galakkan anak melakukan aktiviti fizikal – turut dapat menurunkan risiko fisur dubur.

Penjagaan kebersihan diri elak punca najis berdarah

Memastikan dubur anak dicuci selepas berak dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan jika mereka alami fisur dubur.

Basuh dan lap dubur dengan perlahan setiap kali selepas anak membuang air besar, okay?

Mandian air suam

Berendam air suam dapat mengurangkan ketidakselesaan disebabkan fisur dubur. Rendaman air cetek ini dapat membersihkan perineum.

Berikan anak berendam dalam tab mandian mereka. Tambahkan garam atau serbuk penaik untuk memberikan kesan menenangkan.

Sapuan krim atau jeli petroleum bantu atasi punca najis berdarah 

Sehingga luka sembuh, sapukan jeli petroleum atau krim zink oksida sekitar dubur.

Ia membantu melindungi dubur daripada kerengsaan dan memudahkan pengeluaran najis.

punca najis berdarah
Jeli petroleum boleh bantu kurangkan kerengsaan pada dubur.

Antimikrob

Ubat antiparasit dan antibiotik boleh digunakan untuk merawat jangkitan saluran pencernaan berpunca daripada parasit dan bakteria sebab najis berdarah.

Antibiotik juga boleh mengubati abses dan fistula, IBD – terutamanya kolitis ulseratif bahagian kiri dan penyakit perianal. 

Ubat IBD 

Ubatan seperti 5-aminosalicylates, boleh digunakan untuk merawat keadaan najis bayi berdarah disebabkan penyakit Crohn dan kolitis ulseratif.

Ubat lain yang boleh digunakan merawat IBD:

  • Kortikosteroid 
  • Imunomodulator 
  • Biologi 

Pembedahan atasi punca najis berdarah

Pembedahan mungkin disaran untuk membuang polip atau merawat kawasan pendarahan.

Adakalanya pendarahan dapat dihentikan dengan suntikan bahan kimia semasa endoskopi GI atas atau bawah.

Pemeriksaan doktor

Lakukan pemeriksaan doktor jika anak mengalami berak berdarah, terutamanya jika mereka kelihatan sangat sakit atau mengalami:
  • Najis hitam
  • Cirit-birit berdarah
  • Sakit perut
  • Air kencing warna merah jambu atau teh

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Murphy M. S. (2008). Management of bloody diarrhoea in children in primary care. BMJ (Clinical research ed.), 336(7651), 1010–1015. https://doi.org/10.1136/bmj.39542.440417. Accessed on August 16, 2021.

7 common causes of pediatric GI bleeding, plus treatment information. https://utswmed.org/medblog/gi-bleeding-children/. Accessed on August 16, 2021.

Bloody or Tarry Stools. https://www.nicklauschildrens.org/symptoms/bloody-or-tarry-stools. Accessed on August 16, 2021.

Stools – Blood In. https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/stools-blood-in/. Accessed on August 16, 2021.

Stools – Blood In. https://www.childrenscolorado.org/conditions-and-advice/conditions-and-symptoms/symptoms/stools-blood-in/. Accessed on August 16, 2021.

Versi Terbaru

30/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Baru Bersalin? Ini Cara Membersihkan Kemaluan Bayi Perempuan

Si Manja Dah Masuk 3 Tahun? Semak 9 Perkara Di Bawah, Sepatutnya Anak Sudah Pandai Buat Yang Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 30/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan